Nurin Iman Fatinah

Bismillah..

Harini 19 November..birthday anak sulung cik yani.Nama dia Nurin Iman Fatinah..Dah 8 tahun dah umor dia.Macam baru jee semalam cik yani susu kan dia.Tetiba harini dia dah besar dan pandai macam-macam :)

Iman ni sangat istimewa tempat dia di hati cik yani dan cik wan..juga hati-hati keluarga kami yang lain.8 tahun yang lalu saat cik yani berduka lara sebab belum dikurniakan zuriat setelah 2 tahun mendirikan rumahtangga,tiba-tiba Allah hadirkan Iman dalam hidup kami.Masa tu tak tau macamana nak cakap perasaan ni.Kisahnya.. satu hari kawan cik yani called..dia kata ada orang nak bagi baby yang bakal dilahirkan sebulan lagi.Keluarga bayi ni dah tak mampu nak jaga.Tanpa fikir panjang cik yani terus je setuju.Sebaik sahaja setuju kami terus buat research macamana kami nak susukan anak tu nanti supaya tidak terbatas aurat kami sebagai ibubapa.Dalam tempoh sebelum bayi itu dilahirkan banyak dugaan yang perlu kami lalui..semuanya kerana ibu bayi itu yang celaru fikirannya.Dada kami sentiasa berdebar.Sebab sekejap dia nak bagi,sekejap tak jadi.Sedangkan kami dah buat semua persiapan.Cik yani hanya mampu berdoa bersungguh-sungguh agar bayi itu tetap menjadi rezeki kami.

Dan.. 19 november 2005 setelah bayi itu lahir,dengan kehendak Allah ibunya nekad memberikan bayinya kepada kami.Dengan syarat,dia mahu tidur dengan bayi itu selama 5 hari (sumpah...ini lah 5 hari yang paling menyesakkan dada cik yani)

Setelah 5 hari..persiapan gemilang ok...kereta kami rosak,sepupu kami,Alyn sanggup pinjamkan kenarinya untuk menjemput bayi istimewa itu.Kat rumah,mak,adik-adik,nenek seeemua dah tunggu.Lepas subuh cik yani dah tercongok kat rumah kawan tu nak amek baby...Excited sangat rasanya masa tu..Hasilnya.... taaaadaaaaaaa....

 Inilah dia...Nurin Iman Fatinah...Nama dia,Nurin Iman kami yang beri dan Fatinah, ibu kandungnya yang beri..sebagai kenangan katanya :) (Gambar curik kat blog nekno nya.. masa ni mama dia tak advance,takde kamera pon)

Yang bestnya..sebulan lepas adopt si comel ni cik yani bawak dia pergi check up.Dan check la cik yani yang tak sihat ni sekali..alih-alih.... dokter kata cik yani pon mengandung..dalam 7 minggu gitu.Subhanallahhh..Alhamdulillahh... Sebenarnya dokter yang sama jugak la yang cakap cik yani tak boleh ngandung sebab ada cyst.Tapi kuasa Allah melebihi prediction dokter kan...Alhamdulillah sejuta kali :)

Dan..membesarkan Iman adalah part yang paling best.Masa dia belum sekolah..keletah sangat..petah, comel,bijak dan sebagainya.Dia sangat sayangkan Izzah.Bila adik dah mula ramai,kredibiliti dia sebagai kakak dah mula terserlah.Nampak sifat tanggungjawabnya.Dah mula rajin tolong mama.Dan sifat dia ni sikit sebanyak menjadi ikutan adik-adik.

Tapi yang tak bestnya..dia ni kuat merajuk.Maybe sebab dia tau the fact that dia bukan dari perut cik yani. :( Bila dia merajuk yang tabah menghandle nya daddy dia laa...

Jom tengok gambar comel dia.. :)

Rasanya ni waktu umur dia 2 tahun.. :)


sayang izzah sangat-sangat :)
ini dengan cik ibah...masa tengah meggedik :)
3 tahun..dengan cik ika pulak :)

Kalau nak cerita panjang perihal si Iman ni memang tak habes...Cukuplahh semua orang tahu yang cik yani rasa sangat bertuah dipilih menjadik ibu dia..Dan yang paling menarik..cik yani berpeluang untuk menyusukan dia..Bab nyusukan pon istimewa..sepanjang tempoh cik yani ngandongkan Izzah, adik cikyani yang ambil tugas nyusukan Iman.Sepanjang dia membesar kami sering beritahu dia, Iman keluar dari perut ibu tapi mama n mummy yang susukan Iman.So Iman ada 3 mak dan 3 bapak..Dan dia pon puuunyaaalaaa bangga ada 3 mak dan 3 bapak..kemain eksyen  lagik dia sebab adik2 cuma ada 1 mak dan 1 bapak... Adesss...

Ada masa cik yani sambung lagi kisah Iman ni..Until that time doakan cik yani terus tabah jadik ibu buat seeemua anak-anak cik yani ni terutama sibertuah Iman ni :)

8 Tahun..dah besar dah.. semoga jadik anak yang solehah, berjaya akhirat dan dunia..tiba masa nanti kita pergi jumpa ibu yea :)

























Post a Comment

Previous Post Next Post