Bismillah...
Alhamdulillah tamat sudah pusingan 1 Petronas Cubprix yang telah berlangsung di Litar Sepang Utara. Naim merupakan salah seorang pelumba yang telah menyertai sukan permotoran ini di kategori Yamaha NVX One Make Race. Ini merupakan perlumbaan pertama Naim dan Naim tak training langsung sebelum perlumbaan. Malahan Naim telah demam panas pada hari Rabu lepas setelah terkena hujan pada hari Selasa sebelumnya sewaktu mencari boot dan protector di KL.
Cerita Cubprix ni sebenarnya bermula sejak Januari lepas. Naim senyap-senyap pergi register untuk selection Cubprix di Tangkak, Johor. Bila kena panggil, dia mula panik. Dia bagitau Cikyani dan Cikwan. Tapi sebagai emak, memanglah Cikyani tak berapa nak izin sebab sukan ni sangat berisiko tambahan pula Cikyani lebih suka dia fokus pada sukan kenu dia. Tapi sebab Cikwan minat motor, maka cikwan setuju bawa Naim pergi selection tersebut. Tapi ada beberapa syarat yang Naim kena patuhi sebelum pergi ke selection. Antaranya, tak boleh merayau dan tak boleh menunggang motor kawan sesuka hati. Demi selection Cubprix, Naim turutkan. Tapi Cikyani tetap dengan pendirian Cikyani. Tak support langsung masa tu. Sebenarnya lebih kepada takut pon yea. Dalam masa yang sama, Cikwan cuba brainwash Cikyani. Katannya sukan ni bagus. Bertaraf dunia. Kalau fokus boleh pergi jauh. Cuma kita kena bersedia dengan risiko bahaya tu. Mendengar risiko bahaya tu lah Cikyani tak berapa nak gemar tu. Dalam masa yang sama Naim cuba mendapatkan sokongan daripada kawan-kawan UCAM Cikyani terutama Iman yang juga meminati sukan permotoran. Iman pula cuba memujuk Cikyani untuk menyokong Naim dalam sukan Cubprix.
Naim sewaktu sesi selection |
Hari selection, Cikyani tak ikut. Tapi sewaktu Naim dan Cikwan nak keluar pagi tu, dalam hati Cikyani berdoa, "Ya Allah, jika ini baik untuk anakku, Naim, bantu dia permudahkan, jika tidak, tunjukkan jalanMu"
Begitulah doa yang mengiringi Naim pagi itu. Cikyani tak ikut walaupun berkali-kali Cikwan ajak. Memang kali ini Cikyani keraskan hati tak mahu ikut (siapa yang kenal Cikyani akan tahu macamana supportivenya Cikyani dengan semua event anak-anak, tak pernah missed satu pon) . Tapi kat rumah berdebar-debar juga tunggu berita dari Tangkak. Cikwan sentiasa update aktiviti Naim di sana. Bermula dengan fitness training sampailah ke ride di trek. Masa Cikwan hantar gambar Naim dalam racing suit, dah mula dah rasa wow datang. Tapi Cikyani senyapkan saja. Hampir semua whatsapp Cikwan, Cikyani tak balas. Tiba-tiba Cikwan call Iman sebab masa tu Cikyani keluar tak bawa handphone. Dia kata "bagitau kak yani, Naim mungkin terpilih sebab coach dia panggil ukur suit untuk custom. Tengah tunggu official announcement" Aduhai...taktau la nak rasa masa tu. Dan petang tersebut, sewaktu keputusan rasmi keluar, memang Naim terpilih dan jadual perlumbaan untuk setahun terus dapat. Masa ni terpaksalah Cikyani tukar persepsi dan terus memberi seratus peratus sokongan pada Naim.Sewktu mendengar berita Naim terpilih untuk beraksi di sukan Cubprix, adik-adik Cikyani dan sepupu-sepupu Cikyani semua teruja. Tak sangka Naim boleh terpilih.
Dari situlah cerita si Rider Nombor 20 ini bermula.
Sabtu, 12 March 2022.
Perlumbaan pertama Naim. Bermula dengan free practice waktu tengahari dan qualifying waktu petang. Sabtu ni Cikyani tak ikut sebab Cikyani nak bantu sahabat Cikyani uruskan majlis pertunangan anaknya yang akan berlangsung keesokan harinya. Jadi Cikyani cuma menonton melalui facebook live sahaja. Nampak Naim atas motor dengan suit perlumbaan, datang pelbagai perasaan dalam diri ini. Rasa takut dan bangga bercampur baur. Tambah bangga bila nama Naim disebut sebagai line up racer. Cikyani dan Cikwan sepakat tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang pda perlumbaan ini. Ini adalah perlumbaan pertama Naim dan Naim tak pernah training sebelum perlumbaan ini malahan pengalamannya menunggang motor juga tidak seluas mana. Naim juga merupakan pelumba termuda di kategorinya.
Sesi free practice berjalan dengan baik dimana Naim mengakhiri perlumbaan dengan tempat ke 20 daripada 24 pelumba. Satu permulaan yang baik dan bergaya pada Cikyani. Tapi sewaktu sesi qualifying, hujan sangat lebat sehingga perlumbaan untuk kategori Naim terpaksa ditangguhkan. Waktu ini, dah riuh dalam group whatsapp keluarga. Semua berdoa semoga tidak terjadi perkara yang buruk-buruk sewaktu Naim berlumba memandangkan trek licin akibat hujan. Apabila hujan sudah sedikit reda, barulah perlumbaan Naim dimulakan. Memang agak berdebar sewaktu tengok pelumba-pelumba ni semua keluar dari pit. Semakin berdebar apabila melihat pelumba jatuh. Prestasi Naim petang itu lebih baik dari pagi yang mana Naim telah menamatkan perlumbaan dengan tempat ke 18 daripada 24. Ini bererti pada perlumbaan sebenar keesokan harinya, Naim akan bermula di petak ke 18.
Aksi-aksi Naim sewaktu sesi qualfying dalam hujan |
Ahad, 13 Mac 2022.
Seawal lepas subuh Cikyani dah bertolak ke Sepang dengan ditemani oleh Iman dan Amin. Cikwan dan Naim memang tak balik sejak Jumaat. Mereka tidur di rumah adik Cikyani di Puchong. Sampai di Sepang, Naim dah bersedia di pit untuk warm up session. Waktu ini Cikwan beritahu Cikyani, Naim kelihatan berbeza semenjak lepas perlumbaan semalam. Dia lebih banyak diam dan nampak tertekan malahan selepas perlumbaan qualifying petang semalam, Naim pitam, jatuh bersama motornya tapi sempat disambut marshal. Risau pula Cikyani dengar. Cikyani duduk di Grandstand betul-betul berhadapan dengan pit Naim. Jadi sewaktu Naim menolak motor bersedia untuk sesi warm up, Naim nampak Cikyani. Segera dia melambai tangan. Sebaik tamat sesi warm up, Naim terus call Cikyani. Dia minta Cikyani datang ke paddock. Setibanya Cikyani ke paddock, Naim telah menunggu. Nampak je Cikyani terus dia peluk Cikyani.
"Sebenarnya Naim rasa tak sedap hati. Lepas Naim tengok kawan Naim jatuh depan Naim semalam, Naim rasa takut dan asyik terbayang akan jatuh sewaktu berlumba"
Itu yang menghantui Naim rupanya. Cikyani cuba bagi semangat dan pesan supaya fokus dan fikir yang baik-baik saja. Jangan fikirkan hal jatuh tersebut. Mama sentiasa doakan keselamatan Naim. Tak menang tak apa. Ini pengalaman pertama. Bukan senang nak dapat pengalaman ni, Dah berada di litar ni pon dah cukup bagus. Jangan tertekan untuk kemenangan. Naim nampak lebih tenang selepas itu.
Lega ye dapat jumpa mama |
Perlumbaan sebenar kategori Naim bermula jam 12.10 tengahari. Berada di Grandstand untuk menyokong Naim bersama Cikyani adalah adik dan ipar Cikyani, mummy Naim dan Pakngah Naim serta kawan-kawan Cikyani, Iman dan Amin. Tetapi, masyaAllah, ramai betul yang whatsapp cikyani menyatakan sokongan mereka dengan menonton perlumbaan Naim di facebook live. Terima kasih daun keladi yang sudi sokong dan doakan Naim.
Terima kasih sudi berada di Grandstand bersama Naim |
Naim kelihatan agak tertekan waktu itu. Dia kelihatan gelisah dan tidak selesa. Namun cikyani sangat bangga dengan Naim kerana tidak patah semangat dan tidak berputus asa. Naim berjaya menamatkan 5 laps perlumbaan dengan berada di tempat 23 walaupun lap pertama Naim sudah berada di top 5. Apapun keputusan yang Naim dapat, itu tidak mengurangkan sedikit pon rasa bangga Cikyani. Terutama melihat nama Naim terpampang di skrin besar dan paling bangga bila pengulas menyebut namanya sewaktu mengumumkan line up racer dan keputusan. Nampak macam terlebih sikit kan Cikyani ni? Tapi itulah. Kali pertama agaknya anak dapat masuk pentas Cubprix.
Aksi Naim sewaktu perlumbaan sebenar |
Selesai perlumbaan, Cikyani jumpa Naim. Ada sedikit riak kecewa. Katanya dia masih tak boleh buang rasa takut jatuh sewaktu dia berada dalam kelompok hadapan menyebabkan dia memperlahankan motornya. Tapi bila dah belakang sikit, dia gagal untuk masuk balik ke kelompok hadapan semula. Tak apa Naim. Pengalaman pertama begitu berharga. InsyaAllah selepas ini mama usahakan untuk Naim training pula yea.
Naim bersama rakan rider satu team dan merupaka satu-satunya pelumba wanita, Hijjaz, dan adiknya lelakinya yang berlumba untuk Honda |
Alhamdulillah selesai pusingan pertama dengan pelbagai pengalaman dan perasaan. Semoga perlumbaan seterusnya Allah permudahkan dan Allah pelihara Wan Naim Idzhar. Dan semoga nama Naim boleh berada di pentas dunia pula. Mama doakan yang terbaik.
Manager merangkap daddy Naim yang gigih membawa Naim ke arena Cubprix. Buat sampai jadi yea daddy |