Thursday, 24 November 2016

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Bismillah....


(Taaaarikkkk napasssss....lepassss...tenang hokkay...walaupon terlebih excited nak update ni)

23 November 2016 yang lalu mencatat sejarah pertama dalam hidup cik yani sebagai blogger! cik yani antara yang dijemput untuk siaran  "Media Sneak Peak" cerita Upin Ipin Jeng Jeng Jeng untuk program " Blogger Movie Day Out". Happy nya tak terkata. Paling manis sekali sebab cik yani boleh bawa Cik Wan dan anak-anak sekali.

Double happy sebab masa kami tengok cerita Rock Bro di IOI City Mall aritu, ada ditunjukkan iklan tentang tayangan Upin Ipin Jeng Jeng Jeng  ini. Anak-anak menjerit-jerit minta kami bawa menonton cerita ini. Kami janji kalau mereka behave kami bawa.  Tapi tak sangka pula boleh bawa tengok awal..Tayangan media gittew :)

Pada hari tersebut, kami sampai awal... punyalaaa excited. Hehehe... Setelah dapatkan tiket dan goodie bag, kami bawa anak-anak makan sebab penganjur kata ada masa lagi 45 min sebelum bermula. Siap makan, anak-anak mintak pop corn. Pada mereka, wayang dan pop corn tak boleh dipisahkan :) Tapi cik wan kata kita masuk dulu..nanti daddy beli kemudian. Tapi tak sangka pulak..sewaktu kami nak masuk ke Hall 2 tempat tayangan tersebut di adakan, telah tersedia pop corn dan juga air untuk setiap orang... ulang tulis..setiap orang!! Hahaha...Selalunya satu pop corn share dua orang.


Sebaik saja kami ambil tempat, tiba-tiba masuk lah maskot Upin dan Ipin. Memang riang ria gembira anak-anak tengok upin ipin masuk. Upin Ipin bagi kuiz sikit dan hadiah sebelum keluar untuk memberi laluan tayangan dah nak bermula.


Tayangan bermula...

Cerita tentang Akish, dan anak-anak yatim Rumah Makmur. Fitrah anak-anak memang bermain dan gembira. Akish dan kawan-kawannya juga begitu. Sampaiiiiilah terjadi satu peristiwa yang melibatkan "abang jahat". Akish sedih.  Akish sangat meminati Upin Ipin dan percaya Upin Ipin boleh membantu mereka.

Hehe.... nak tau apa jadi dan adakah Upin Ipin akan bantu Akish dan kawan-kawannya?? Kena lah saksikan sendiri di 121 pawagam seluruh negara bermula 24 November 2016.

Nak tau tak apa komen cik wan? Cik wan ni jarang menonton wayang. Kalau dia tonton lepastu mesti ada komen-komen tentang cerita tersebut. So ini part of the komen dari cik wan :
" Upin Ipin kali ini menampilkan elemen berbeza dengan Upin Ipin sebelum ini. Membuatkan kanak-kanak terbawa perasaan dengan elemen sedih dan ceria..Bila bahagian sedih memang boleh menitiskan ait mata tapi kemudiannya ceria dan gembira semula. Saya bagi 5 bintang untuk cerita Upin Ipin Jeng Jeng Jeng. Kali ini Upin Ipin memang banyak bermain dengan perasaan kanak-kanak dan seronok. Watak Akish banyak menghidupkan cerita ini. Memang sesuai untuk tontonan seisi keluarga"


Ha....teruja kan nak pergi tonton.. So, weekend dan cuti sekolah ni boleh la bawa anak-anak tonton Upin Ipin Jeng Jeng Jeng,,, Memang ada kelainannya.. Terutama watak-watak pelakon utama dan tambahan dalam cerita ini..Ehhh...lupa pula nak cerita... Pelakon Utama mestilah Upin Ipin kan..kemudian ada Puteri Balkis, ada Sara Ali, ada Gambit, ada Awie dan juga Remy Ishak..

Dah..dah...cepat pergi book tiket...kang penuh kanggggg :)

Layan gambar yeaaa 😍













Friday, 18 November 2016

Syabas Naim!!!

Bismillah,,

Dari semalam, Facebook dan Instagram cik yani tak putus-putus cerita tentang keputusan peperiksaan anak. Samada UPSR maupon periksa hujung tahun. Alhamdulillah..semua bangga dengan keputusan anak masing-masing. Sama lah dengan cik yani. cik yani puuunyaaalaaa bangga dengan Naim. Walaupon dia dapat no 24 out of 32 orang pelajar dalam kelas dia, tapi peningkatan peratusan dia naik mendadak. Dah tak ada C dah kat report kad dia. Semua A dan B sahaja. Dia ada lebih kurang 9 subjek.Peratusan dia dari 72% naik sehingga 80%. Huisshhh..no 24 dah 80 %..No 1 tu 100% agaknya kan..

Ok..kenapa kalini cik yani nak cerita tentang keputusan Naim?

Jengjengjenggggg..

Sebabnya..Wan Naim Idzhar ni budaknya saaaangatttlahhh aktif dan kreatif dalam bab "mengelat" segala arahan cik yani. Suka bermain. suka menyakat adik-adik dan kakak-kakak. Sampai pernahlah cik yani rasa give up sangat dengan dia. Sedih ooo bila ada rasa give up dengan anak-anak ni. Dia dahlah kecik lagik, baru 8 tahun kottt..dah nak rasa give-up. Memang tak patut!!!

Satu hari dalam pada sedang bersedih tu cik yani cuba renung semua kebaikan Naim. Cik yani lupakan semua kekurangan dia. Terserlah lah banyak benda baik tentang Naim. Naim tak pernah tinggi suara atau melawan bila cik yani marah dia. Naim rajin kemas rumah. Bilik dia sentiasa bersih. Naim pandai masak telor..sekurang-kurangnya masa cik yani demam haritu dia boleh bantu cik yani goreng telor untuk adik-adik dia. Tak ada lah adik-adik dia lapar. Naim banyak hafal surah-surah lazim. Naim tak tinggal solat. Dia rajin ke masjid untuk solat (walaupon agenda sebenarnya main dengan kawan, tapi dia akan solat laju-laju tinggalkan jemaah dulu baru main...ehhhh...jangan tengok keburukan dia).

Puas dengan senarai kebaikan dia, cik yani renung balik kekurangan diri ini sewaktu membesarkan dia. Naim dan adik-adik agak malang berbanding kakak-kakak mereka. Sewaktu kakak-kakak mula sekolah, cik yani surirumah sepenuh masa. Sentiasa bantu kakak-kakak dalam pelajaran. Sentiasa masakkan bekal untuk kakak-kakak. Balik sekolah je terus duduk rumah sampai malam. Petang masa untuk main. Tapi sewaktu Naim dan adik-adik baru nak kenal sekolah, cik yani dah mula kerja dengan cik wan. Sibuk sangat. Balik sekolah kena duduk pejabat sampai mama habis kerja. Lepas maghrib pergi makan. Sampai rumah dah malam. Penat sangat. Tak ada masa main kat luar..tak makan masakkan mama..tak buat homework dengan mama... Haishhhh...kesian anak-anak :(

Baru cik yani sedar. Bukan salah Naim. Memang salah cik yani. Jadi give-up on Naim memang tak patut sangat.

Cik yani mula panggil guru ajar mengaji di pejabat. Balik sekolah, sampai pejabat kena mandi dan mengaji. Hari jumaat balik awal, kena tusyen dengan cikgu matematik pula. Cik yani try my very best untuk sentiasa tengok pelajaran mereka.

Alhamdulillah... cik yani tak rasa Naim terlebih belajar sehingga pelajaran dia meningkat sebegitu rupa, Sebab dia memang tak lebih belajar pon. Main juga tak semakin kurang. Sama jee... Tapi yang cik yani perasan, hati dia semakin lembut sejak dia baca quran setiap hari.
Alhamdulillah.. Cik yani yakin itulah sebab keputusan periksa dia naik. Allah bantu dia sebab dia mengaji setiap hari sekarang :)

Alhamdulillah..

So kalau kita rasa nak give up dengan anak...let's check ourself and hubungan kita, anak dan Allah.. Nanti Allah bantu...mudah-mudahan




Naim dengan kakak dan sepupu dia.. (curi gambar dari FB sepupu cik yani ;P )

Thursday, 17 November 2016

Art Activity By Hobi

Bismillah..

"hobi" adalah satu tempat yang mana sekumpulan kanak-kanak berkumpul untuk melakukan kerja-kerja kreativiti bersama-sama. Ianya bukan sekolah dan juga bukan kelas untuk belajar. Cuma untuk beraktiviti bersama-sama.

"hobi" dipimpin sendiri oleh cik yani. Terdorong dengan rasa cintakan kanak-kanak serta kreativiti maka cik yani pon kumpulkan  komuniti cilik ini membentuk kumpulan yang cik yani namakan sebagai "hobi"

5 September 2016 yang lalu "hobi" telah pon memulakan aktiviti pertama selama 4 hari berturut-turut. Kumpulan pertama ini terdiri dari rakan-rakan sekolah anak-anak cik yani serta anak jiran cik yani. Aktiviti tersebut diadakan sempena cuti UPSR sekolah rendah.

Alhamdulillah..sambutannya agak luar jangkaan. Pada awalnya cik yani menghadkan cuma 6 orang satu kumpulan. Namun begitu kerana permintaan ibubapa cik yani akhirnya membuka ruang sehingga 11 orang sekelas.

Berikut adalah aktiviti yang kami jalankan sepanjang 4 hari tersebut :


Tarikh / Project :

5 Sept 16: stick art (my lovely chair)

6 Sept 16: stick art ( family frame)

7 Sept 16: paper art (my art board)

8 Sept 16: felt craft (key chain)


Memang seronok beraktiviti dengan komuniti cilik ini. Tak terasa masa berlalu. Insya Allah, di cuti sekolah akan datang cik yani akan sambung aktiviti di Hobi :)

Mereka bangga dengan hasil kerja mereka sendiri :)