Tuesday, 6 March 2012

ooo anak

Tengahari tadi cik yani pergi sekolah iman sebab nak uruskan pembatalan persetujuan imunisasinya. Maafla.. cik yani tak setuju anak2 cik yani di imunisasikan melalui suntikan.Nanti cik yani cuba cari faktanya.Tapi yang cik yani tahu,cik yani ada pilihan lain,homopaty! Sebenarnya cik yani dah pon nyatakan tidak setuju pada surat persetujuan haritu tapi pada buku rekod tuh sepatutnya cik yani tak tandatangan tapi cik yani tak tau lalu "terrtandatangan"..Jadi ustaz sekolah dia minta cik yani datang untuk batal tandatangan tersebut.
Masa cik yani datang tadi iman sedang makan tengahari.Di keliling dia ramai kawan2 yg makan bersama.Nampak je kelibat cik yani terus dia berseri2 tersenyum sambil melambai pada cik yani.Cik yani pergi dapatkan dia dulu sebelum terus ke pejabat.Dia kelihatan seronok sangat dengan kawan2nya.Cik yani tanya dia,"abang mana?" (abang adalah muhammad irfan,anak saudara kesayangan cik yani).Dia cakap tak tahu tapi kawan dia (cik yani rasa darjah 3 kot sebab pakai baju pengawas) tunjuk ke arah irfan tengah makan.Irfan nampak cik yani dia cepat2 lambai.Tersengih2...mungkin bangga budak berdua ni nampak mama datang... Cik yani tinggalkan mereka untuk ke pejabat sebentar.Diaorang pon terus makan..Selesai urusan cik yani pergi jumpa semula iman dan irfan.Bawa diaorg ke kaunter jualan..tanya "nak apa".. Tanpa fikir panjang diaorg dah tahu apa yang diaorg nak.. iman beli buah,irfan air soya tin..dapat je apa yg diorg nak terus je diaorang berlari dapatkan kawan2 semula...
Cik yani pandang 2 org anak ni,senyum dan dlm hati cakap..."lega...diaorang tak bersendirian.selain ada antara satu sama lain,diaorang ada ramai kawan dan diaorang gembira dengan kawan2 diaorang.Patutlah diaorang tak pernah merungut nak ke sekolah" Harapan cik yani biarlah kawan2 di sekeliling anak2 ini adalah kawan2 yang baik2,beriman,berilmu dan bertakwa...amiinnn.........
iman ngan irfan 1st day balik sekolah haritu...

2 comments:

  1. suka la bace entri ni..sejuk jer hati

    ReplyDelete
  2. hehehee.... awww...malu..!! insyallah harapan agama dan ibubapa anak2 ni... :)

    ReplyDelete