19 November 2015
Buat anak mama yang dikasihi,
Nurin Iman Fatinah
Kakak,
hari ini genaplah usia kakak 10 tahun. Alhamdulillah. Dah
10 tahun Allah pinjamkan kakak pada mama.Dan mama berharap Allah terus
pinjamkan kakak pada mama sampai mama tutup mata nanti.
Kakak,
10 tahun dulu masa mula-mula mama ambil kakak dari ibu
kakak, hati mama sungguh terharu dan gembira. Mama gembira sangat dengan hadiah
dari Allah, iaitu kakak. Mama berazam nak besarkan kakak sehingga kakak jadi
insan sempurna. Kakak merupakan permata yang sangat bernilai buat mama.
Walaupon lepas kakak lahir, Allah terus bagi adik yang ramai tapi kakak tetap
permata hati mama dan daddy. Kasih sayang mama dan daddy pada kakak takkan ada galang
ganti. Harapan mama dan daddy pada kakak sangat tinggi. Tapi apa yang penting,
mama dan daddy sangat berharap supaya kakak menjadi anak yang solehah dan
bertanggungjawab serta kakak yang mengasihi adik-adik supaya bila mama dan
daddy tak ada nanti kakak boleh jadi pengganti kami.
Kakak,
Mama dan daddy doakan semua yang baik-baik untuk
kakak.Ingatlah pesan mama.Kurangkan merajuk. Jadilah anak yang baik,kejarlah
syurga Allah. Jadikan syurga Allah itu matlamat utama dalam hidup.Rajin solat
dan mengaji.Banyakkan solat sunat. Doa anak yang soleh je boleh membantu
ibubapa di akhirat nanti. Maka, jadilah anak yang soleh sebab mama dan daddy
sangat mengharapkan bantuan doa kakak dan adik-adik.
Selamat hari lahir anak
kesayangan mama. Mama dan daddy sayang kakak