ke sekolah semula

alhamdulillah... setelah seminggu lebih diserang penyakit M akhirnya hari ini pintu hati Naim Idzhar terbuka semula untuk ke sekolah. Puaslah cik yani dan cik wan pujuk naim.Macam2 kami nak cuba "rasuah" dia supaya  dia ke sekolah semula tapi semua cubaan tersebut gagal!!
Entah macamana pagi tadi dia hendak ke sekolah semula setelah puas kena pujuk dan kena marah. Tapi sebenarnya cik yani rasa is a power of doa... setiap hari cik yani doa naim hendak ke sekolah semula sebab naim anak yg bijak dan pintar.Dua tiga hari ni cik yani berdoa agak bersungguh2 berbanding biasa, baik untuk anak2, naim,cik wan mahupon perniagaan kami.Dan memang cik yani akui apabila kita buat dengan sepenuh jiwa doa kita lebih "sampai".Banyak jalan akan dimudahkan.Cuma, kenapala cik yani ni sombong sangat dengan yg atas tu ye?? Dia kan maha Mendengar.Nak doa dan minta dia dengar pon cik yani malas sebelum ni.Padahal dia Maha Penyayang.Asal mintak bersungguh2 dan ikhlas kerana Nya insyaAllah Dia akan bantu...
Berbalik cerita naim... balik sekolah punyala dia excited... dia cakap "seronok nye sekolah mama.Naim nak sekolah banyak2 kali lah... taknak ponteng2..." Apa lagi... cik yani pon senyum la sampai ketelinga. Sampai nak tidor mlm ni pon naim tetap ulang cakap esok naim nak sekolah lagi...
Alhamdulillah...
naim handsome dengan uniform PASTI nya...

Post a Comment

Previous Post Next Post