Mechamato The Movie

 


Bismillah..

Hari ini adik Cik Yani ajak Cik Yani bawak anak-anak dan anak saudara yang ada kat rumah mama ni pergi tengok wayang. Memandangkan sekarang ni tengah intrend cerita Mechamato The Movie, maka kami decide untuk menonton cerita tu je. Lagi pon sesuailah untuk kanak-kanak kan.

Adik Cik Yani beli tiket jam 12.30 di IOI Mall Puchong. Seronok betul. Kali ni pergi berdua  belas. Yea DUA BELAS ORANG tauuuu😅😅 .2 orang dewasa, 3 orang remaja, 7 orang kanak-kanak. Bukan main meriah lagi. Tapi alhamdulillah, semua orang behave.Jadi senang kerja kami berdua.




Ok Jom Cik Yani cerita sikit pasal Mechamato The Movie ni. Sikit jee eh. Nak tau banyak kenalah menonton sendiri.

Awal-awal cerita ni, macam cerita kartun kanak-kanak yang lain. Seronok lah untuk kanak-kanak tapi entah kenapa pada 10 minit pertama tu Cik Yani boleh terlelap pula 😂. Mungkin masa tu dah lama tunggu iklan sebelum cerita bermula kan. Almaklumlah, orang tua...bila lama sikit termenung terus telelap. Cik Yani mula tertarik sewaktu Amato menggunakan kebijaksanaan dia untuk kenakan Mechabot sewaktu mereka hendak sync. Selepas mereka sync automatik, Amato jadi tuan baru untuk Mechabot. Bermula dari waktu mereka sync dan menggelar diri mereka Mechamato, jalan cerita menjadi semakin menarik dan mendebarkan. 

Kisah yang berlatarbelakangkan ciri-ciri tradisional Melaka, dengan latar lokasi seperti di Bandar Hilir, Melaka cuma ditukar ke nama Kota Hilir, pertandingan beca berhias dan juga seni silat Melayu membuatkan cerita ini lain daripada yang lain. Tambahan pula dengan bangunan berbentuk tanjak tapi mempunyai fungsi yang sungguh canggih didalamnya membuktikan bahawa ciri senibina tradisional boleh diketengahkan dan mempunyai nilai komersil yang tinggi. Watak bersahaja dan rendah diri oleh Amato berjaya mencuit hati dan mencuri  perhatian penonton.  Memang Cik Yani sangat kagum dengan cerita animasi canggih oleh Animonsta Studio ini. Selepas 10 minit Cik Yani terlelap tadi tu memang sikit pon Cik Yani tak mengantuk ataupun bosan. Malahan berdebar lagi adalah. Setiap kali Mechamato berlawan, Cik Yani pula yang rasa nak melompat. Manakan tidak, dengan sistem bunyi yang luar biasa, kadang terasa macam mereka sedang bercakap atau berlawan sebelah kita je tau.

Persahabatan antara Amato dan Pian serta Tamara juga sangat lah comel. Selain dari Pian dan Tamara, watak tambahan si pembuli, Bulla dan Billi juga berjaya mencuit hati penonton. Pandai sungguh pengarah Nizam Abd Razak meletakkan watak yang menghidupkan keseluruhan jalan cerita. Walaupun cerita ini banyak aksi yang mendebarkan, tetapi ada juga babak yang menyentuh hati seperti babak antara Tok Asah, Encik Aman dan Dato Andy serta babak antara Amato dan Mechabot. Kemudian babak mereka hampir kalah. Namun begitu dengan sikap setiakawan dan kerjasama mereka semua, akhirnya General Grakakus yang jahat dan kuat itu berjaya ditewaskan. Banyak juga elemen suprise dalam cerita ini. Eh banyak lah kalau nak cerita. Korang kalau nak tau, boleh pergi tengok cepat sebelum cerita ini tamat tayangan di pawagam. Takut menangis bucu katil nanti.

Secara keseluruhannya, Cik Yani bagi 4.95 bintang dari 5 bintang. Memang sangat rekomen terutama untuk ditonton bersama anak-anak. Cerita tak stress sangat,  ada aksi tapi tak lah melampau sangat dan yang penting terasa macam memang macam ceritanya hidup walaupun sekadar animasi. Mungkin kerana penceritaan sebeginilah,  cerita ini mendapat 30 tempat teratas sebagai cerita anime terbaik dunia di Festival Anugerah Anime TV terbaik Tokyo.Bangga tau cerita Malaysia, hasil kerja anak melayu kita mendapat pengiktirafan dunia. Semoga banyak lagi lah karya-karya tempatan yang sehebat ini dapat dihasilkan pada masa akan datang.















1 Comments

  1. Alaaa akak ni, kite x tengok lagi. Ni menggugat keimanan nak kena pi layan wayang ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post