Kem Cuti Sekolah - Tamrin Ibadah Lillah

Bismillah

Pada 3 Disember 2013 yang lalu cik yani dan cik wan sepakat menghantar anak kami ke Kem Cuti Sekolah anjuran sepupu cik yani.Kem tersebut dinamakan sebagai Tamrin Ibadah Lillah.Istimewanya Tamrin ini adalah dibuat khusus untuk anak-anak cik yani dan anak-anak saudara serta seorang sepupu cik yani.Pesertanya cuma 7 orang dengan 2 orang fasilitator yang dipanggil Teacher Anis dan Teacher Raihana.

Selain dari untuk mengisi masa cuti anak-anak tujuan sebenar Tamrin ini adalah untuk mendidik anak-anak cara solat yang betul mengikut sunnah Rasulullah (s.a.w) dan juga membentuk akhlak yang mulia di dalam diri anak-anak.

Walaupon mereka ber-tamrin jauh dari keluarga (di Langat,rumah makcik cik yani) namun kami sentiasa dapat update aktiviti-aktiviti mereka melalui whatsapp dari makcik cik yani. Hehehe...tak sempat rindu pon..

Selepas 3 hari 2 malam berjauhan tibalah masa kami pergi menjemput mereka.Majlis penutup Tamrin tersebut agak meriah dengan kehadiran atuk,nenek,nenek-nenek saudara,atok-atok saudara,makcik, pakcik dan sepupu sepapat.Kami dihidangkan dengan sedikit persembahan nasyid dari anak-anak,kemudian penerangan melalui emcee (yang merupakan peserta Tamrin juga) mengenai tujuan dan aktiviti Tamrin tersebut.Akhir sekali peserta-peserta di beri sedikit cenderahati dan sijil oleh Teacher-teacher mereka.Jom kita tengok gambar sekitar Tamrin..

Subuh hari pertama.Bangun jam 5.30 pagi,solat subuh dan terus kuliah subuh 

beriadah lepas subuh
kuliah zuhur.. masa ni rasanya ramai yang dah mula "low-bat" :)
practical solat
saya dah mula lentokk..hehehe..Darin,anak sepupu cik yani,peserta paling muda,5 tahun.
minum petang ramai-ramai dalam talam..
practical solat lagi
outing..menikmati udara segar (macam jeles je tengok hijau-hijauan kat belakang tu)

main air panas
practice nasyid
Persembahan penutup yang comel :)
Alhamdulillah...comel je tengok mereka bernasyid.Macam-macam cerita menarik cik yani dengar sepanjang Tamrin tersebut.Maklum lah mereka ni pertama kali berjauhan dengan keluarga. :)

Apa yang cik yani boleh rumuskan setelah lebih 3 minggu program tersebut berlalu,cik yani rasakan yang program tersebut sebenarnya berjaya.Setiap kali waktu solat termasuk lah solat subuh, anak-anak akan berlumba-lumba untuk bangun solat diawal waktu.Mereka juga lebih banyak berzikir terutama setiap kali lepas waktu solat.Tertib solat, doa,cara duduk makan masih lagi diamalkan sama seperti diwaktu Tamrin.Kebetulan sepupu cik yani yang berusia 10 tahun tinggal bersama kami sejak awal cuti sekolah haritu, jadi semangat anak-anak cik yani sentiasa membara sebab seronok nak menunaikan kewajipan bersama Cik Ya mereka.Nama Teacher Anis dan Teacher Raihana juga sentiasa dibibir dan hati mereka.Mereka mengidolakan kedua-dua Teacher tersebut.

Cik yani doakan anak-anak ini istiqamah praktikkan ilmu yang mereka pelajari ini dan kelak menjadi orang yang tinggi ilmu agama dan baik pekerti.Harapan terakhir,cik yani mau anak-anak cik yani menjadi pendakwah walaupon cik yani tak pandai... Insya Allah :)

Post a Comment

Previous Post Next Post