Bismillah
Mungkin ramai yang belum tahu. Semenjak bulan Julai 2021 cikyani telah pun bergelar mahasiswi semula. Cik yani telah menyambung pengajian di University College Agrosains Malaysia (UCAM) . Cik yani cuba mencapai cita-cita cik yani yang terkandas dulu untuk menggenggam segulung diploma. Walaupun sudah agak lewat, tapi cik yani berpegang dengan kata-kata "better late than never".
Semester pertama, cik yani mengikuti pembelajaran melalui online memandangkan waktu itu masih musim PKP. Semester kedua, cik yani mula masuk kampus untuk pembelajaran secara bersemuka bermula Disember 2021. Seronok sebenarnya masuk kampus semula. Jumpa pula rakan-rakan sekelas yang baik-baik dan pandai menghormati orang yang lebih dewasa. Maklum sahaja, dalam kelas tu cik yani sorang je yang terlebih usia :)
Sewaktu belajar di kampus inilah cik yani bertemu dengan Iman dan Sahdan yang akhirnya menjadi rakan baik cik yani. Walaupun cik yani rapat dengan beberapa orang rakan lagi, tapi dua orang ni memang lebih rapat dan baik terutama si Iman tu. Mereka dah cik yani anggap macam anak-anak sendiri walaupun tak dilayan seperti anak, lebih kepada kawan baik. Kami bertiga memang rapat dan hampir sepanjang masa bersama terutama sewaktu dikampus. Kami sering mengulangkaji pelajaran bersama.
Sedang kami seronok belajar tiba-tiba Covid melanda UCAM. 15 Febuari 2022 keluar arahan bahawa pelajar yang tidak dijangkiti di arahkan pulang dan pembelajaran secara online akan dimulakan semula sehingga hujung semester. Memang sedih la rasanya terpaksa berpisah dengan kawan-kawan terutama si Sahdan yang terpaksa pulang ke Sabah semula. Iman pula akan balik ke Batu Pahat, Johor.
18 Febuari 2022, hari terakhir kami bersama. Kami bertiga mengambil keputusan untuk menghantar seorang rakan kami, Farid ke Melaka Sentral untuk menaiki bas pulang ke Kedah dan habiskan masa kami untuk makan-makan, berjalan bersama sebelum kami berpisah pada malam itu.
Kami sampai ke Melaka Sentral awal beberapa jam dari waktu bas Farid bertolak. Jadi kami bersepakat untuk makan di Kg Hulu. Next post nanti cik yani cerita pula tentang kedai makan kami makan ni yea. Selepas makan, kami tanpa sengaja telah terjumpa Ghost Museum yang terletak berhadapan Cendol Kg Hulu. Teruja betul kami sewaktu ternampak muzium ini. Terus kami masuk singgah. Mulanya kami agak terkejut dengan harga tiket untuk masuk, RM23. Tapi kemudian apabila kami beritahu yang kami student, maka dapatlah kami harga student, iaitu RM15. (Tapi kalau korang beli kat website Tiket2u, dapat potongan RM2 tau)
Depan Ghost Museum ni je dah terpacak hantu cina dah |
Macam-macam jenis hantu ada tau dalam Ghost Museum ni. Dari hantu cina, ke hantu melayu ke hantu mat saleh. Semua ada. Sebelum kami masuk, kami dah diberi penerangan serba ringkas tentang keadaan di dalam muzium tersebut. Ada sesetengah hantu yang ada sensor, akan bergerak apabila kami mendekat. Tapi dia bukan macam rumah hantu tu yang ada orang sergah tu. Dia lebih kepada pameran hantu-hantu dengan simulasi tertentu. Boleh terkejut la jugak. Sepatutnya ada pertunjukan silap mata tapi pada hari tersebut, tiada ahli silap mata yang bertugas.
Kami diingatkan perlu ikut laluan berlangsir sahaja. Sewaktu kami hendak masuk, langsir pertama bergerak-gerak dengan lampu merah menyala dari dalam. Terkaku kami seketika. Ragu-ragu kami hendak masuk. Tapi si Iman yang jalan depan sekali masuk juga. Cik yani ikut belakang. Terkejut kami apabila ternampak puntianak tergantung.
Kemudian kami jumpa bomoh, pawang, hantu cina, dan pelbagai jenis hantu lagi termasuk penanggal. Walaupun tak seseram rumah hantu, tapi cik yani tetap takut. Punya lah takut sampai tak berani nak keluarkan handphone untuk bergambar. Jadi gambar-gambar semua adalah ihsan sahabat bertiga ni.
Jom kita tengok gambar yea. Ada lah beberapa bahagian yang tiada gambar. Tapi boleh dikatakan semua bahagian menarik.
Tengoklah bukan main lagi si Sahdan (kiri) dan Iman (kanan) ni berposing |
Ni di bahagian hantu cina, siap ada pelamin pula. Sempat pula budak berdua ni bersanding. |
Tengok hidangan lazat-lazat ni. Kat sini terang sikit so tak lah takut sangat |
Nampak enjoy kan? Tapi sungguhlaa hai..dalam hati cik yani takut tau tak.. |