Bismillah
Kita sudah pon memasuki fasa endemik pada 1April 2022. Alhamdulillah syukur sangat. Kita tidak lagi terkurung dan rasa lebih selamat bila berjalan. Namun begitu kita tetap kena menjaga SOP sendiri. Kerana walaupon kerajaan telah umumkan kita berada di fasa endemik, namun penyakit Covid-19 masih lagi ada di sini sana dan kita tidak nampak.
Semenjak memasuki fasa endemik ini, cikyani menerima banyak jemputan kenduri kahwin. Seronok betul rasa hati ini bila setiap kali menerima jemputan. Manakan tidak, hidangan kenduri adalah makanan kegemaran cikyani dari dulu. Tak kira apa sahaja yang tuan rumah hidangkan, cikyani memang suka. Mungkin kerana suasana kenduri itu sendiri. Manakan tidak, pada waktu kenduri inilah kita nak merapatkan semula ukhwah. Bertemu sanak saudara yang sudah lama tidak bertemu. Bercerita panjang kisah-kisah lama. Bergurau senda. Yang paling best sekali bila waktu kenduri tu, tuan rumah order Aiskrim Malaysia Cikyani Hothot pula tu. Dapat la cikyani tengok reaksi tetamu yang makan aisrim tersebut secara depan-depan. Kalau tetamu puji, Alhamdulillah, gembira rasa hati. Tapi kalau tetamu tak suka, syukur juga, dapatlah kita tahu mana kelemahan kita kan?
Setelah beberapa kenduri yang cik yani attend sejak kebelakangan ini, cikyani menjadi rindu pula dengan keadaan kenduri zaman dulu-dulu. Zaman 15-20 tahun lepas. Yang mana keadaan lebih meriah walaupun tak grand macam sekarang. Oleh itu cikyani terpanggil nak tulis artikel yang ala-ala panduan ni. Tu pon kalau korang nak jadikan panduan lah. Ni panduan kenduri kahwin versi orang lama macam cikyani ni. Taktau lah kot sejajar dengan peredaran masa, panduan ini sudah tidak lagi berguna kan. Korang jangan carik panduan secara details dalam tulisan cikyani ni tau. Cikyani tulis panduan ni berdasarkan bagaimana cikyani rasa kenduri kahwin cikyani dan sepupu-sepupu yang sama batch dengan cikyani berjaya dan meriah serta dapat mengeratkan ukhwah yang berpanjangan. InsyaAllah.
Sebelum kenduri :
Memang banyak betul kerja sebelum kenduri. Untuk memastikan sesuatu kenduri itu berjaya dan tetamu rasa gembira dan senang dengan kenduri kita, buatlah satu mesyuarat jawatankuasa. Libatkan seramai mungkin ahli keluarga, sepupu sepapat, pakcik makcik yang ada. Tapi ingat, kita minta tolong ahli keluarga kita, bukan gajikan. Jadi pastikan setiap patah kata kita tidak ada kesombongan supaya orang senang nak tolong kita. Berikan setiap orang tugasan masing-masing mengikut kepakaran mereka supaya mereka rasa kepakaran mereka dihargai.. Kalau jenis macam keluarga cikyani yang suka masak sendiri tu,memang banyak sikit kerjanya jadi perlukan lebih ramai yang menolong. Kalau jenis suka katering pula, briefing pada katering siap-siap apa yang kita mahukan sewaktu kenduri seperti jumlah tetamu dan pilihan lauk-pauk. Pertimbangkan juga tetamu yang bagaimana menjadi jemputan kita.Contohnya, orang tua dan kanak-kanak. Ini penting dalam pemilihan lauk supaya tetamu dapat makan dengan senangnya. Kemudian kerja-kerja lain seperti menyiapkan door gift, siapa yang perlu layan tetamu, siapa yang perlu uruskan kebersihan meja, basuh pinggan, buat air, pencuci mulut, perkakasan seperti tisu, pinggan mangkuk, sudu garpu..ha banyak lagi lah
Penting tau mesyuarat ni. Sebab pada hari kenduri pengantin takkan dapat uruskan majlisnya sendiri kerana dia sudah pon jadi Raja Sehari. Nak harapkan ibubapa pengantin menguruskan majlis pon tak boleh juga sebab pada hari majlis tu nanti, ibu bapa pengantin akan jadi paling sibuk menerima tetamu. Oleh itu kita sangat memerlukan bantuan ahli keluarga yang lain. Lagipun bila kita libatkan ahli keluarga yang besar, pada waktu ini lah kita dapat merapatkan silaturrahim sesama kita. Setiap kali mesyuarat, pada waktu kerja-kerja persiapan, memang akan ada gurau senda yang menggembirakan walaupun letih. Kerja yang banyak akan merasa ringan dan seronok bila dibuat beramai-ramai. Dah terbayangkan kemeriahannya kan?
Sewaktu kenduri
Haa ini sangat penting ya bakal-bakal pengantin sekalian. Sewaktu hari kenduri, kebiasaannya, pengantin akan mencipta sebanyak mungkin memori yang boleh. Pelbagai protokol dibuat. Dari bersanding, menepung tawar, memotong kek dan paling lama, bergambar. Tak cukup gambar di pelaminan, di bawa keluar pula untuk bergambar outdoor. Sedar-sedar majlis dah habis. Pengantin tak sempat pon beramah mesra dengan tetamu. Kalau tetamu yang tiba tu lambai pengantin di pelaminan, nampaklah pengantin dengan tetamu itu. Kalau tak, pengantin pon tak perasan tetamu tu datang. Ingatlah wahai pengantin, tetamu yang datang adalah untuk meraikan pengantin. Pendekkan masa dengan protokol-protokol pengantin tu. Turun ke bawah pelamin, raikan tetamu. Bertegur sapa dengan tetamu baru tetamu rasa dialu-alukan kedatangannya kemajlis tersebut. Untuk sesi bergambar puas-puas tu tangguhkanlah ke hari esok ke atau lewat petang selepas tetamu pulang.
Pada hari majlis ini kalau boleh, ahli keluarga pengantin pon kena sama diaikan seperti pengantin. Jangan dikerah adik beradik pengantin untuk duduk dapur buat itu ini. Adik beradik pengantin bersama ibubapa sambutlah tetamu yang hadir dengan gembira kerana pastinya lah yang hadir itu adalah dikalangan jemputan ahli keluarga pengantin tersebut.Kerana ini lah pentingnya ada jawatankuasa kerja tadi. Supaya saudara-mara lain dapat membantu keluarga pengantin dengan kerja-kerja belakang tadbir. Masa ini budi bahasa dan adab sesama saudara amatlah diperlukan kerana saudara-mara kita inilah yang akan memastikan berjayanya majlis kita tu nanti.
Lagi satu yang selalu perkara yang sering kita ambik remeh adalah meraikan kedatangann keluarga pihak pengantin lagi satu. Ini sangat penting untuk memberi impression yang baik pada keluarga pasangan kita tentang keluarga kita. Bayangkan kalau pada hari kenduri je, keluarga pasangan kita dah tak gembira, apa jadi seterusnya?
Selepas kenduri
Penting yea untuk kita memperkenalkan pasangan kita dengan ahli keluarga kita supaya pasangan kita tahu siapa dan bagaimana ahli keluarga kita. Masa cikyani kahwin dulu, arwah nenek suruh cikyani bawa cikwan menziarahi rumah setiap adik-beradik mama selepas dua-tiga hari selesai kenduri. Sambil berziarah, cikwan dapat berkenalan dengan makcik pakcik dan sepupu-sepupu cikyani. Begitu juga sebaliknya. Dari situlah wujudnya ukhwah, hormat dan kasih sayang sesama keluarga. Sama juga sewaktu kenduri menyambut menantu di Kelantan. Dua-tiga hari selepas kenduri, arwah mak mentua cikyani bawa cikyani dan cikwan menziarahi rumah ahli keluarga yang lain. Cikyani rasa cara ini masih sangat relevan sehingga hari ini supaya keluarga dan menantu dapat saling mengenal.
Satu cara yang pernah keluarga kami buat sewaktu kenduri adalah majlis taaruf yang diadakan malam hari selepas kenduri. Pada majlis ini, pasangan pengantin akan diperkenalkan dengan setiap ahli keluarga. Kadang-kadang kami juga mengadakan acara bertukar-tukar hadiah untuk memeriahkan majlis. Tapi ini bukan lah satu kewajipan. Cuma sekadar penambahseri majlis. Yang penting adalah merapatkan ukhwah antara pengantin dan ahli keluarga.
Haaa itulah pendapat 2 sen cikyani tentang panduan kenduri kahwin yang perlu para pengantin titik beratkan. Panduan ini versi jimat tanpa pakai wedding planner. Tapi ada juga kenduri kahwin yang memang grand siap wedding planner yang cikyani attend. Memang pengantin akan dibawa turun pelamin untuk bertemu tetamu sebelum meneruskan acara bergambar untuk memori sendiri setelah selesai majlis. Point utamanya disini adalah, meraikan tetamu pada hari majlis dan meraikan ahli keluarga serta sanak saudara dari sebelum majlis sehingga tamat majlis. Dengan cara ini, ukhwah dan kasihsayang akan terjalin rapi.
Namun begitu ini cumalah pendapat peribadi cikyani je. Tak semestinya panduan yang cikyani tulis berdasarkan pendapat peribadi ini sesuai untuk korang semua ikut. Setiap orang ada kehendak masing-masing kan. Kalau korang nak dengar cerita majlis perkahwinan cikyani camana, kena tunggulah next post yang tak tahu lagi bila cikyani nak tulis topik tu ntah.
Ok korang. Jaga diri, jaga ukhwah dan saling berkasihsayang yea.