Thursday, 20 August 2015

Kisah Sahabat (Suhana Abdul Kadir , 14 Julai 1979 - 18 Ogos 2015)

Bismillah..

Ini kisah sahabat cik yani. Nama dia Suhana Binti Abdul Kadir. Cik yani dah berkawan dengan dia semenjak kami berusia 10 tahun. Waktu itu kami sama bersekolah di SRK Sri Subang Jaya. Rumah Suhana depan sekolah seirng menjadi "port"  cik yani dan kawan-kawan lain sewaktu menunggu sesi kokurikulum.

Sewaktu sekolah rendah kami tidak sekelas.Kelas Suhana bersebelahan dengan kelas cik yani. Tapi entah kenapa kami boleh menjadi rapat. Setiap kali ada sesi kokurikulum kami akan berehat, makan dan bersiap di rumahnya. Waktu tu Suhana ada seorang saudara yang bantu jaga dia dan adik beradik.Saudaranya itu bersuara kuat. Entah macamana laa cik yani dan kawan-kawan boleh fikir "orang gaji dia ni garang betul..nak call teledera laa..kesian Suhana " .Walhal masa tu Suhana ok je..takde pulak mengadu kena dera ke apa kann... Bila dah besar ni baru cik yani tau yang... "orang Melaka memang cakap kuat " . Hahahahaaaa... (padahal sama je..cik yani pon orang Melaka )

Sewaktu di sekolah rendah juga kami terlibat dalam kumpulan pancaragam yang sama. Cik yani main instrumen recorder, Suaha main Pianica dan drum. Kami seirng mewakili sekolah untuk beberapa pertandingan serta beberapa undangan. Bayangkann ehh... cik yani yang kelabu ni pakai uniform merah-biru dengan topi barret berbulu.. Hahahaaa.. Tapi uniform tu sangat cantik dengan Suhana yang putih persis cina tu.

Sewaktu di sekolah menengah, kami di pertemukan sekali lagi di Sekolah Menengah Subang Jaya. Waktu tu tingkatan 4.Suhana baru balik dari bersekolah di U.K selama 2 tahun. Cik yani pulak baru balik dari bersekolah di Kelantan.

Sebagai budak bukan "budak Subang ori", cik yani rasa janggal nak bergaul dengan "budak Subang ori" sewaktu sekolah menengah dulu. Dahla kelabu, comot, tak "hot" , tak pandai cakap orang putih. Memang rasa agak janggal (Biarpon kampung cik yani kat Bangsar) dan rasa rendah diri. Bukan sekali orang cuba mainkan cik yani masa sekolah dulu. Ada yang buat pandangan "iyeeeeewwwwww... u're not so Subang".

Tapi, the moment cik yani nampak Suhana, cik yani rasa macam lega  nyaaaa... Berkawan dengan Suhana buat cik yani rasa acah-acah berani nak kawan dengan budak Subang ni. Suhana tak pernah buat pandangan  "iyyeeeewwwww" tu pada cik yani. Suhana tak pernah gelakkan cik yani sewaktu orang lain gelak sebab cik yani tak faham lawak orang putih yang budak Subang ni buat. Walaupon tak semua budak Subang ni macam tu tapi yang segelintir ini lah yang buat cik yani rasa low self esteem. Tapi Suhana selalu suruh cik yani abaikan. Walaupon waktu tu cik yani tak pernah mengadu pada dia tapi dia faham cik yani.Macam zaman kecik-kecik dulu, Suhana akan bawak cik yani balik rumah dia, layan cik yani macam keluarga..

Sebab Suhana laa cik yani yakin nak kawan dengan budak Subang yang baik yang lainnya.. (Terima kasih buat Nazaha, Fareeza, Puteri,Muharra dan budak Subang yang baik yang lain yang sudi kawan dengan cik yani)

Hubungan kami tak tamat di Tingkatan 5.Selepas sekolah kami terus rapat.Suhana sambung belajar ke Australia. Tapi, bila dia balik Malaysia je, cik yani orang pertama tercongok depan rumah dia. Bukan kira dia jetlag ke apa ke..cik yani nak jumpa dia jugak. Teruk betul cik yani..hahahaaa..

Kami pernah beberapa kali pergi bercuti bersama. Tapi percutian ke Langkawi sewaktu berumur 20 tahun yang paling cik  yani ingati. Walaupon waktu itu ada famili cik yani sama tapi kebanyakan masa kami berdua je.Banyak yang kami cerita kan.Kisah masa silam,masa depan, macam-macam la. Banyak juga lagu kami nyanyi bersama.Paling seronok sewaktu ber-akapela nyanyi lagu Malam dengan Suhana. Bayangkannn... suara Suhana yang merdu tu dirosakkan oleh suara cik yani yang garau ni.Hahahaaa...

Suhana juga pernah beberapa kali menjadi juru solek cik yani. Kali pertama sewaktu prompt-night tingkatan 5. Kali kedua sewaktu annual dinner tempat kerja lama cik yani. Kali ketiga sewaktu cik yani bertunang dan kali ke empat sewaktu cik yani kahwin. Peristiwa lucu setiap kali di solek oleh Suhana adalah... menangis!Hahahaa... setiap kali mata cik yani di solek mesti cik yani akan menangis berjujuran air mata sebab pedih. Bengang betul Suhana waktu ni.Tapi dia tetap sabar menghabiskan kerja menyolek cik yani. Terima kasih Su. Sayang kau, sebab sabar make up aku banyak kali.

Selepas cik yani kawin, cik yani tetap carik Suhana.Suhana pandai masak.Lepas kawin, bila dia datang rumah cik yani dia yang kena masak untuk cik yani.Hahahahaaa... Kesian kau Su, dapat kawan "tangan bangku". Cakap je nak makan apa, Suhana akan masakkan dengan penuh kasih sayang (sambil membebel..ayat wajib- "kau memangggg")

Sekali sekala kalau cik yani sedih dengan cik wan atau terasa penat dengan anak-anak, cik yani akan cari Suhana. Macam biasa, Suhana akan jadik pendengar setia..sambil pujuk-pujuk manja lepas tu buat lawak sampai cik yani ketawa. Lepas tu macam biasa..dia akan membebel kat cik yani "kau memanggggg"

Beberapa bulan lepas Suhana sakit. Operate mata, operate kaki.Alhamdulillah Allah bagi peluang cik yani hiburkan Suhana beberapa kali sewaktu dia sakit. Kami keluar berdua, makan, borak. Kemudian kami kerap bertelepon.  Raya ketiga cik yani angkut adik beradik cik yani beraya di rumah Suhana di Melaka. Dia tunjuk balkoni ada paip kat tepi rumah. Katanya itu untuk mandi jenazah.

Beberapa hari sebelum puasa Suhana ada bagitau hasrat dia untuk menutup aurat penuh dan bertaubat. Katanya dia kena lebiih bersedia. Mungkin nyawanya tak panjang.

Allahurobbi.... Rupa-rupanya memang betul nyawanya tak panjang. Panggilan dari seorang kawan pada Isnin 18 Ogos 2015 yang lalu benar-benar meluluhkan hati cik yani. Siapa sangka Suhana akan dijemput Ilahi begitu cepat? Dia meninggal kerana komplikasi jantung sewaktu demam panas. Memang tiada air mata sewaktu terima berita tersebut.Sampai bilik mayat PPUM juga tiada air mata. Sewaktu mandikan jenazah juga tiada air mata tumpah. Tapi sebaik sahaja jenazah disolatkan.. Allahuakbar... "Su, sunyi nya aku rasa. Siapa aku nak mengadu nanti Su?Siapa nak make up kan aku utk kenduri anniversary aku nanti (ni angan-angan)? Siapa nak masak rendang kicap untuk aku Su? Siapa aku nak peluk masa aku sedih Su?"

Semua tu bermain dalam fikiran cik yani sampai hari ini, hari ke 4 pemergian Suhana. Cik yani temankan Suhana dalam van jenazah dari PPUM ke Melaka. Rasa macam tak mau berpisah dengan Suhana.

Allahuakbar.. cik yani dah tak mampu nak teruskan...

"Ya Allah ampunkanlah dosa Allahyarham, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia, ampunkan dia.Muliakan kedudukannya,luaskan tempat tinggalnya,mandikan dia dengan air salji dan air sejuk.Bersihkannya dari kotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran.Dan gantikan rumah nya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik.Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur serta jauhkan dia dari azab api neraka "

Rehat la sayang disisi pencipta mu.Moga kita bertemu lagi

5 comments:

  1. Terngiang-ngaing suara dia dengan jeling mata dia bila marah "kau memangggg"

    ReplyDelete
  2. 😢😢 nanti aku mekapkan ko k? Aku syg ko jugak 😆

    ReplyDelete
  3. 😢😢 nanti aku mekapkan ko k? Aku syg ko jugak 😆

    ReplyDelete