Rahmat Allah

 Bismillah..

Lama betul cikyani tak update blog ni. Sejak 2018 kot? Sampai adsense pon erroršŸ˜‚ 

Haa...siap dah ada emoji lagišŸ˜†

Banyak sebenarnya nak cerita. Tapi kita start slow-slow. Yang mana pernah follow dan masih follow blog ni, terima kasih daun keladi cikyani ucapkan. 

Blog ni sebenarnya takde specific niche. Dia ikut je arus semasa apa yang jadi pada cikyani. Semenjak cik yani hilang dari radar tu memang banyak betul benda dah jadi. Bisnes suami kena sabotaj, jaga mak mentua yang sakit dan akhirnya meninggal dunia, pindah Melaka, bukak kedai makan, tutup kedai makan, bukak fitness studio, tutup fitness studio, downgrade lifestyle, duduk kampung, bertani, sambung belajar, beruban dan banyaklah turun naik kehidupan lagi. Semua tu cikyani hadap dengan mencari segala hikmah yang tersembunyi disebalik kejadian. Alhamdulillah. Nanti ada masa cikyani akan cuba cerita semua sebagai tauladan dan sempadan bersama.

Malam yang penuh rahmat ini, ditemani bunyi cengkerik, dengan bau tanah dan rumput yang masih kuyup akibat hujan lebat tadi, cikyani nak kongsi satu cerita yang jadi hari ini. Cerita yang sangat manis untuk dikenang pada masa depan. Mungkin boleh dicerita semula oleh anak-anak kepada cucu-cucu pula. Bukan lah cerita yang gempak cuma cerita tentang perasaan bahagia yang sukar digambarkan sampai terpaksa bukak balik blog dan tulis disini.

Sebenarnya sekarang ni cikyani sedang mengusahakan sedikit tanaman sayur. Dan kebetulan pula adik lelaki cikyani datang sini bawa mama, memang seronok lah cikyani. Masa mama dan adik lelaki cik yani nak balik semalam, cik yani ajaklah mama petik sayur untuk dikirim pada adik beradik mama yang jauh di sana tu. Cikyani ni memang lah..kalau orang datang Melaka ni ada je yang cik yani nak kirim buat mak-pak saudara kat sana. Walaupun seketul gula melaka. Tapi selalunya ada sekali buah kelapa yang cikwan kait sendiri. Hati cikyani ni dekat betul dengan mak-pak sedara semua. Maklumlah, mereka yang bantu mama besarkan kami 5 beradik ni sebab mama ibu tunggal kan.

Mama petik senndiri sawi hijau

Sayur hasil tuaian mama

Kita pack cantik-cantik untuk saudara-mara di Selangor sana

Sedih betul rasa saat berpisah dengan mama semalam. Taktau la bila lagi kami boleh berjumpa dalam keadaan pandemik ni. Dengan saudara -mara kat sana lagi laa lama tak jumpa.

Sebaik saja mama balik semalam, masuk lah oder sayur untuk pagi ini, 2 kg sawi hijau, 2 kg kangkung. Alhamdulillah syukur. Gembira bukan kepalang tau. Walaupun lepas kita tuai dan filter, kami cuma  boleh bagi 2kg sawi dengan 1.2kg kangkung je, pelanggan tetap setuju. 



Sayur untuk pelanggan pertama ladang sayur kita


Dalam perjalanan balik tu, masih lagi tersenyum, dapat pula mesej dari Pak Ajis, seorang pakcik  yang telah cik yani anggap seperti ayah sendiri. Besar jasa Pak Ajis dalam hidup ini. Banyak peranan ayah yang dia mainkan dalam hidup cikyani. Memang kalau nak digantikan dengan intan permata dalam dunia ini pon belum tentu dapat balas jasa Pak Ajis dan juga mak-pak saudara cikyani yang lain. Mesej Pak Ajis sarat nasihat seperti selalu. Sewaktu baca mesej ni, terasa betul macam cikyani masih anak kecil yang perlu dinasihati dan dibimbing. 

Terima kasih Pak Ajis

Sampai rumah terus masak untuk cikwan dan anak-anak kemudian terus attend kelas pukul 2-4petang.
Tiba-tiba dari dalam rumah nampak ada kereta berehenti depan pagar. Orang tu bukak dan masuk pagar sambil pegang barang. Sampai depan tangga, dia tanya "ini  Yani Tajuddin ke?" ye betul.
Rupa-rupanya kek mamasab yang lama dah teringin nak makan. Kiriman adik angkat yang jauh dimata tapi sentiasa dekat dhati, Si Aya namanya.

Lama dah perati kek ni..AlhamdulillahšŸ˜‹

Bertuah betul budak ni


Belum habis tersengih dapat kek, tiba-tiba masuk pula mesej dari adik. Dia hantar resit bank in, dari Cik Am katanya. Cik Am ni makcik cikyani yang jaga cikyani selama 3 tahun sewaktu cikyani sekolah di Kelantan dulu. Dan jasa Cik Am juga tiada bandingannya. Tak perlulah cikyani bagitau berapa amounnya tapi cukup untuk menggembirakan hati cikyani. 

Alhamdulillah šŸ˜

Malam ni sewaktu hujan rahmat menyirami bumi, cikyani berasa syukur sangat pada Allah tuhan pemberi segala rezeki. Sedikit sangat sayur yang cikyani bagi semalam sampai Allah balas sebegini banyak. Maka nikmat Tuhan mana satu ingin kamu dustakan.

Orang putih kata simple gesture can makes people smiles. Haa gittew..Terima kasih semua yang telah terlibat dalam memori indah hari ini dan hari-hari sebelumnya. Semoga Allah terus rahmati kalian semua, kita semua.

Amiin.

Cikyani yang gembira.
































Post a Comment

Previous Post Next Post