Friday, 7 September 2012

surat dari anak-anak

bismillah...

Pernah tak anda-anda semua yang mempunyai anak-anak bawah 7 tahun menulis surat atau nota kepada anda?? Cik yani selalu terima surat ataupon nota dari anak-anak.Sampai hari ni cik yani simpan segala kertas surat dan nota dari mereka tu.Cik yani berhasrat nak frame kan dan buat saru galeri kerjatangan anak-anak kat rumah baru nanti.

Kali pertama dapat surat dari anak-anak memang cik yani gembira sangat.Teruja sebab anak-anak cik yani dah besar!! Dah pandai hantar surat atau nota yang kebanyakkannya ucapan-ucapan terima kasih ataupon peringatan.Kali pertama cik yani dapat surat daripada Iman adalah pada kali pertama cik yani tinggalkan semua anak-anak dengan cik wan untuk cik yani pergi kelas nutrisi Herbalife.Balik tu anak-anak semua dah tidor dan cik wan pass kat cik yani sekeping surat kecil berlipat.Dalam tu tertulis
           "mama, nanti mama balik tolong kemas beg sekolah akak ye..akak tak nak mama kelam kabut pagi esok.Akak nak tunggu mama balik tapi akak mengantuk daddy suruh tidur.

Akak sayang mama"

Malam tu hati cik yani memang berbunga-bunga la...penat pon cepat-cepat cik yani kemaskan beg sekolah dia ikut jadual hari esoknya.bila dia bangun esok pagi dia tengok beg dah siap cepat-cepat dia peluk cik yani sebab dia tahu cik yani dah baca surat dia.

Cik yani rasa anak-anak suka menulis surat atau nota ni mungkin diwarisi dari cik yani yang suka sangat hantar nota-nota kecil tanda penghargaan pada orang-orang yang cik yani sayang.Bila tiba harijadi anak-anak cik yani akan usaha sendiri buat kad ucapan harijadi untuk mereka.Bila tiba harijadi daddy mereka pula yang beria-ia ajak cik yani buat kad untuk bapa mereka.Anak saudara cik yani ada tanya kenapa cik yani susah-susah nak buat sedangkan boleh beli?Jawapannya...kad yang dibuat sendiri walaupon tak secantik kad beli tapi ianya ada personal touch yang buatkan kad itu istimewa.Ia dibuat dari hati kita.Terbukti bila kad-kad yang cik yani buat untuk mereka walaupon dah hampir lunyai sebab asyik kena belek tapi mereka tetap simpan!

Dan setiap kali cik yani dapat surat ataupon nota dari anak-anak, cik yani akan terus baca depan mereka dan puji tulisan ataupon lukisan mereka cantik dan surat tu istimewa sangat.
Kemudian mereka akan berlari dengan hidung yang kembang kuncup sebab kena puji.Sekali-sekala kalau cik yani tak sibuk waktu mereka beri surat tu cik yani akan ambil gambar dan upload ke facebook.Kalau cik yani sibuk lepas je baca dan puji cik yani akan minta mereka simpan diatas rak dalam bilik cik yani dengan pesanan "letak elok-elok tau nanti mama nak frame". Jadi mereka tahu yang cik yani hargai setiap titik peluh kerja mereka.

Jom kita tengok-tengok sabahagian dari sebahagian hasil kerja anak-anak pintar cik yani...

pesanan dari izzah masa nak bawa kakak ke hospital

iklas dari iman...-love-  
keluarga saya by iman
yang paling touching -love-

banyak lagi gambar-gambar nota cuma cik yani tak sempat nak upload.Insyaallah cik yani akan buat satu mini galeri untuk cik yani abadikan hasil kerja mereka ni...


No comments:

Post a Comment