Cinta tiga segi :New Delhi - Agra - Jaipur

Bismillah..

Pada 4-9 March 2017 yang lalu Cik yani dan Cik wan telah terpilih untuk mengikuti International convention anjuran Pacific Insurans Berhad. Destinasi convention Kali ini bertempat di India. Pada mula mendapat berita tersebut perasaan kami bercampur baur antara terkejut,berdebar dan teruja. Kami dimaklumkan perihal ini hanya sebulan sebelum tarikh berangkat. Biar cik yani ceritakan kisah kembara kami di India.

Pacific Insurance Berhad International Convention 2017
Namaste india

Begitulah nama perjalanan kami. Lebih kurang 140 orang peserta termasuk VIP, staff Pacific Insurance serta ejen yang berjaya mencapai sales 500,000 tahun 2016. Cik yani dan cik wan kategori ejen.

4 Mac 2017 (Sabtu)
Penerbangan kami di jadualkan terbang jam 6.10 petang. Memandangkan cik yani dan cik wan akan naik ERL ke KLIA maka kami bertolak awal. Jam 2 petang kami telah pon berada di KLIA. Kami solat, makan dan rehat sementara tunggu penerbangan. Jam 6.15 kami di beritahu penerbangan kami delay kerana kapalterbang mengalami masalah teknikal. Akhirnya setelah lebih sejam setengah menunggu kami pon di panggil untuk boarding. Fuuhh..leega cik yani. Waktu tu perut dah lapar dahaga semua ada.

Atas kapalterbang kami bertemu dengan Abg Syed, rakan ejen dari Taiping. Kami dihidangkan nasik briyani ayam. Ini kali pertama cik yani naik kapalterbang lebih dari sejam. Huhu...seram sejuk perut. Badan penat mata ngantuk tapi tak boleh tidor. Serammm :) Alamatnya layan TV jee laa..

Separuh perjalanan kapten mengumumkan time zon baru. Adoi..lambat dua jam setengah.  Huhu... Siksa rasa nk sampai. (Hahahaa...maafkanlah orang kampung yg tak pernah merantau jauh ini yea)

Akhirnya..setelah 5 jam 45 minit atas udara, kami pon mendarat di bumi Delhi. Waktu itu jam menunjukkan hampir jam 11 mlm waktu tempatan. Perasaan gembira mendarat di bumi Delhi bertukar menjadi panik dan marah apabila kami dimaklumkan luggage lebih kurang 60 orang daripada kami tak sampai!! Masih berada di KLIA. Fuhhhhh...kecoh.,bergegar airport Delhi jadi nya. Kami disuruh buat report dan mereka berjanji akan menghantar luggage kami ke hotel. Dalam keributan itu kami bertemu dengan kawan-kawan yang sekepala, macam Akmar, Kak Aliza, Kak Amie, Kak Aisyah, Huda, Abg Abu dan paling sporting dan kelakar, Abg Kapten. Hilang resah gundah bila rakan-rakan "sekehilangan" luggage semua positif dan tenang. Malam itu kami tidor pakai baju sama.

5 Mac 2017 (Ahad)

Pagi itu kami akan di bawa berjalan sekitar Delhi. Kedukaan kami akibat luggage yang ter delay kat KL tu terubat bila kami dibayar 1500 rupee seorang sebagai gantirugi. Dapat lah kami beli sepersalinan pakaian sementara menuggu luggage kami yang dijangka tiba esok pagi.

Kami dibawa melawat ke Masjid Jama (Masjid Jamek) yang boleh menempatkan lebih 25000 jemaah sewaktu solat Jumaat. Di sini kami tak dapat bergambar banyak-banyak kerana mereka mengenakan bayaran jika ternampak kami bergambar menggunakan kamera atau handphone sendiri. Mereka mahu kami mengambil gambar dari jurukamera mereka kerana itu adalah salah satu cara mereka mencari pendapatan.

Masjid Jama



Pengalaman paling tak dapat dilupakan hari pertama bersiar-siar di Delhi adalah pengalaman naik beca di lorong sempit sekitar Delhi. Ya ampunnn... nak tercabut jantungku ini donggg!! Hari itu cik yani memang rasa bersyukur dan insaf bila tengok keadaan dan rakyat di Delhi. Dengan anak-anak merayau meminta sedekah, daif, padat...Alhamdulillah... Malaysia masih aman makmur sejahtera.

Lewat petang itu kami di bawa bertolak ke Agra pula. Esok nak tengok Taj Mahal... yeayyyyy...
Perjalanan ke Agra mengambil masa lebih kurang 6 jam naik bas. Aduhaiii...penat uolsss.. Nasib baik keadaan bas tu selesa.

Setiba kami di Agra, kami ditempatkan di Double Tree by Hilton..Bila lagi mau rasa menginap di hotel 5 star for free kann..kan...kan... So kena laa kerja kuat supaya boleh rasa macam ni lagi. Kami dihidangkan dengan Dinner Moghul Style. Cik yani difahamkan bahawa Agra merupakan Kota Moghul. Bangunan nya cantik-cantik.


Hotel Doubletree By Hilton tempat kami menginap di Agra


6 Mac 2017 (Isnin)

Yeayyy...pagi-pagi lagi kami dah disuruh ambil luggage kami di lobi hotel.. Ohhh baju-baju ku.. Hahahaaa... Cepat-cepat siap sebab hari ini kami akan melawat Taj Mahal.. Lambang cinta Shah Jahan dan Mumtaz. Dulu kecik-kecik cik yani pelik juga kenapa pula Taj Mahal ni termasuk dalam "Seven Wonders". Rupa-rupanya, punya laa mendalam cinta Shah Jahan terhadap isterinya itu, keseluruhan Taj Mahal dibina menggunakan batu marmar dan di dalam bangunan itu tiada satu pon switch dan pendawaian elektrik. Belakang Taj Mahal ni ada satu sungai yang apabila malam bulan penuh, cahaya dari batu marmar Taj Mahal ini akan terpancar cantik memantul ke sungai tersebut. Nanti Cik yani akan ceritakan perihal Taj Mahal ni pula di lain entry yea..


Dipintu luar Taj Mahal


Selepas penat berjalan di Taj Mahal, kami di bawa makan ke sebuah restoran yang asalnya adalah sebuah istana. Kemudian kami dibawa bergerak ke Jaipur pula, untuk melawat Amber Fort Palace. Perjalanan dari Agra ke Jaipur mengambil masa lagi 6 jam. Huhuhuuu...penattttt tapi seronok.

Tapi sebenarnya, ada cerita yang tak seronok sewaktu di Taj Mahal. Jam 2 pagi, sepupu cik yani, Ain call dari Malaysia memaklumkan yang ibunya, Cik Dah telah pon pulang ke rahmatullah. Sedih. Sebelum bertolak ke India, Cik yani sempat melawat Cik Dah dan spend masa bersama Cik Dah. Waktu tu Cik Dah telah pon koma. Semoga Allah mengampuni dan merahmati arwah Cik Dah :(


7 Mac 2017 (Selasa)

Pagi itu selepas sarapan kami di bawa ke Amber Fort, sebuah istana lama di Jaipur. Istana ni besar dan tinggi..Nak sampai ke istana ni kami kena naik gajah!! Yea!! Gajah!! Seram sejuk cik yani atas gajah yang mendaki bukit tu. Nasib baik turun kami naik Jeep polis. Jaipur ni sebenarnya sebuah negeri dan kota yang ada banyak istana. Sepanjang perjalanan kami telah melihat Water Palace, tempat puteri-puteri raja berehat pada musim panas, Wind Palace, istana yang banyak tingkap serta City Palace. Malam nanti kami akan dinner di City Palace.




Merancang masa depan di atas puncak Amber Fort


Nanti cik yani akan buat satu entry khas untuk ceritakan pula perihal Amber Fort Palace ni. Buat masa ni kita kongsikan gambar sewaktu di sana.

Selepas melawat Amber Fort Palace, kami terpaksa segera pulang ke hotel untuk lunch dan training. Sebelah malam nya pula ada Gala Dinner. Kami diberikan sepersalinan Saree untuk perempuan dan kurta untuk lelaki khas untuk dinner tersebut. Dua orang Saree expertise telah membantu kami untuk memakaikan kami Saree. Nota paling penting sebagai ingatan masa hadapan, sila pakai skirt labuh di dalam saree tersebut..bukan seluar panjang!! Kalau tidak memang natijahnya seksa nak ke tandas.. Hahahaa..

Nah.. jemputlah tengok cik yani dan cik wan berpakaian tradisional india ni yea.. Memang dah rasa macam Kajol dan Shah Rukh Khan dah.. :)






8 Mac 2017


Masa untuk pulang ke pangkal jalan. Hahahahaa...Seronok tak terkata. Dari Jaipur kami menaiki penerbangan murah ke Delhi, Spice Jet. Ala-ala fire fly. Kawalan keselamat di lapangan terbang, hotel dan pusat membeli belah di India ni sangat ketat. Keluar masuk kena scan. Kami bertolak dari Jaipur jam 11 pagi. Tiba di Delhi lebih kurang jam 1 petang. Selepas lunch semua, kami di bawa ke tempat membeli belah. Lepas maghrib, kami tiba di lapangan terbang semula kerana penerbangan balik kami jam 11 malam.

Alhamdulillah..balik kalini cik yani boleh tidur dalam flight sebab penat sangat. Padahal cuaca buruk. Dengan hujannya, kilat lagi..beberapa kali kami disuruh pakai tali pinggang keselamatan. Tapi penat mengatasi takut.. Memang lena betul tidur. Sedar-sedar dah sampai KLIA,subuh 9 Mac 2017. Terus balik rumah, cari anak-anak.. Alhamdulillah.


Goodbye India
India, sebuah negara yang bersuhu rendah. Kepadatan penduduk yang tinggi. Kadar kemiskinan pon masih tinggi. Masih ramai rakyat mereka yang homeless. Tahap kebersihan juga kurang memuaskan. Namun ia adalah sebuah negara yang bagus untuk di lawati. Banyak tempat bersejarah serta bangunan yang cantik. Makanan nya juga enak dan lazat. Cuma kita perlu pandai memilih lokasi makan serta jaga keselamatan diri dengan baik.

Kalau diajak ke India lagi? Mesti lah mau...asalkan tinggal di hotel yang elok dan bersih :)

Post a Comment

Previous Post Next Post