Thursday, 19 November 2015

Surat untuk Nurin Iman

19 November 2015

Buat anak mama yang dikasihi,

Nurin Iman Fatinah

Kakak,

hari ini genaplah usia kakak 10 tahun. Alhamdulillah. Dah 10 tahun Allah pinjamkan kakak pada mama.Dan mama berharap Allah terus pinjamkan kakak pada mama sampai mama tutup mata nanti.

Kakak,

10 tahun dulu masa mula-mula mama ambil kakak dari ibu kakak, hati mama sungguh terharu dan gembira. Mama gembira sangat dengan hadiah dari Allah, iaitu kakak. Mama berazam nak besarkan kakak sehingga kakak jadi insan sempurna. Kakak merupakan permata yang sangat bernilai buat mama. Walaupon lepas kakak lahir, Allah terus bagi adik yang ramai tapi kakak tetap permata hati mama dan daddy. Kasih sayang mama dan daddy pada kakak takkan ada galang ganti. Harapan mama dan daddy pada kakak sangat tinggi. Tapi apa yang penting, mama dan daddy sangat berharap supaya kakak menjadi anak yang solehah dan bertanggungjawab serta kakak yang mengasihi adik-adik supaya bila mama dan daddy tak ada nanti kakak boleh jadi pengganti kami.

Kakak,

Mama dan daddy doakan semua yang baik-baik untuk kakak.Ingatlah pesan mama.Kurangkan merajuk. Jadilah anak yang baik,kejarlah syurga Allah. Jadikan syurga Allah itu matlamat utama dalam hidup.Rajin solat dan mengaji.Banyakkan solat sunat. Doa anak yang soleh je boleh membantu ibubapa di akhirat nanti. Maka, jadilah anak yang soleh sebab mama dan daddy sangat mengharapkan bantuan doa kakak dan adik-adik.



Selamat hari lahir anak kesayangan mama. Mama dan daddy sayang kakak 


No comments:

Post a Comment