Jajat : Rawatan radioterapi

 Bismillah..

Dua bulan berlalu sejak cik yani mula menulis semula kan? Banyak nak tulis tapi selalunya kekangan masa lah yang menyebabkan hasrat untuk menulis tu tertangguh. Malam ni ada lah masa sikit, kita buka laptop dan cuba tulis sikit.

Beberapa hari ni cik yani susah hati. Sebenarnya cik yani terkenangkan adik bongsu cik yani, si Jajat tu yang sakit. Sekarang ni Jajat sedang jalani rawatan radioterapi. Dalam masa yang sama dia juga terpaksa jalani rawatan kemoterapi. Kesian cik yani tengok dia. Katanya kemoterapi tu menyakitkan dan kesan selepas rawatan lebih menyakitkan. Apatah lagi ditambah dengan radioterapi. Katanya selepas rawatan, dia jadi lembik, asyik nak muntah dan yang terkini susah buang air besar. Aduhai lah.. Semoga Allah angkat darjat Jajat atas segala kesabaran dia menanggung kesakitan itu. 

Cik yani ada janji dengan Jajat nak cerita kat korang semua tentang journey cancer Jajat. Tujuan kami berkongsi bukan untuk melemahkan semangat pesakit-pesakit cancer lain. Tapi lebih kepada memberi motivasi dan berkongsi rasa. Jadi sesiapa yang diuji dengan penyakit ini tidak akan rasa bersendirian. Nanti cikyani cuba tulis yea..

Cik yani tak boleh rasa apa yang Jajat rasa, apa yang dia tanggung. Sebab bukan cik yani yang sakit. Biar pun mungkin tulisan cik yani hampir tepat dengan apa yang dia lalui tapi itu takkan sama dengan apa dia rasa dalam menanggung beban kesakitannya itu.

Beberapa minggu lalu, mama ada bagitau cik yani yang Jajat mengamok dengan Lina, isterinya kerana tak mau lagi sambung rawatan kemoterapi. Katanya orang tak paham apa yang dia rasa. Dia yang tanggung. Betul. Kami semua tak rasa. Tapi kami semua sayang kan Jajat terutama mama dan anak isterinya yang memerlukan Jajat. Jadi kami tak mau biarkan Jajat berputus asa. Biarlah dia mengamuk. Biarlah dia nak marah. Sebab dia yang sakit. Bukan kita yang sakit. Kita hanya mampu doa semoga Allah sembuhkan Jajat dan berikan lebih banyak kesabaran dalam dirinya. Alhamdulillah, walaupun dia mengamuk tanak teruskan rawatan kemoterapi, tapi dia tetap cekal setip minggu ke PPUM untuk rawatan tersebut. Malahan lagi ditambah dengan rawatan radioterapi pula. Aduhai..kuatnya adik akak.

Sabtu dua minggu lepas, Jajat, Lina dan anak-anak berjalan ke Melaka ni. Mereka bermalam di Klebang dan berehat di rumah cik yani. Katanya, itu lah last dia berjalan buat masa ni kerana dia akan ber radio terapi selama 7 minggu dengan 33 cycle. Sayu hati cik yani nak lepaskan dia balik. Tapi melihatkan dia kuat, cik yani pon jadi kuat juga. Takde lah drama air mata yang berlaku semasa dia balik tu. Tapi cik yani sempat bagitau dia "Kakna tu dah bebas kanser dah. Rawatanya 2 tahun, siap operate buang sebelah. Dia perempuan, kurus dan lebih berusia. Kalau dia boleh lalui semua ni, kau mesti lagi boleh"  Pesan cik yani sebelum mereka bergerak pulang. 

Kakna yang cik yani maksudkan tadi adalah sepupu kami. Kakna didiagnos kanser payudara beberapa tahun lepas. Tapi  kakna kuat lalui dugaan penyakitnya dan kini kakna telahpun bebas kanser. Kakna lambang kekuatan keluarga kami. Bagaimana kakna harungi semuanya sehingga sembuh sepenuhnya. Tambahan pula, Kakna adalah seorang OKU pendengaran,

Oh yea, sementara Jajat sedang jalani rawatan radioterapi dan kimoterapi ni, jualan chicken grill frozen nya terpaksa dihentikan seketika yea. Production dan jualan akan berlangsung semula pada minggu kedua bulan Januai 2022. Korang keep on support yea? Terima kasih daun keladi cikyani ucapkan. Semoga semakin melimpahh ruah rezeki korang dan semoga Jajat segera sembuh seperti sediakala.


Keadaan Jajat sewaktu rawatan radioterapi


Post a Comment

Previous Post Next Post