Bismillah...
Semalam dan hari ini cik yani agak busy.Al maklum meraikan majlis perkahwinan sepupu perempuan cik yani.Alhamdulillah... sudah jadi milik orang sepupu cik yani yang sorang tu..Rasa macam baru jee semalam cik yani main-main dengan dia.
Bila anak gadis dah jadi milik orang, yang paling beremosi agaknya emak laa kott..Hehe..cik yani tak tau sebab belum ada pengalaman.Tapi cik yani boleh nampak laa...semalam dan hari ini pakcik cik yani pula yang agak nervous berbanding makcik cik yani.(Atau..makcik cik yani buat-buat kool nak cover perasaan dia??)Agak ketara sebab sepupu cik yani ni memang rapat dengan both parents dia.Juga adik beradik dia.Tadi adik perempuan dia nangis nak tinggalkan kakak dia lepas majlis bertandang :"(
Sebenarnya malam ni cik yani nak kongsi sesuatu.Nak kata adat..boleh la kot..sebab orang buat dari dulu.Tapi cik yani nak ingatkan yea..adat cuma sesuatu yang orang buat bukan perintah wajib dari Allah.Jadi yang baik boleh ambil yang tak elok boleh tinggalkan terus.Jaga aqidah dan iman..itu yang penting.
So..berbalik pada cerita asal..
Dulu..kalau lepas majlis perkahwinan,pengantin akan ambil cuti seminggu bukan untuk pergi honeymoon tapi untuk menziarahi saudara mara dan jiran tetangga.Cik yani ingat lagi.. masa tu cik yani masih bersekolah menengah.Jiran kami telah melangsungkan perkahwinan.Sehari selepas majlis tu cik yani tengok dia dah mula berjalan menziarahi jiran terdekat.Sambil memperkenalkan suaminya dia juga mengucapkan terima kasih kerana sudi membantu sewaktu majlis berlangsung.Punya laa menjaga hubungan kejiranan.Ini kerana dia tau tanpa jiran terdekat mungkin keadaan akan jadi agak rumit.
Kemudian cik yani diberitahu yang pengantin mula menziarahi saudara terdekat.Sama juga berkenalan dan ucapkan terima kasih.Selepas itu pengantin pulang ke kampung di Kedah untuk tujuan yang sama.Betapa laa pengantin menghargai bantuan dan kehadiran jiran serta saudara mara.
Sepuluh tahun yang lalu,sewaktu cik yani menikahi cik wan, kami juga ada melawat pakcik makcik cik yani.Kemudian apabila kami balik kampung cik wan mak cik wan bawa kami menziarahi dan berkenalan dengan saudara mara cik wan.Cuma..apa yang cik yani tak buat adalah...menziarahi jiran. Tak baik kann..padahal jiranlah yang bertungkus lumus membantu sewaktu majlis berlangsung.Sebenarnya cik yani malu sebab cik yani generasi yang tak rapat dengan jiran.
Masa berlalu..semakin ramai yang dah melangsungkan perkahwinan.Jadi semacam adat di keluarga sebelah cik yani..Lepas majlis perkahwinan, pakcik cik yani (chief family) akan menganjurkan majlis taaruf.Tujuannya agar keluarga semua dapat berkenalan dengan pasangan pengantin.Majlis ni memang seronok.Sebab kekadang kami akan "mengenakan" pengantin dan pengantin pun akan tersipu-sipu di usik oleh kami.Memang seronok dan berjaya merapatkan kami dengan orang baru dalam keluarga.
Cuma yang cik yani tak pasti masih ada lagi tak "adat" menziarahi jiran dan saudara mara sambil ucapkan terima kasih.Mungkin ada yang beranggapan selepas majlis taaruf kita dah saling berkenalan jadi tak perlu lagi menzirahi.Cuma cik yani rasa menziarahi sambil ucap terima kasih macam ada nilai sentimental yang tersendiri.Orang yang diziarahi akan rasa istimewa dan dihargai apabila di ziarahi dan dapat personally ucapan terima kasih tersebut.Cik yani tahu,sebagai saudara dan jiran apabila kita bantu kerja kahwin sebenarnya kita langsung tak harapkan balasan.Jadi sebagai pengantin yang diraikan pandai-pandailah kita menghargai usaha mereka.
Alamakk...terpanjang pulak.Sebenarnya post ni bukan untuk di"hidup"kan semula adat menziarahi.Sekadar mengingatkan diri sendiri dan anak-anak nanti betapa pentingnya menjaga ukhwah.Al maklum..generasi sekarang generasi "busy memanjang".Sampaikan kadang-kadang nak balik kampung jumpa mak pon tak sempat..apatah lagi berukhwah dengan jiran dan saudara mara kann...Hehehee...Jangan terasa yea :)