Bismillah..
Kalini cerita macam ada sikit touching. Anak ke dua cik yani namanya Izzah. Dilahirkan berkulit sama kaler dengan cik yani dan cik wan.. hitam manis (sah sahlaa mak pak hitam manis kaann)
Dari darjah satu ramai kawan usik Izzah.Ada yang panggil Izzah india la..negro laa.Tapi cik yani selalu ingatkan dia bahawa.. "takpe..diaorang bukan ejek Izzah..diaorang ejek ciptaan Allah sebab Allah yang ciptakan Izzah".Jadik Izzah tak berapa kisah sangat dengan ejekan kawan-kawan dia.Lagipon masa darjah satu Izzah penolong ketua darjah.Cikgu ramai yang sayang kat dia.Setiap kali perjumpaan guru dan ibubapa mesti cikgu-cikgu puji Izzah sebab Izzah rajin dan bijak.
Kemudian sewaktu darjah 2 cikgu buat election nak pilih ketua kelas dan penolong.Izzah juga one of the candidate. Tiba-tiba masa vote tu ada sorang budak lelaki dia cakap kuat-kuat "woi..jangan pilih Izzah...Izzah hitam" kemudian satu kelas ketawa. Izzah balik dengan perasaan kecewa.Waktu dia cerita kat cik yani haritu pon memang cik yani boleh rasa kekecewaan dia.Lagi sekali cik yani bagi pengukuhan akhlak kat dia.. Ingatkan dia bahawa dia tu ciptaan Allah..tak ada apa yang perlu dikecewakan. Masa tu cik yani boleh nampak wajah dia berubah..macam sedikit terubat. Kanak-kanak kan mudah lupa.. Jadi mudah je Izzah lupakan apa yang dia lalui. Itu sangkaan cik yani laa...Dalam hati dia..dia je yang tau.
Terkini di waktu Izzah darjah 3..Isnin lepas (2 feb 2015) waktu cik yani ambil mereka balik sekolah Izzah mengadu.. "mama..tadi Izzah betul-betul rasa nak menangis.Afrina cakap esok Izzah sambut Thaipusam laa..Dia kan india..habis satu kelas ketawakan Izzah" berderau darah cik yani.Nak tau kenapa..Afrina tu one of Izzah punya bestfiriend!! Bestfriend apa buat kawan macam tu? Kesian anak cik yani! Geram betul hati ni!! Belum habes geram tiba-tiba Izzah cakap "Izzah rindu Aina la maa...Ramai-ramai kawan Izzah Aina sorang jee yang tak pernah ejek Izzah..Izzah rasa dia jee kawan Izzah yang sebenar" huhuhuuu...makiin touching cik yani tauuu...Aina tu dulu jiran kami.Dia dah kawan dengan Izzah sejak umur 5 tahun.Kemudian masuk darjah 1 dan 2 mereka sekelas.Walaupon tak berjiran lagi tapi mereka tetap kawan baik sampai laa Aina pindah sekolah tahun ni.Memang kerap juga cik yani dengar Izzah sebut rindu Aina.Mungkin sebab kawan-kawan lain selalu ejek dia..dan Aina tak ejek.
Tapi cik yani tau..walaupon kawan-kawan dia selalu ejek tapi Izzah ada keluarga yang supportive. Pagi tadi sewaktu adik cik yani hantar Izzah ke sekolah adik cik yani pergi kelas Izzah..Dia carik Afrina tu.Kemudian dia "sekolahkan" si Afrina tu. Baru dia taauuu... jangan ingat senang-senang boleh ejek kawan macam tu. Tu belum kira abg Irfan dia pergi carik pulak Afrina tu..Abg Irfan ni anak adik cikk yani tadi.Dia memang pantang orang ejek adik-adik dia terutama Izzah.Pernah beberapa kali dia pergi jumpa budak yang ejek Izzah dan Iman. Sungguh gentleman!!
Satu hari cik yani terjumpa "surat" dari kakak Iman buat Izzah. Dalam surat tu kakak dia ada bagi ayat-ayat pujuk sikit.Antara yang cik yani ingat .. "walaupon ramai yang ejek Izzah hitam Izzah jangan risau..kitaorg semua sayang Izzah.Abaikan apa yang orang ejek.Izzah tetap adik akak yang cantik"
Huhuhuuu...touching ok cik yani baca surat kakak Iman.
Ok..cerita dah nak habis.Kalau ayat kelam kabut sorry ok..ni sambil curik tulang time keje.
Tapi yang cik yani nak tekankan kat sini adalah... didiklah anak kita..jangan biarkan mereka hina orang sekeliling.cik yani sering pesan kat anak-anak..jangan sesekali pandang kelemahan atau kekurangan orang lain sebab mereka tak diminta dilahirkan sebegitu..tapi Allah yang mencipta mereka begitu.Dan kalau anak kita pula mangsa ejekan kita kena kuatkan dalaman mereka.Pastikan mereka tak kecundang dengan ejekan dunia.Berilah akhirat di genggaman mereka.. Insya Allah ada ganjaran buat mereka yang sabar...

Hm betul tu, tiada siapa yang sempurna.Kadang² nama pon org ejek, sabo jela.
ReplyDelete