Friday, 28 September 2012

jom solat!!

Bismillah...

Seminggu nih rumah cik yani sentiasa penuh dengan anak2 sedara dan juga anak2 sindiri.. Semuanya gara-gara cuti upsra sekolah kakak (bila kakak cuti adik2 pon sibuk nak cuti dan adik2 sedara pon akan dtg dok sini jugak).So banyaklah 'acara' yang mereka aturkan.Kadang2 sampai tak terlarat cik yani nak layan.Biar je mereka buat hal masing2.. huhuhuuu...

Nak jadi cerita... semalam untuk tak membuang masa anak2 ini dan mengisi jiwa mereka cik yani pon ajaklah semua anak2 kecil ni solat zuhur bersama..Yang ada masa tuh iman (7thn),izzah (6thn), Naim(4thn), inas dan yusuf (3thn),siti maryam(2thn) dan idham (1thn)..
Setelah semua orang berwuduk masing-masing berebut2 nak susun sejadah kat hall.Dah tuh berebut2 pulak pakai telekung. Disebabkan cuma ada 2 orang je lelaki jadik cik yani bagi songkok pada yusuf dan naim.Dan untuk anak2 gadis yang lain cik yani pakai kan telekung termasuk untuk inas dan siti maryam.
Tiba-tiba...
"Cop  nak pakai tuh..." Kata si yusuf sambil campak songkoknya dan tarik telekung yang ada pada siti maryam. Puaslah cik yani dan mama pujuk dia dan explain kenapa dia kena pakai songkok.Tapi dia tetap taknak.Siap berguling2 dan menangs2 nak kan telekung yang dipakai siti. Dalam hati cik yani memang tak boleh tahan nak gelak golek2...tapi sebagai ibu cik yani control macho dan terus pujuk yusuf. Tapi dia tetap berkeras...
Akhirnya....
Biarlah gambar2 nih berkata2... heheheheee...

memula...semua happy je ready for solat
Abg naim ready nak jadik imam, siti antara makmumnya
solat tertunda gara2 yusuf mengamok nak telekung.. dah dpt telekung merajuk mintak kain pulak...
baru puas hati dapat pakai complete..tgk siti kat sebelah tu.. pakai skirt dgn tudung je last2..
 Masa ni cik yani memang dah tak tahan la...memang gelak manjang sampai tertangguh sikit lagi solat.Dan waktu solat pulak suara yusuf je yang kuat baca semua doa dan zikir yang dia hafal.dan dia akan rukuk dan sujud lebih awal dari semua orang...

heheheee....

No comments:

Post a Comment