Bismillah...
Petang yang sejuk ni memang menyejukkan hati cik yani.So harini cik yani nak cerita perihal anak lelaki sulung cik yani.. Wan Naim Idzhar nama diberi...Hm... nak dapat nama tuh puuunyaaalah susah.Dekat nak 10 hari lepas dilahirkan baru la cik wan decide nak bagik nama tuh..Sebab cik wan terlalu teruja dapat anak lelaki selepas kami dikurniakan 2 orang anak gadis :)
Naim lahir pada 19 Febuari 2008 secara normal di Hospital Serdang. Cepat 3 hari dari tarikh jangkaan doktor.Pengalaman melahirkam Naim memang menyeronokkan dan agak kelakar.Puaslah cik wan teman cik yani dalam labour room dari jam 11 pagi sampai jam 9 malam..Keluar pon sekejap-sekejap je waktu cik yani tertidor sebab dicucuk ubat tahan sakit yang melalokkan...Hampir jam 9 malam tuh memang dah rasa sakit yang kerap tapi kontrol macho lagik.. So cik wan cakap..dia nak keluar kejap,solat.Nanti dia datang balik.Tak sampai 15 minit dia keluar cik yani dah mula rasa sakit yang amat macam dah nak terkeluar baby nya.Panggil misi..misi tengok jalan dah bukak besar..dia suruh sabar kejap..dia sarung baju doktor belum sampai lagik tiba-tiba Naim dah keluar.. Kat luar sana cik wan lepas solat terus jumpa misi kat kaunter tanya kalau ada call dia sebab masa dia solat ada misscalled di handphonenya.. Cepat-cepat misi bagitau cik yani dah bersalin..Melepassss lagik cik wan nak tengok anak dia lahir..Kehkehkeh...
Naim memang comel...cer tengok gambar baby Naim ni..
Mesti ramai tertanya napa tak cerita pasal kakak2 dia dulu kan?? Ok.. sebab Naim ni special.. Lahir-lahir sihat dan sempurna.. Tiba-tiba masa umur 5 bulan masuk hospital.. Doktor kata bronco-pneumonia.. ala-ala asthma..Masa tuh cik yani ok lagik..Takat masuk hospital ingatkan biasalaa kan...
Kemudian umur 8 bulan masa kat nursery cikgu dia kata dia terkejut sebab kawan sebelah dia jatuh dan dia menangis sampai biru...Kelam kabut cikgu dia call sebab takut tengok keadaan Naim yang dah biru tuh.. cik yani pon kelam kabutlah balik bawak dia gi klinik.. Nasib baik tak ada perkara buruk jadik.Tapi yang paling tak best kan.. lepas tuh bermula lah episod Naim berulang ke hospital sebab dah mula kena asthma severe.. Huhuhuu...memang tak best!! Nak lagik tak best... cikgu nursery tuh siap cakap lagi.."kalau boleh Naim jangan hantar kat sini lagi yee.. takut dia mati kat sini".. perghhh... ayat yang memang menyentap hati mak nak!!! Part yang best cuma.. Naim ni keletah.walaupon sakit tapi dah macam tak sakit.Habis semua misi dan doktor kat Wad 5A Hospital Serdang tuh kenal dia..Maunya tak.. masuk hospital selang 2 minggu..sekali masuk sampai 5 hari..
Ok.. pendek cerita.. budak sakit nih memang tak macam sakit...kemain lasak lagik..Dia akan cool down masa dia semput jek..Masa tuh inhaler memang peneman sejati dia laa..Sampai 2 jenis inhaler dia pakai.Tapi kan masa umur dia nak masuk 4 tahun cik yani jumpa Herbalife..bagik Naim sekalik Alhamdulillah..Naim dah mula beransur pulih.. Sekarang dah tak pakai inhaler lagik.. Alhamdulillah...
Haaa... ni lah nak cerita al-kisah Naim selepas dia dah tak pakai inhaler..Hm.. kemain sihat lagik dia..Badan pon dah tak keding sangat.Bayangkan..masa dia sakit pon dia punya lasak boleh tahan...bila dia dah sihat.. Masya-Allah...pening pala cik yani okkkayy... Ada jek akal dia.Macam-macam hal dia buat.
Last week dia dan kawan-kawan dia main tolak-tolak masa turun tangga kat sekolah..Tiba-tiba dia tertolak kawan dia sorang ni sampai jatuh dah luka. Masa cik yani fetch dia kat sekolah selamba jeee dia bagitau .."ma.. ada orang jatuh tangga" Ekspresi? Macam bukan dia yang buat. bila cikgu dia nampak je cik yani terus cikgu dia panggil.Dia kata naim tolak budak tuh.Berderau darah cik yani..kena pulak tengok darah kat muka budak tuh punya la banyak..Budak tuh tengah menangis..mak dia tengah letak ubat. Kemudian cikgu dia bagitau lagi.. "Naim sekarang nakal..dalam kelas suka kacau orang..dia pandai tapi suka buat-buat tak pandai.Hafazan dia dah jauh kedepan tapi bila dia tengok kawan-kawan dia belum sampai macam dia terus dia buat-buat lupa.Dia macam kepala pengat dalam kelas dia"
Adoiiilaaa...pening cik yani dengan anak lanang cik yani yang sorang ni tauu...Kalau kat rumah memanglah boleh nampak kenakalan yang menjadi-jadi tapi ada beberapa perkara yang buatkan cik yani senyum sorang-sorang bila tengok Naim ni..Sejak dok kat umah baru,ada bilik sendiri..bangun pagi jek terus mandi pakai hensem-hensem sikat rambut kemas-kemas siap gel lagik.. Kat rumah memang cuba nak jadik jantan sejati.. kalau ada kerja-kerja berat memang dia mintak nak tolong laa.sambil buat kerja dia suka menyanyi. Yang best..dia rajin ikut daddy pergi masjid.Alhamdulillah... Cuma tang nakal dia tuh memang cik yani dengan cik wan kena banyak bersabar dan kreatif berfikir macamana nak atasi masalah yang satu ni
Harapan cik yani dan cik wan untuk Naim ni memang besar dan tinggi menggunung.Kami harap Naim akan jadik seorang penghafaz quran dan ikut jejak pakcik dia belajar di Madinah.Insya Allah.. Setiap hari cik yani doakan Naim dan anak-anak lain jugak.Sekali-sekala cik yani akan bangun dan solat malam untuk anak-anak.Orang kata waktu anak tidor kita kena dengarkan ayat-ayat qur'an sebagai terapi minda dibawah sedar mereka.. Jadik waktu anak-anak terutama Naim baru lena jee cik yani akan pasangkan satu malam satu surah. Harap-harap apa yang cik yani buat nih betul... :)

Wan Naim Idzhar |
memang nampak kenakalan dia tu kak dari muke nye laa..hehehe..:)
ReplyDeletetakpe..budak nakal masa kecik org tua2 kate, besar nanti dia yang paling bertuah..amiinnn..
tu laaa.. harap2 cenggitu lee..memang nakal dan kreatif budak nih.. kalau nak apa2 kemain pandai membodek bapak dia :) Pagini siap bangun awal ikut baoak dia subuh kat masjid sebab nak beli coklat minda kat sekolah dia
Delete