Thursday, 9 March 2017

GT MOBILE

Bismillah..

Sewaktu majlis pelancaran GT Dollar pada 16 Januari 2017 yang lalu, sebuah telefon pintar juga telah diperkenalkan. GT 888 merupakan sebuah telefon pintar dari Singapura. Cik yani berpeluang untuk menjadi antara mereka yang terawal untuk menggunakan telefon ini.



Sewaktu Cik yani membuka kotak GT Mobile ini cik yani merasa sungguh teruja dan tak sabar untuk menggunakan telefon pintar tersebut. Terutama sekali kerana skrin nya yang bersaiz 5.5 inci..sangat sesuai untuk Cik yani yang rabun ini :)

Kemudian tanpa berlengah lagi Cik yani cuba kamera nya. Perghhh...cantik betul rupa sotong goreng dan Chinese tea dari kamera ini. Sebagai seorang yang gemar mengambil makanan , Cik yani menjadi semakin teruja untuk menggunakan telefon pintar GT 888 ini.




Ada lagi satu ciri telefon pintar ini yang mengujakan cik yani. Sungguhpun GT 888 ini besar namun ia sungguh ringgan, cuma lebih kurang 160gram sahaja. Jadi tidak lah berat handbag cik yani nanti. Memorinya yang besar membolehkan Cik yani menyimpan lebih banyak gambar.
Bateri GT Mobile juga tahan lebih lama Dan ini memudahkan Cik yani yang banyak membuat kerja diluar pejabat.

Berikut Cik yani senaraikan spesifikasi GT Mobile yang telahpon berada dipasaran Malaysia :

Model : GT888
Color : metal grey/ silk white
Dimension : 158.9 x 77 x 88.6mm
Weight: 160g
Operating system : pre-install Android 5.1 Lollipop
CPU: 64 bit MTK MT6735P processor Quad core 1.0Hz CPU
GPU: Mali T720-Mp1 600Mhz
RAM: 2Gb/1Gb
ROM: 16gb
Display :5.5" 720x1280 pixels.
Battery: 2550mAh
Charger : Quick charger
Camera : Rear 8.0mp & front 5.0mp
Simkad : dual sim
Video: 1080P  2k, 4 k
Bluetooth: Bluetooth 4.0
WiFi : wifi 802.11a/b/g/n support dual band wifi
Material : Corning gorilla glass

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi www.gtdollar.com.my.

Monday, 6 March 2017

Pelancaran GT Dollar Malaysia

Bismillah..

Pada 16 Januari 2017 yang lepas, cik yani berkesempatan untuk hadir sama ke Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia. Majlis gilang gemilang tersebut telah diadakan di Sime Darby Convention Center, Bukit Kiara bersempena dengan persidangan Ekosistem Fin Tech Malaysia dan dirasmikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati binti Shamsudin, Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan.


Cik yani rasa sungguh bertuah kerana dapat bersama Kira-kira 3000 pegawai kerajaan Serta peneraju industri IT Dan E-dagang yang menyokong pembangungan Ekosistem Dynamic Fin Tech dan memberi laluan untuk Smart Inovasi seperti GT Dollar dalam menjadikan Malaysia salah satu yang berpengaruh dalam sektor FinTech ini.


Dalam majlis tersebut, dua produk baru GT Dollar telah  diperkenalkan iaitu Aplikasi GT DOLLAR dan juga GT ROBOT iaitu sejenis robot pintar yang dinamakan  GT WONDER BOY. Cik yani sangat tertarik dengan keupayaan GT Wonder Boy berinteraksi seperti manusia. Ia berupaya menjawab soalan, mengenalpasti objek serta menari. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.gtrobots.com.





Aplikasi GT Dollar merupakan satu aplikasi yang memberi kemudahan untuk pengguna membeli belah atas talian dengan lebih mudah dan berpeluang untuk mendapatkan diskaun Serta rebat tunai. Aplikasi ini juga memberi peluang kepada peniaga untuk mempromosikankan perniagaan mereka. Peniaga Dan pelanggan boleh berhubung antara satu sama lain sewaktu sesi jual beli atas talian sedang berlangsung. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.gtdollar.com



Tak sabar cik yani nak tunggu produk terkini GT Dollar iaitu GT mobile dan GT Smart watch. Nantikan sama-sama yea

Sunday, 5 March 2017

KISAH IMAM AHMAD, PENJUAL ROTI DAN ISTIGHFAR.

Suatu ketika Imam Ahmad bin Hanbal pergi bermusafir lalu apabila malam menjelma beliau singgah disebuah masjid dalam satu perkampungan bertujuan merehatkan badannya.
Namun penjaga masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad. Penjaga masjid itu tidak membenarkan beliau berehat di masjid itu walaupun beberapa kali diminta dan dirayu oleh Imam Ahmad.
Imam Ahmad akur lalu beliau beredar dari masjid tersebut. Sampai di luar masjid Imam Ahmad bertembung dengan seorang penjual roti yg sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Si penjual roti menegur Imam Ahmad dan mereka berbual seketika. Setelah mengetahui kisah Imam Ahmad tidak dibenarkan berehat di masjid, penjual roti itu lantas mengajak dan mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam di rumahnya.
Sampai sahaja di rumah si penjual roti melayan Imam Ahmad selayaknya sebagai seorang tetamu. Dihidangnya makan dan minum dan berbual seketika tanpa dia mengetahui bahawa tetamunya itu seorang imam yg hebat iaitu Imam Ahmad bin Hanbal. Selepas itu si penjual roti menunjukkan tempat tidur utk Imam Ahmad berehat dan dia pun meminta diri kerana perlu menyiapkan rotinya yg akan dijual keesokan hari.
Imam Ahmad memerhatikan sahaja si penjual roti yg berhati mulia itu melaksanakan pekerjaannya dari awal hingga dia siap membakar rotinya. Suatu perkara yang menarik perhatian Imam Ahmad, sepanjang melakukan pekerjaan membuat roti itu si penjual roti tidak putus melafazkan istighfar di bibirnya. Sementara tangan si penjual roti ligat membuat kerja, bibirnya pula dibasahkan dengan istighfar tanpa henti dan tanpa jemu.
Lantas Imam Ahmad bertanya kepada si penjual roti:
"Aku melihat engkau melaksanakan pekerjaanmu sambil melafazkan istighfar tanpa henti. Apakah sudah lama engkau mengamalkan yang sedemikian? Apakah pula hasilnya yg engkau dapat?"
Jawab si penjual roti:
"Itulah amalanku (istighfar) telah sekian lama aku lakukan tanpa henti dan tanpa jemu."
"Dan faedah yg aku dapati daripada amalanku itu, tiada satu pun doa yg aku pohon kepada Allah melainkan akan diperkenankan oleh-NYA. Melainkan satu sahaja hajat dan doaku yg masih belum Allah berikan."
"Apakah hajatmu yg belum diperkenankan Allah itu?" tanya Imam Ahmad lagi.
Jawab si penjual roti:
"Aku sangat berhajat utk bertemu dengan imam yg hebat di zaman ini iaitu Imam Ahmad bin Hanbal."
Terkejut dan terkedu Imam Ahmad mendengar jawapan si penjual roti. Lantas beliau berkata:
"Rupanya ini semua perancangan Allah yg sgt hebat. Saya tidak dibenarkan berehat di masjid kerana untuk datang ke sini demi memenuhi doa dan permintaanmu."
"Apakah maksudmu wahai tetamu aku muliakan?" tanya si penjual roti dgn penuh kehairanan.
"Akulah Imam Ahmad bin Hanbal yg kau doa dan pohon pada Allah utk bertemu." jawab Imam Ahmad dengan linangan air mata.
Subhanallah...
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan baginya pada setiap kesedihannya jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka.”
(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)