Sunday, 23 March 2014

Siti Khairulnadzrah (15 jun 1982-31 jan 2014)

Bismillah...

(Semoga Allah beri kekuatan buat cik yani semasa meriwayatkan kisah ni)

Malam ni cik yani nak kongsi kisah Allahyarham Siti Khairulnadzrah binti Tajuddin.Dia merupakan adik perempuan cikyani..anak ketiga dari 5 beradik.Dia telah pergi menemui penciptanya pada usia yang sangat muda...31 tahun dan belum mendirikan rumahtangga.

Kami adik beradik memanggilnya sebagai JJ dan anak-anak saudara memanggilnya ma-jj. Dalam adik beradik dia sentiasa mengasingkan dirinya.Dia lain dari kami berempat. Pendiam dan tak suka ambil tahu hal orang.Semoga apa yang cik yani nak kongsikan ini mendapat manfaat buat kita semua, insya Allah.

Hampir setahun yang lalu,
Keadaan kesihatan JJ merosot.Dia sering batuk yang berpanjangan.Puas ke hospital dan klinik.Doktor cakap tak sakit apa-apa.Banyak kali buat ujian darah dan x-ray tapi result tetap sihat. Tapi batuknya tak surut malah selalu semput bila batuk
Akhirnya JJ dah tak kuasa nak ke hospital.Bila rasa sakitnya menjadi dia akan cuti kerja dan tidor bersendirian di rumah.Paling tidak dia akan ke klinik homeopathy dan ambil ubat.Berbulan-bulan JJ tak tidor baring.Sebab bila baring dia akan batuk tak berhenti.

Dalam pada itu badan nya makin kurus dan kulitnya ditumbuhi kudis yang banyak.
Sewaktu dia sedang sakit ini kami perhatikan dia banyak berubah.Dia dah tak bergaul dengan orang.Tak bercakap benda yang bukan-bukan.Mula nak ikut kami bercuti (Dia sempat ikut mama ke Sarawak dan join Family day company adik cik yani di PD serta ke Cameron Highland dengan adik cik yani).Masanya banyak di habiskan di rumah.Facebook nya banyak berunsur nasihat.Dan lebih kurang 3 bulan sebelum dia meninggal dunia dia sempat meminta semua kawan-kawannya memadamkan gambarnya di Facebook.Dan dia sendiri mula memadamkan gambarnya di Facebook. Dua minggu sebelum meninggal pula dia minta maaf dengan semua orang dan de-activate akaun Facebooknya.

Tak sedap hati.Awal bulan 12 mama cik yani bawak JJ jumpa ustaz Sarhan.Akhirnya kami tahu punca JJ sakit.Ustaz kata JJ di racun melalui makanannya hampir setahun yang lalu. Dan racun tersebut sangat kuat dan sedang memakan organ dalaman JJ.Mama kecewa sebab tak perasan hal tersebut. Mama bawa pula JJ berjumpa Ustaz Yunus (ustaz tahfiz)..juga hal yang sama.Katanya sihir ini kuat dan dihantar melalui makanan.Mama taknak putus asa.Terus berubat.(Waktu ini kami baru teringat yang setahun lalu JJ naik pangkat menjadi Head of Department dan selalu cerita ada orang tak suka dia naik pangkat)

Tapi keadaan JJ makin sakit.Dalam sebulan kesihatannya turun mendadak.Dia dah tak mampu nak pandu kereta,tak boleh berjalan laju, tak mampu nak bangun sendiri.Tapi dia masih pergi kerja.Masih mengaji dan masih solat macam biasa.Cuma dia perlukan bantuan kami untuk papah dia.Sikit pun dia tak merungut.Waktu itu hati cik yani bagai disiat-siat bila tengok keadaan dia.Bayangkan...adik yang gemuk dan sihat menjadi begitu kurus dan sakit.Rambutnya gugur dan hampir botak.

29 januari 2014
Cik yani dan cik wan nekad bawak JJ dan mama ke Segamat untuk berubat dengan ustaz Sanip (ustaz ni yang ubatkan cik wan masa disihir dulu). Ustaz sanip terkejut tengok keadaannya.Kuku JJ dah mula membiru.Kata ustaz..JJ di santau melalui makanan.Dan racunnya sudah memakan organ dalaman JJ.Dia tak boleh nak terus tarik racun tersebut sebaliknya kena ubat dulu organ yang luka.Lalu di bagi ubat dan disuruh datang lagi Sabtu nanti.Kami terus balik KL sebab JJ tak larat.Sepanjang jalan JJ pegang tangan mama.Sesekali dia peluk mama dan minta mama jangan tinggal kan dia.Mama pesan padanya..."berhenti fikir siapa yang meracuni dan redha laa...Kita redha dan sedia..Mama taknak JJ bankrap di akhirat nanti".JJ cuma angguk dan kata dia dah redha.

30 Januari 2014
Awal pagi cik yani dah sampai rumah mama nak jenguk JJ.Dia sedang duduk di sofa.Dia minta cik yani belanja dia Shake Herbalife.Cepat-cepat cik yani keluarkan sebotol Shake yang belum buka untuk dia.Hari itu dia minum Shake sampai 4 kali.Suka betul dia dan dia nampak sihat.Hati cik yani mula merasa lega.Hari itu juga ramai saudara mara yang datang melawat dia.Sampai ke tengah malam.Malam itu cik yani tidur di rumah mama temankan JJ.Sempat dia cakap "Ramai orang tengok aku.."cik yani tanya "Suka tak?" dia jawab "sukaa.." "sebab orang sayangkan kau"

31 Januari 2014 (JUMAAT)
Pagi itu JJ memang kelihatan sihat.Lepas solat subuh dia sempat tidur baring di katil mama.Hati cik yani sedikit lega sebab cik yani sangka kan dia dah tak sakit dan boleh tidur baring.Dan tidurnya nampak lena.Pagi itu pakcik dan makcik kami ramai yang datang melawatnya.
Bila semua orang dah balik tengahari itu dia masuk bilik mama.Nak tidur katanya.Dia cakap kat mama dia mengantuk sangat.Dan nak tidur jee...Zuhur..mama kejutkan JJ bangun solat.Lepas wudhu dia hampir tertidur dalam telekungnya sebelum memulakan solat.Kemudian mama kejut dia perlahan-lahan...cik yani dan mama menemaninya solat..bacakan bacaan solat supaya dia dengar dan tak tertidur,Usai solat dia tertidur lagi.Kemudian mama kejutkannya lagi dan minta dia bersiap sebab dia kena jumpa ustaz untuk berubat.Dia bangun dan bersiap.Kemudian dia tertidur lagi sewaktu berdiri tunggu di papah ke kereta.
Jam 4 petang mereka pulang.Terkocoh-kocoh mama masuk rumah mintak cik yani tolong angah papah JJ kerana dia tak mau turun.Katanya mengantuk yang amat sangat.Cik yani pergi ke kereta tengok JJ dalam keadaan mengah.Matanya separuh terbuka.Mulutnya asyik beristighfar.Kami cuba memapah JJ ke dalam rumah tapi kakinya lembik dan berat.Sewaktu azan asar keadaannya sudah separuh sedar.Adik lelaki cik yani di panggil untuk bantu kami angkat JJ.Kemudian JJ dibaringkan di sofa.Masih mencungap.Sesekali tangannya memegang pusat.Cik yani segera berwudhuk dan solat asar.Manakala angah menjaganya dan mengajarnya mengucap.Kemudian kami bergilir...angah dan mama solat cik yani pula jaga JJ.Usai solat mama peluk JJ.Ajar JJ mengucap.JJ ikut.Kemudian JJ sperti tidur dalam pelukan mama.Kami sangka kan JJ tidur.Tiba-tiba adik lelaki kami perasan..JJ tidur senyap...sedangkan JJ tidur berdengkur kuat.Waktu itu baru kami tahu JJ dah tak ada.Dan tadi...dia nazak.Kami gagal papah dia kerana rohnya dah ditarik dari kaki kerana itu kakinya berat.Dan dia memegang pusat kerana waktu itu rohnya sedang di tarik di pusat.Tapi kami langsung tak perasan tanda tersebut.Mungkin kami memang tak jangka kan dia akan pergi waktu itu.

Kami adik beradik segera menguruskan jenazahnya.Ambulans di panggil untuk megesahkan kematiannya.Suami cik yani dan adik ipar lelaki segera uruskan laporan polis dan masjid.Mama minta JJ tak dibawa ke hospital untuk post mortem. Awalnya polis agak keberatan untuk menunaikan permintaan mama memandangkan JJ masih muda dan meninggal di rumah.Tapi entah macamana lepas mama solat hajat dan doa akhirnya polis tersebut setuju untuk tidak membawa JJ ke hospital untuk di post mortem.Dia akhirnya cuma mengambil gambar JJ.

Sewaktu polis nak ambil gambar JJ, angah diminta membuka anak tudung yang menutupi dahi JJ.Waktu itu angah benar-benar terkejut kerana dahi JJ masih berkeringat halus.Angah memang tak tertahan air mata waktu itu.Kami tahu JJ syahid kecil kerana dia dianiaya dan dia redha.

Van jenazah sampai sebaik sahaja kami selesai solat maghrib.Cik yani menemani JJ dalam van jenazah.Van tersebut sangat selesa dan baru cik yani tahu itu adalah van baru dan baru hari pertama van itu berkhidmat di masjid As Shakirin,Puchong Utama.

Sewaktu memandikan JJ satu lagi perkara ajaib berlaku.Kudis-kudis di badannya hilang sebaik sahaja terkena air.Subhanallah..memang cik yani kagum dengan apa yang Allah nak tunjukkan.Tiba-tiba cik yani teringat kata ustaz Sarhan..kudis itu adalah kesan racun sihir dalam badannya.Ketua kumpulan yang memandikan JJ cakap JJ cantik dan senang dimandikan serta wangi.Memang senang.Tak ada kotoran mahupun najis.Kukunya kemas bersih.Wajahnya segar seperti tidur.

Kemudian dia dibawa ke kubur.Cik yani,angah dan mama mengiringinya dalam van jenazah yang baru dan selesa itu.Walaupun JJ tidak bersuami tapi dia sangat bertuah.Adik lelakinya sendiri yang mengimami solat jenazahnya.dan adik-adik lelakinya (termasuk seorang adik lelaki sebapa tapi lain ibu) jugalah yang memasukkan JJ ke liang lahad.Sempat cik yani dengar salah seorang dari orang masjid tersebut berkata "Alhamdulillah...kuburnya banyak lebihan ruang"

Jam 1.50 pagi kami semua dah sampai semula ke rumah.Urusan pengebumian JJ berjalan lancar dan cepat.Alhamdulillah....

Beberapa hari kemudian...cik yani terbaca ciri-ciri husnul khatimah
1. Sempat mengucap
2.Meninggal di hari Jumaat
3.Dahi berkeringat
4.Orang berkata baik-baik perihalnya.

Dan akhirnya cik yani dapat tahu..
-Kata kawan pejabatnya...dia memang tak suka bercakap hal yang tak berfaedah.Waktu senggangnya banyak dihabiskan dengan mengaji Quran.
-Cik yani jumpa banyak notanya tentang isi Quran menunjukkan dia memang suka baca dan faham isi Quran
-Dia tinggal bersendirian..kadangkala mama temankan dia.Kata mama dia memang akan bangun seawal jam 5 pagi untuk solat sunat dan terus tunggu subuh.
-Dia banyak menghabiskan masa dan wangnya untuk menghiburkan mama
-Sepanjang sakit mama kata dia tak pernah merungut sebaliknya sering mengamalkan zikrullah dan membaca ayat quran untuk meredakan sakitnya.Malah kata mama dia juga tak pernah merungut kerana hidup dengan sebelah mata sepanjang hayatnya (matanya rosak akibat tercedera pada usia 6 tahun dan pada usia 12 tahun mata tersebut terpaksa dibuang)

Subhanallah...

Mungkin amalan-amalan inilah yang membuatkan dia husnul khatimah.Dan ini benar-benar memberi kesan pada cik yani dan angah sebagai kakaknya.Kami benar-benar rasa terpukul dan kami sedang berusaha untuk husnul khatimah sepertinya.

Ya Allah... ampunkanlah adik kami, Siti Khairulnadzrah.Tempatkanlah dia bersama hambamu yang beriman dan beramal soleh...Amiiinn...

(Cik yani sertakan gambar-gambar buku dan notanya untuk renungan bersama namun untuk menghormtinya cik yani takkan sertakan gambarnya)

nota pertama yang cik yani jumpa

macam dia tau..

Dia buat apa yang dia tulis


Hiasan biliknya
Lagi hiasan biliknya


koleksi buku-bukunya
Hadiah harijadi mama yang terakhir darinya

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. bole dptkan contact number.. ingin bertanya mengenai perubatan ustaz sanip
    email saya hazelzainal@gmail.com terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh whatsapp saya di +60163211700

      Delete