Review movie : Mrs Chattarjee vs Norway

 Bismillah...

Ok korang. Jom ikut Cik Yani review movie . Cerita ni Cik Yani tonton kat Netflix semalam sambil lipat kain.

Tajuk cerita ni Mrs Chattarjee vs Norway. Cerita dia pasal sebuah keluarga India yang berhijrah ke Norway dan berusaha untuk dapatkan kerakyatan Norway supaya dapat kelebihan sebagai rakyat Norway. Memang dari awal cerita, perasaan Cik Yani sebagai mak-mak ni dah terganggu dah. Geram. Campur marah. Campur sedih.

Cerita dia camni.. 

Debika Chattarjee ni ibu kepada dua orang anak, surirumah sepenuh masa. Memang hidup dia ni menguruskan rumah, suami dan anak-anak je. Suami dia seorang yang bekerjaya dalam bidang oil & gas  macam tu lah. TIpikal suami India yang bekerja dan sibuk, Mr Chattarjee ni serahkan sepenuhnya tugasan dirumah pada Debika. Mereka ni pula dalam proses memohon kerakyatan. Jadi mereka terpaksa melalui satu proses evaluation selama 10 minggu. 

Di hujung evaluation tu, agensi kerajaan yang terlibat (Velfred) telah menggagalkan mereka dan mengambil anak-anak mereka tanpa kebenaran. Dengan alasan persekitaran rumah mereka tidak condusive untuk pembesaran kanak-kanak tersebut dan dikatakan Debika ni mental unfit  untuk menjadi seorang ibu dan suaminya pula tidak membantu dan sering melakukan keganasan rumahtangga. Padahal tu semua cumalah sebuah budaya yang berbeza dengan Norway.

Lepas pada tu bermula lah cerita bagaimana Debika ni memperjuangkan untuk mendapatkan anak dia balik termasuk lah menculik anak-anak dia dan cuba lari ke Sweden. Malangnya, dia ditahan di kastam di Sweden dan anak-anaknya di hantar semula ke Velfred dan Debika akan dihantar balik ke India kerana telah melanggar undang-undang negara.

Macam-macamlah Debika ni kena hadap demi nak dapat balik anak-anak dia balik si Shub (2 tahun ) dan Suchi (5 bulan) masa tu. Dia kena tandatangan perjanjian yang telah di manipulasi oleh Velfred dan keluarga mentuanya yang mana, dia terpaksa bersetuju untuk memberikan hak penjagaan kepada adik iparnya dengan harapan nanti balik India dia dapat bersama semula dengan anak-anaknya. Rupanya semua tu pembohongan yang keluarga mentua dia buat demi duit. Kiranya bila adik ipar dia tandatangan tu adik ipar dapat 50 lakh dan Velfred ni pon sebenanya scammer terancang. Dah balik India pon Debika tak dapat jumpa anak-anak dia. Keluarga mentua dia jahat giler weih. Siap upah samseng lagi untuk halang Debika dengan bapak dia jumpa Shubh dan Suchi.

Dua tahun setengah la jugak Debika ni fight untuk anak-anak dia. Sampai dia bercerai lah. Dia gunakan saluran mahkamah India. Tapi tiba-tiba ada lak lawyer dari Norway datang untuk tuntut budak-budak ni balik. Hish bedebar betul la masa ni. Tapi tulah... kasih sayang ibu tu kan tiada batasan. Akhirnya, Debika dapat semula Shub dan Suchi. Anak-anak dia tu walaupun tak jumpa dia lebih 2 tahun tapi masih ingatkan dia dan masih cari dia lagi. Aduh part last ni memang menyentuh hati tau.

Rupanya cerita ini adalah kisah benar mengenai Sagarika Charaborty yang terpaksa lalui semua ni pada 2011.

Korang kalau nak tau details korang pergilah tengok cerita ni kat Netflix. Siapkan tisu siap-siap. Kalau ada  punching bag pon okay jugak sebab geram pulak tengok laki dia dengan keluarga mentua dia dengan wakil Velfred tu,

Tengok tau korang! Jangan tak tengok!!




Post a Comment

Previous Post Next Post