Thursday, 19 November 2015

Surat untuk Nurin Iman

19 November 2015

Buat anak mama yang dikasihi,

Nurin Iman Fatinah

Kakak,

hari ini genaplah usia kakak 10 tahun. Alhamdulillah. Dah 10 tahun Allah pinjamkan kakak pada mama.Dan mama berharap Allah terus pinjamkan kakak pada mama sampai mama tutup mata nanti.

Kakak,

10 tahun dulu masa mula-mula mama ambil kakak dari ibu kakak, hati mama sungguh terharu dan gembira. Mama gembira sangat dengan hadiah dari Allah, iaitu kakak. Mama berazam nak besarkan kakak sehingga kakak jadi insan sempurna. Kakak merupakan permata yang sangat bernilai buat mama. Walaupon lepas kakak lahir, Allah terus bagi adik yang ramai tapi kakak tetap permata hati mama dan daddy. Kasih sayang mama dan daddy pada kakak takkan ada galang ganti. Harapan mama dan daddy pada kakak sangat tinggi. Tapi apa yang penting, mama dan daddy sangat berharap supaya kakak menjadi anak yang solehah dan bertanggungjawab serta kakak yang mengasihi adik-adik supaya bila mama dan daddy tak ada nanti kakak boleh jadi pengganti kami.

Kakak,

Mama dan daddy doakan semua yang baik-baik untuk kakak.Ingatlah pesan mama.Kurangkan merajuk. Jadilah anak yang baik,kejarlah syurga Allah. Jadikan syurga Allah itu matlamat utama dalam hidup.Rajin solat dan mengaji.Banyakkan solat sunat. Doa anak yang soleh je boleh membantu ibubapa di akhirat nanti. Maka, jadilah anak yang soleh sebab mama dan daddy sangat mengharapkan bantuan doa kakak dan adik-adik.



Selamat hari lahir anak kesayangan mama. Mama dan daddy sayang kakak 


Tuesday, 17 November 2015

Terharu

Bismillah

Hari Ahad lepas sekolah Iman dan Izzah buat hari Ihtifal. Cik yani dan cik wan dijemput sama kerana kedua-dua mereka akan naik pentas ambik anugerah sebab dapat nombor 2 dalam kelas masing-masing. Masa tu perasaan cik yani.. Ya Allah..gembira, terharu,sedih,malu semua ada. Hahahaa..lebih-lebih kan??

Gini.. sebenarnya, tahun ni cik yani banyak abaikan mereka. Sibuk dok tolong cik wan kerja..Ke hulu ke hilir.. Budak dua orang ni banyak terabai.Mereka pula bersekolah di Puchong, lagi la kurang masa dengan cik yani.Cik yani balik kerja lewat malam baru jumpa mereka. Memang rasa bersalah jangan cakap laa... Huhuu..

Minggu-minggu akhir mereka nak exam barulah cik yani ada masa nak duduk buat ulangkaji dengan mereka. Memang cik yani nampak banyak kelemahan mereka..terutama tang "careless mistake" tu. Cik yani memang terkilan betul sebab tak tengok pelajaran mereka dari awal lagi. Mereka memang boleh buat cuma selalu cuai. Cik yani memang geram la masa tu. Lalu cik yani bagi ugutan sikit.. " Better score atau kawin dengan bangla".

Takut dengan ugutan cik yani, mereka bersungguh-sungguh buat ulangkaji pada minggu akhir tu. Masa tu cik yani memang serah pada Allah je la.. Tak berenti doa cik yani kirim buat mereka. Memang dah berserah je la..Sapa suruh abaikan pelajaran anak-anak kan??? Padan muka aku!! Hahahahaa

Jadi, bila mereka berjaya buktikan mereka boleh skor...perghh..perasaan cik yani memang bercampur baur.Terkejut. Tak sangka sangat. Masa tu rasa malunya pada Allah.. Sudi juga Allah bantu anak-anak cik yani walaupon cik yani ni alpa.. huhuhuuuu...

Azam tahun baru .. erkk...simpan dulu..cerita nanti.. hehe..




Friday, 18 September 2015

Patah tak Tumbuh yang sama, Hilang Tak Terganti

Bismillah..

Tiga minggu selepas sahabat cik yani , arwah Suhana kembali kepada penciptanya, rakan sekelas sewaktu sekolah dulu pula menuruti arwah Suhana. Mohd Fayzal bin Fauzi. Lelaki baik dan budiman yang cik yani kenali sewaktu sekolah dulu. Cik yani masuk Sekolah Menengah Subang Jaya sewaktu tingkatan 4. Ditempatkan di kelas 4 Maju, segalanya asing buat cik yani waktu itu. Janggal dikelilingi rakan baru. Mujur waktu itu ada beberapa rakan sekolah rendah yang cik yani kenal ada dalam kelas yang sama. Fayzal merupakan pelajar lelaki pertama yang tegur cik yani dalam kelas tu.

Dua tahun sekelas dengan arwah Fayzal, dia merupakan rakan dan pelajar yang baik.Tak banyak cik yani tau mengenai dia. Sebab dia pendiam.Dia lebih suka senyum dari berbual. Walaupon tak rapat namun cik yani tetap rasa dia menghargai kawan-kawan termasuk cik yani sebab dia pernah bagi cik yani kad raya. Waktu itu pelajar lelaki lain tak bagi kad raya sebab tak macho :)

Kehilangan dua orang rakan dalam waktu yang hampir serentak memberi impak yang agak besar dalam hidup cik yani. Pemergian mereka secara tiba-tiba membuktikan bahawa janji Allah tentang mati itu benar dan pasti. Kita yang masih hidup ini perlu lebih bersedia untuk menghadap Allah.

Tanggungjawab kita sesama manusia juga jangan kita abaikan. Sementara masih diberi peluang untuk bernafas, kita perlu lebih menghargai dan mengasihi orang yang terdekat dengan kita, keluarga dan rakan taulan.

Cik yani nak cerita tentang satu kejadian.

Beberapa malam lepas cik wan diserang sakit perut yang amat dasyat. Sampai berguling-guling dan hampir terkeluar mata menahan sakit. Minum air pon tak boleh. Semua tersembur keluar.

Allahuakbar. Perasaan cik yani malam tu hanya Allah yang tahu. Takut.Panik.Sedih.Semua ada. Cik yani bayangkan kalau Allah ambil pula cik wan malam tu apa nak jadi pada cik  yani. Sedih sangat tengok cik wan menahan sakit sebegitu. Alhamdulillah..menjelang subuh sakit cik wan beransur pulih. Sakit perutnya dah kurang dan boleh baring dengan tenang. Lega cik yani tengok cik wan dah bertenang. Tapi dalam hati Allah je tahu apa cik yani rasa. Dada ni bagai nak meletop.Mulut tak putus-putus berdoa pada Allah mohon Allah ampunkan kami dan pelihara kami sekeluarga.

Semenjak kejadian tersebut cik yani tak berhenti fikirkan tentang kami. Tentang bagaimana Allah boleh ambil kami bila-bila masa. Apa jadi pada anak-anak andai Allah ambil kami berdua serentak? Apa jadi andai salah seorang dari kami yang Allah ambil dulu?

Cik wan memang bukan suami yang romantik atau lelaki melayu terakhir dalam drama cinta melayu yang biasa kita tonton tu. Kadang-kadang (selalu ) dia agak menjengkelkan. Bergaduh setiap hari. Nak tunggu bunga..dah 12 tahun tak pernah dapat pon. Tapi kalau cik wan takde , siapa yang boleh faham apa yang cik yani nak tanpa perlu cik yani bagitau? Siapa yang boleh tahan dengan perangai kuat merajuk cik yani? Siapa yang boleh tahan dengan perangai garang cik yani? Siapa nak tolong cebok berak anak cik yani bila keluar berjalan? Siapa nak tenangkan cik yani masa cik yani sedih? Siapa yang tahu apa yang cik yani nak makan tengah-tengah malam? Siapa yang sangat memahami cik yani macam cik wan faham cik yani walaupon dia nampak macam kayu??

Namun begitu cik yani tetap kena faham cik wan, mama, anak-anak,adik-adik, keluarga dan kawan-kawan merupakan pinjaman sahaja dari Allah. Bila-bila masa mereka ni semua akan dijemput Allah samada sebelum atau selepas cik yani. Walaupon cik yani sangat menyayangi mereka. Cuma cik yani harap cik yani berkesempatan untuk bagitau kat semua orang yang cik yani sayangkan mereka dan sempat berbuat baik dengan semua orang sampai cik yani puas.

Orang kata yang patah tumbuh yang hilang berganti namun yang tumbuh dan yang berganti itu tetap takkan sama dengan yang hilang tu.

Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.

semoga panjang umor dan panjang jodoh kita

semoga Allah rahmati persahabatan kita

Tuesday, 25 August 2015

Tibute to Suhana- Siri "Kau Memanggg"

Bismillah..


Semenjak cik yani nukilkan kisah Allahyarham Suhana, sahabat cik yani kat blog ni minggu lepas, cik yani dapat banyak mesej dari kawan-kawan arwah minta cik yani tulis lagi perihal arwah. Ada juga antara kawan-kawannya yang cik yani tak kenal pon.

Semalam genap seminggu arwah meninggalkan kita semua. Jadi cik yani decide nak cuba tulis beberapa siri "Tribute To Suhana" . Cerita-cerita dalam ni adalah cerita yang berlaku antara cik yani dengan arwah sepanjang kami berkawan selama 26 tahun. Moga-moga dengan cerita ini mengingatkan kita pada arwah dan jadi sedikit tauladan buat kita.

Ramai yang tau ayat faveret arwah Suhana adalah "Kau Memanggg". Ada beberapa tonasi "kau memang" tu. Hampir semua tonasi masih berlegar di fikiran cik yani ni. Paling tak boleh lupa bila dia mula " Kau Memanggg" tu mata tangan mulut semua seiring. Mata dia akan menjeling.Tangan akan naik ke atas sebelah..kadang-kandang sambil menunjuk jari telunjuk. Mulut akan sedikit muncung.. Mbahahaa.. Comel kau su!!

Dia akan keluarkan perkataan "kau Memang" tu bila..

1. cik yani gesel-gesel kat badan dia sambil mintak dia masakkan.. tonasinya sedikit lembut " kau memang!" sambil menjeling (wajib menjeling ) diikuti dengan ayat "pantang nampak aku mintak makan" dan beberapa siri ayat lain seperti "apa kau ada kat peti ais kau ni?" atau "bila kau nak ni?" atau "ye la..ye laaa..." (ayat akhir ni selalunya dia keluar bila cik yani dah buat muka sedih) . kikikiii

2. cik yani buat salah macam "suuuu...aku rasa aku salah potong kentang ni" maka tonasinya akan sedikit keras sambil datang kat cik yani dengan gaya mak-mak nak marah anak."Kau memangggggg!!!" wakakakaaa... masa ni cik yani akan larik jauh-jauh sebelum dia tukarkan cik yani dengan kentang tu..

3. Masa dia mekap cik yani, air mata cik yani berjujuran keluar walhal tak menangis ponn..kakakakaaa... pedih weiii main mata ni.. dah la garang minah ni masa mekap.. bila dah banyak air mata meleleh tu dia mula  "kau memanggg" tonasi penat. kakakaa..kesian kau su kena layan aku. Masa tu dia akan ambik tisu, lap-lap air mata lepastu tiup-tiup cik yani.

4. Cik yani tgh marah anak cik yani, dia biasanya tak masuk campur.Dia tengok je cik yani marah.Bila dah ok baru dia cakap "kau ni kan..memang laaa" di ikuti dengan kata-kata nasihat.. "jangan garang sangat dengan anak" dan seumpama nya. (Macam biasa, maklong ni memang kuat bebelkan cik yani)

5. Bila pergi makan dengan dia cik yani akan berselera betul. Kalau boleh satu kedai nak oder. Sebab biasanya dia bawak cik yani makan kat kedai-kedai yang enak-enak makanannya. Jadi segala mak nenek menu cik yani akan oder. Kemudian tak habis. Dia pon mula laa.. mula-mula jeling, tarik muka lepastu  "kau memangggg"

Itulah antara situasi yang membawa kepada "kau memang" tu. Harini cik yani pulak nak cakap..
  "kau ni memanggg tau Su.Aritu dah janji nak masak before 1 September tapi kau pergi dulu pulak. Kau memanggg tau Su...semua orang sayang kau. Bila kau pergi tinggalkan aku, semua orang tau aku sedih.Masa tu kawan-kawan kau yang baik-baik semua hantar mesej 'stay strong' kat aku. Kau memanggg tau... dah tak ada pon kau masih tak tinggalkan aku bersendirian.Masih kau kirimkan kawan-kawan kau untuk isi sunyi dan rindu aku pada kau. Kau memangggggg"

Kawan-kawan, jangan risau.Insyaallah..cik yani dah redho dengan ketentuan Ilahi. Hilang seorang sahabat baik namun cik yani masih punya suami, anak-anak,mak, adik-adik dan juga kawan-kawan lain. Cik yani masih sedih dan sunyi namun cik yani dah tak menangis sebab cik yani tau cik yani masih ada tanggungjawab lain yang perlu di lunaskan. Cik yani akan selalu kenang arwah Suhana dalam doa cik yani sebagaimana cik yani tak putus-putus doakan untuk arwah nenek, bapa dan adik cik yani. Mudah-mudahan Allah terus beri kekuatan pada Cik yani. Amiiinnn..

kasih sayang antara kami memang seperti saudara kandung :)

Thursday, 20 August 2015

Kisah Sahabat (Suhana Abdul Kadir , 14 Julai 1979 - 18 Ogos 2015)

Bismillah..

Ini kisah sahabat cik yani. Nama dia Suhana Binti Abdul Kadir. Cik yani dah berkawan dengan dia semenjak kami berusia 10 tahun. Waktu itu kami sama bersekolah di SRK Sri Subang Jaya. Rumah Suhana depan sekolah seirng menjadi "port"  cik yani dan kawan-kawan lain sewaktu menunggu sesi kokurikulum.

Sewaktu sekolah rendah kami tidak sekelas.Kelas Suhana bersebelahan dengan kelas cik yani. Tapi entah kenapa kami boleh menjadi rapat. Setiap kali ada sesi kokurikulum kami akan berehat, makan dan bersiap di rumahnya. Waktu tu Suhana ada seorang saudara yang bantu jaga dia dan adik beradik.Saudaranya itu bersuara kuat. Entah macamana laa cik yani dan kawan-kawan boleh fikir "orang gaji dia ni garang betul..nak call teledera laa..kesian Suhana " .Walhal masa tu Suhana ok je..takde pulak mengadu kena dera ke apa kann... Bila dah besar ni baru cik yani tau yang... "orang Melaka memang cakap kuat " . Hahahahaaaa... (padahal sama je..cik yani pon orang Melaka )

Sewaktu di sekolah rendah juga kami terlibat dalam kumpulan pancaragam yang sama. Cik yani main instrumen recorder, Suaha main Pianica dan drum. Kami seirng mewakili sekolah untuk beberapa pertandingan serta beberapa undangan. Bayangkann ehh... cik yani yang kelabu ni pakai uniform merah-biru dengan topi barret berbulu.. Hahahaaa.. Tapi uniform tu sangat cantik dengan Suhana yang putih persis cina tu.

Sewaktu di sekolah menengah, kami di pertemukan sekali lagi di Sekolah Menengah Subang Jaya. Waktu tu tingkatan 4.Suhana baru balik dari bersekolah di U.K selama 2 tahun. Cik yani pulak baru balik dari bersekolah di Kelantan.

Sebagai budak bukan "budak Subang ori", cik yani rasa janggal nak bergaul dengan "budak Subang ori" sewaktu sekolah menengah dulu. Dahla kelabu, comot, tak "hot" , tak pandai cakap orang putih. Memang rasa agak janggal (Biarpon kampung cik yani kat Bangsar) dan rasa rendah diri. Bukan sekali orang cuba mainkan cik yani masa sekolah dulu. Ada yang buat pandangan "iyeeeeewwwwww... u're not so Subang".

Tapi, the moment cik yani nampak Suhana, cik yani rasa macam lega  nyaaaa... Berkawan dengan Suhana buat cik yani rasa acah-acah berani nak kawan dengan budak Subang ni. Suhana tak pernah buat pandangan  "iyyeeeewwwww" tu pada cik yani. Suhana tak pernah gelakkan cik yani sewaktu orang lain gelak sebab cik yani tak faham lawak orang putih yang budak Subang ni buat. Walaupon tak semua budak Subang ni macam tu tapi yang segelintir ini lah yang buat cik yani rasa low self esteem. Tapi Suhana selalu suruh cik yani abaikan. Walaupon waktu tu cik yani tak pernah mengadu pada dia tapi dia faham cik yani.Macam zaman kecik-kecik dulu, Suhana akan bawak cik yani balik rumah dia, layan cik yani macam keluarga..

Sebab Suhana laa cik yani yakin nak kawan dengan budak Subang yang baik yang lainnya.. (Terima kasih buat Nazaha, Fareeza, Puteri,Muharra dan budak Subang yang baik yang lain yang sudi kawan dengan cik yani)

Hubungan kami tak tamat di Tingkatan 5.Selepas sekolah kami terus rapat.Suhana sambung belajar ke Australia. Tapi, bila dia balik Malaysia je, cik yani orang pertama tercongok depan rumah dia. Bukan kira dia jetlag ke apa ke..cik yani nak jumpa dia jugak. Teruk betul cik yani..hahahaaa..

Kami pernah beberapa kali pergi bercuti bersama. Tapi percutian ke Langkawi sewaktu berumur 20 tahun yang paling cik  yani ingati. Walaupon waktu itu ada famili cik yani sama tapi kebanyakan masa kami berdua je.Banyak yang kami cerita kan.Kisah masa silam,masa depan, macam-macam la. Banyak juga lagu kami nyanyi bersama.Paling seronok sewaktu ber-akapela nyanyi lagu Malam dengan Suhana. Bayangkannn... suara Suhana yang merdu tu dirosakkan oleh suara cik yani yang garau ni.Hahahaaa...

Suhana juga pernah beberapa kali menjadi juru solek cik yani. Kali pertama sewaktu prompt-night tingkatan 5. Kali kedua sewaktu annual dinner tempat kerja lama cik yani. Kali ketiga sewaktu cik yani bertunang dan kali ke empat sewaktu cik yani kahwin. Peristiwa lucu setiap kali di solek oleh Suhana adalah... menangis!Hahahaa... setiap kali mata cik yani di solek mesti cik yani akan menangis berjujuran air mata sebab pedih. Bengang betul Suhana waktu ni.Tapi dia tetap sabar menghabiskan kerja menyolek cik yani. Terima kasih Su. Sayang kau, sebab sabar make up aku banyak kali.

Selepas cik yani kawin, cik yani tetap carik Suhana.Suhana pandai masak.Lepas kawin, bila dia datang rumah cik yani dia yang kena masak untuk cik yani.Hahahahaaa... Kesian kau Su, dapat kawan "tangan bangku". Cakap je nak makan apa, Suhana akan masakkan dengan penuh kasih sayang (sambil membebel..ayat wajib- "kau memangggg")

Sekali sekala kalau cik yani sedih dengan cik wan atau terasa penat dengan anak-anak, cik yani akan cari Suhana. Macam biasa, Suhana akan jadik pendengar setia..sambil pujuk-pujuk manja lepas tu buat lawak sampai cik yani ketawa. Lepas tu macam biasa..dia akan membebel kat cik yani "kau memanggggg"

Beberapa bulan lepas Suhana sakit. Operate mata, operate kaki.Alhamdulillah Allah bagi peluang cik yani hiburkan Suhana beberapa kali sewaktu dia sakit. Kami keluar berdua, makan, borak. Kemudian kami kerap bertelepon.  Raya ketiga cik yani angkut adik beradik cik yani beraya di rumah Suhana di Melaka. Dia tunjuk balkoni ada paip kat tepi rumah. Katanya itu untuk mandi jenazah.

Beberapa hari sebelum puasa Suhana ada bagitau hasrat dia untuk menutup aurat penuh dan bertaubat. Katanya dia kena lebiih bersedia. Mungkin nyawanya tak panjang.

Allahurobbi.... Rupa-rupanya memang betul nyawanya tak panjang. Panggilan dari seorang kawan pada Isnin 18 Ogos 2015 yang lalu benar-benar meluluhkan hati cik yani. Siapa sangka Suhana akan dijemput Ilahi begitu cepat? Dia meninggal kerana komplikasi jantung sewaktu demam panas. Memang tiada air mata sewaktu terima berita tersebut.Sampai bilik mayat PPUM juga tiada air mata. Sewaktu mandikan jenazah juga tiada air mata tumpah. Tapi sebaik sahaja jenazah disolatkan.. Allahuakbar... "Su, sunyi nya aku rasa. Siapa aku nak mengadu nanti Su?Siapa nak make up kan aku utk kenduri anniversary aku nanti (ni angan-angan)? Siapa nak masak rendang kicap untuk aku Su? Siapa aku nak peluk masa aku sedih Su?"

Semua tu bermain dalam fikiran cik yani sampai hari ini, hari ke 4 pemergian Suhana. Cik yani temankan Suhana dalam van jenazah dari PPUM ke Melaka. Rasa macam tak mau berpisah dengan Suhana.

Allahuakbar.. cik yani dah tak mampu nak teruskan...

"Ya Allah ampunkanlah dosa Allahyarham, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia, ampunkan dia.Muliakan kedudukannya,luaskan tempat tinggalnya,mandikan dia dengan air salji dan air sejuk.Bersihkannya dari kotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran.Dan gantikan rumah nya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik.Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur serta jauhkan dia dari azab api neraka "

Rehat la sayang disisi pencipta mu.Moga kita bertemu lagi

Friday, 7 August 2015

Berangan nak bukak Playschool

Bismillah..

Tadi masa cik yani dok ngemas rumah tiba-tiba masuk satu roh eksaited..Hahahaaa...ayat..kusss semangatt!! Sebenarnya tetiba cik yani terasa macam nak buat semula home schooling macam cik yani pernah buat untuk Iman dulu. Tapi kali ni nak buat untuk Idham dan Irsyad. Cuma.. Kalini cik yani berangan nak buat dalam skala yang lebih besar, iaitu nak buat versi komersial. Wahh...berangan!!!

Baiklah...cik yani nak cuba buat "paper work" untuk Playschool cik yani..

Segmen Target :
  • Kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 4 tahun ( terhad kepada 10 orang satu sesi)
Tujuan : 
  • Merangsang skill motor kanak-kanak 
  • Mempersiapkan kanak-kanak sebelum ke sekolah sebenar
  • Merangsang kemahiran bersosial seperti bekerja dalam kumpulan, kepimpinan dan sebagainya
Tempat : 
  • Rumah kediaman sebab berbentuk home-school
Masa :
  • 2 jam sehari  (9am - 11 am)
  • Isnin - Jumaat
Keperluan :
  • kerusi / meja kanak-kanak
  • alatulis termasuk pensil warna, cat air dan sebagainya
  • Permainan seperti blok, puzzle, bebola dan sebagainya
  • Bahan-bahan di rumah untuk diolah sebagai permainan
  • Peralatan berkebun
  • Kolam renang kanak-kanak
Sillibus :
  • Jadual akan di buat mengikut hari seperti  :
    • Isnin : Mewarna/ Melukis
    • Selasa : Baking
    • Rabu : Main air
    • Khamis : Berkebun
    • Jumaat : Membina (contoh : buat rumah kotak)
  • Pelajaran yang diajar semua "playing based" 
  • Akan di perhalusi mengikut keperluan semasa pelajar
Yuran :
  • Masih dalam perbincangan tapi mesti harga "mampu milik" supaya "now everyone can go playschool"

Haaaa.... amacam? dasat tak angan-angan cik yani? Arghhh...cik yani tak kira! Cik yani nak gak jadikan angan-angan cik yani ni satu kenyataan!!! Teruja mak nyaahhhhh!!!!

Tapi...agak-agak ada tak yang nak enroll kan anak kat cik yani?? hahahahaaa....Takpe..kalau tak de, cik yani akan buat untuk Idham dan Irsyad. Cik yani target bulan 9 ni nak start dah.. Kalau ada yang terasa nak join cepat contact cik yani yeaa!!! Sebab memang untuk permulaan ni cik yani tak nak ambil lebih dari 10 orang setudent.

Mudah-mudahan angan-angan kan jadik kenyataannnnnnn. Ameeennnnnn :)


Friday, 3 July 2015

Anxiety Attack

Bismillah..

Tahun lalu sewaktu kami bercuti di Kelantan,jari  anak sulung cik yani, Iman, luka terkena pisau sewaktu hendak potong epal. Lepas 3 jam darah tak berhenti cik yani bawa Iman pergi klinik. Doktor cuba balut ketat-ketat jari tu lepas dressing.Kata doktor esok kalau darah still tak berhenti mungkin jarinya perlu dijahit.

Esoknya darah masih tak berhenti maka terpaksalaa jari itu dijahit.Iyaaaa....disini lah bermulanya kisah cik yani. Huhuhuuuu...

 Cik yani ni dah la takut darah, takut jarum, takut doktor...kena lak tengok anak sendiri kena jahit depan mata..Haishhhh...memang mendebarkan.Takut tauuu...Udahnya Iman ok jee..tak de apa-apa..Cik yani yang menggelabah. Berdebar tak berenti-renti. Dari situla mulanya cik  yani selalu sakit dada, sesak nafas.Rasa macam senang takut dan paranoid semacam.. (Ehh...betul ke semua ekspressi ni??) Huhuhuuu....

Tak lama kemudian cik yani terlibat pulak dengan kemalangan kecil sewaktu memandu. Bertambah-tambah dada ni berdebar. Macam nampak semua benda kecik je...macam nak lemas jee... Tak selesa betul.

Lalu cik wan bawak laa cik yani pergi klinik. Kata dokter kat klinik.. cik yani kena "anxiety attack" . Jantung asyik nak bedebar laju je. Tekanan darah pon mula naik.Maka dokter pon bagi cik yani ubat tidor.Di suruhnya rehat dan tidor. Haishh...tak best langsung ubat!!

Cik wan memang tak suka laa kalau cik  yani ambik ubat tidor ni.Lalu dia bawak cik yani pergi jumpa doktor homoepathy kami. Sama jee..dokter ni kata cuma anxiety attack (jujurnya, cik  yani dah bayangkan: habislaaaa...aku kena HEART ATTACK!! hahahaaa) .Perlu berehat, perlu lebih bertenang.Lalu dia bagi cik yani ubat homoepathy..tak de dadah dan bukan ubat tidor!

Alhamdulillah...pulih dari attack tu :)

Taaapiiii....last week kawan baik cik wan  bawak dia pergi urut sebab dia selalu sakit pinggang ke bawah.. Tukang urut tu cakap.. nasib baiklah cik wan ni datang on time..dah nyaris nak kena stroke separuh badan dah..banyak gila urat dia yang dah blok. Huhuhuuuu.....

Walaauupooonnn pada waktu cikwan cerita tuh diri ini kelihatan begitu cool..siap boleh gurau-gurau lagik..namunn...dalam hati ini...nak pocah dado ni haaa!!! Takutt pon ada.. Yea laa...kalau apa-apa jadik kat cik wan, apa jadik kat cik yani dan anak2? huhuhuuuuu...

Dah nak seminggu dada ni bedebar..sejuk perut,,,sejuk kaki...Zahirnya cik yani nampak cool...nampak jee tauuu...

Tadik lak  pulak jiran kami kena pecah rumah.Aduihhh...makin paranoid leee hamba ni T_T

Gamak gayanya nak kena pergi ambik ubat homopathy lagik laa ni..Nasib baik ada  NW Formula..Boleh laa cik yani minum NW ni..

Haishh...apo yang den merepek ni? Hahahaaa...kiranya meng update blog ni konon-konon terapi cik yani la ni ..Manalaa tau kot-kot kurang rasa sakit dado ni haaa.Orang lain dah tidor dah.

Terima kasih ehh..kerana sudi baca kemerepekkan cik yani di jam 3 pagi ni :)

ni pon terapi cik yani gak ni..


Wednesday, 1 July 2015

Mengimbas kenangan :)

Bismillah

Lama tak update blog ni.Dah naik berabok..Huhuhuuu. Malam ni cik yani macam takut nak tidor. Asbab nya.. jengjengjengggg.... Dah 4 malam cik yani terbabas, tak bangun sahur. Asal sedar jek tengah azan subuh.Kesian anak-anak.Huhuhuuu.... Udahnya malam ni mama cik yani angkut anak dara cik yani yang dua orang tu tidor rumah dia supaya tak terbabas sahur.Hehehe..( thank you ma)

Dari pukul 12 malam tadi sampai sekarang (2 pagi) cik yani mengerjakan rumah,sapu lantai, mop lantai,kemas dapor, goreng nasi,jemur kain. Dah buat macam-macam tapi rasa macam lambat jek masa berjalan. Adesss... So ambik laptop..jom cerita!!

Semalam one of rakan sekerja (aunty india) tanya " Siti, kawin dengan wan sebab cinta ka?" Jujur je mulut ni jawab " Tak adalahh aunty..dulu saya mana ada suka sama dia..tapi bila jumpa mak dia,dia terus suruh pinang saya,kemudian dia tackle semua family saya, saya pon kawin jee laa" hahahaa.... Buruk jek kisah cinta kan..alahhh..korang boleh baca kat entry masa anniversary ke 10 kami (sorry yea..cik yani tak pandai nk bagi link..carik sendiri kat tajuk sebelah ni haa)

Suka ke tak suka kee...dah nak masuk 12 tahun kawin,anak pon dah 6 orang..Kalau tak dibendung mau beranak lagi tahun ni..Jadik hadap jek laaa wajah "teman tapi mesra" cik yani tu. ;)

12 tahun bukanlah satu tempoh yang lama tapi juga bukan satu tempoh yang sekejap kan.Banyak yang dah kami lalui bersama..nak catit sikit buat kenangan anak cucu:
*lambat beranak- sedih wooo...member lain yang kawin kendian semua dah bunting siap ada yang bunting pelamin,cik yani lak kawin dua bulan,ngandung,gugur..lepastu tak ngandung sampai dua tahun :(
*anak angkat-ni paling best dalam hidup..rasa macam Allah dah bagi semua benda dalam hidup :)
*anak ramai-fuhhh...macam2 orang perli weiii..."takde kerja lain ke..beranak jee" tu perlian paling fofulerr... hehehee...tapi lumayan beb!!
*hidup susah- huhuuu...sampai pernah umah tak de beras..pergi umah mak buat2 tak sempat nak pergi kedai,pinjam beras sikit..padahal takde duit nak beli beras.Inas pernah minum susu sejat la sebab tak mampu nak belikan dia susu.Susu badan lak dah jadik hak milik Idham T_T
*meniaga- jangan cerita laa...apa yang cik yani tak jual kat FB tu..sampai ada member pernah komen " kau ni mak bapak je kau belum jual lagik " .. Hahahaa...tak kecik hati pon..dah cik yani belajar tak tinggi..Nak terus keje kat bank kang makan riba pulak walaupon gajinya lumayan..Kenalah meniaga..
Cik wan pon sama..dari driving school ke kilang soya ke kilang ayam sampaiiii laaa ni pemilik agency insurans.. Alhamdulillah dah ada 3 cawangan dah pon..

Banyak lagik laa pahit manis kalau nak cerita.Mau muntah orang baca.Dan cik yani yakin akan ada banyak lagi cerita pada masa akan datang..Pokok pangkal nya sebagai isteri, cik yani sentiasa menyokong apa jua yang cik wan buat asalkan tidak membelakangkan agama.

Untuk sentiasa berada dibelakang cik wan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Al maklum kami berdua mempunyai kadar adrenalin yang agak sama lajunya.Maka selalu saja kami bertengkar. Tapi dah tua-tua ni (dia la tua,cik yani muda lagik ) dah malas nak bertengkar. Bila kami mula panas, suasana akan mula jadi senyap..sorang pandang kanan,sorang pandang kiri.Dah tak ada lagi "perbahasan". Cuma tabiat cik wan yang satu ni memang dia susah nak hakis.. bila dia marah orang,staff ke customers ke cik yani laa orang pertama yang akan menjadi mangsa kemarahan dia tu..huhuhuuu...sedih kannnn..Tapi sekarang dah pandai mintak maaf...Lepas dia marah tiba-tiba dia macam terhantuk kepala di dinding dan tersedar..."ooo...marah salah orang" lalu dia meminta maaf.

Nampak...tak mudah kan?Tapi kalau kita mau boleh ajeee... Cik yani pon yakin tak mudah juga cik wan nak berada disisi cik yani yang selalu mood swing ni kan..Tapi nak buat macam mana... .susah ke senang kee...muka ni jugak yang dia kena tatap siang malam kan...jadik kena la dia telan apa je perangai cik  yani kan..

Korang pernah dengar tak.. "Di sebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita hebat di belakangnya?" Pernah kan?? Baiklah...ini sangat betul!! Di sebalik apa yang ada pada cik wan sekarang sebenarnya adalah hasil doa ibunya..mak mertua cik yani juga doa ibu cik  yani, mak mertua cik wan. Kalau kedua-dua ibu ini tidak redha dan tidak berdoa..siapa laah cik wan sekarang. Kerana itu cik yani sering ingatkan cik wan untuk minta redha ibunya...

Maka adik-adik sekalian..baik yang sudah berumah tangga mahupon yang bakal berumahtangga... Siapa pon pasangan korang..apa je pekerjaan dia,apa sahaja perangai dia korang kena terima dengan hati yang terbuka.Support each other..Trust pasangan korang..Trust tu bukan setakat trust kejujuran dia tak curang gitu..tapi trust dengan potensi dia..

Yang paling penting....Selalu mohon doa dari ibubapa masing-masing.Walaupon korang dah jadik mak bapak tapi doa dari mak bapak korang lebih mustajab buat korang.


Adesss...panjang lak merapik ni.. Tapi kalau nak cerita memang panjang lagik...Simpan sikit la untuk masa depan...


Tata

Raya pertama sebagai suami-isteri (tahun ni raya ke 12 dah uiii)

Thursday, 2 April 2015

Saudagar kain

Bismillah..

Harini cik yani nak cerita tentang "Bagaimana aku menjadi saudagar kain". Muehehee..tajuk tak thrill langsung kan?
Cerita bermula satu hari tu cik yani balik kampung cik wan.Bawak mak mertua cik yani pergi beli kain untuk baju raya dia.Lepas dapat kain kami pon beralih ke kedai lain untuk cari tudung lak. Waktu tu tuan kedai sedang punggah kain baru sampai. Tiba-tiba dia tegur cik yani.. "Kak.. goghi kak..murah jaa ni.. RMxx " cik yani dengar harga lalu cik yani pandang kain tu. Hmm..cantik..murah... cik yani pon whatsapp gambar kat family cik yani.Banyak lak yang mengoder. Lalu tokey tu pon men-suggest agar cik yani borong dan jual je..
Hapaa lagik..terus cik yani duduk bersila pilih kain.kemain sakan lagik.Sampai mengantuk mak mertua cik yani menunggu.Hehehee...terima kasih ma :) . Memang rambang bijik mata tengok design cantik-cantik..menangis la nak pilih.Nasib baik not dalam wallet ni limited edition ;) Tengahari tu cik yani balik dengan 22 pasang kain (lebih sekodi).

Balik rumah mertua dengan excitednya cik yani share kat whatsapp group yang ada.Alhamdulillah..mendapat sambutan.Lalu esoknya cik yani terpaksa tambah lagik 2 kodi. Sebab kereta penuh barang, yang mana oder banyak terus cik yani pos. Hehehee...seronok wooo...pilih kain, bungkus,pos..rasa macam sedang minum secawan shake Herbalife yang sedap...mueheheee..

Sampai rumah..dua hari jek kain yang tiga kodi tu dah habis.Terpaksa oder lagik 5 kodi. Selang 3 hari oder lagik 2 kodi.Selang 3 hari oder lagik 3 kodi..Fuhhh...dalam dua minggu lebih 15 kodi terjual..Memang macam unbelieveable laaa..Sensasi dia tu..tak terkata..bukan tang dapat duit jualan tu tau..tapi tang nak restok..pilih kain..fuuuhhhhh...memang syok habis laa..

Lalu berangan la cik yani nak teruskan perusahaan kain ni selagi boleh.Kalau boleh biar sampai bukak kedai kain borong (sebab most customer cik yani sekarang ni seller..sekali borong sampai sekodi) .

Insya Allah kalau Allah izinkan, dan kalau perusahaan ini memberi kebaikan buat cikyani,keluarga, rakan-rakan semua memang cik yani akan teruskan..

Erkk...haritu ada kawan tanya, "habis, Herbalife kau dah tak buat ke?" weee...gila tak buat?? muehehee.. Herbalife tu kira dah macam my bread and butter waktu pagi (aittt..macam tak kena jekk perumpaan ni?) Cik yani still buat Herbalife.Still consume.Cuma sebab time limit cik yani dah tak sempat nak gi training.Insya Allah satu hari nanti bila Allah dah izinkan cik yani akan sambung training.Lagipon sekarang Herbalife ada golden rules yang sangat strict terutama bisnes alam cyber ni. Jadi cik yani tak promote Herbalife di alam cyber ni.Jadi cik yani promote dalam kehidupan yang nyata ni laa...

Oklah..cik yani nak sambung kerja.By the way, kalau kawan-kawan nak jamu mata dan poket dengan kain cik yani u olls bolehla follow instagram cik yani ehh... koleksi_cik_yani


** ni laa antara koleksi yang cik yani ada...kalau nak tengok lagi jemput follow IG yea :)

Tuesday, 31 March 2015

Surirumah yang bekerja

Bismillah

Semalam cik yani rasa penat sangat.Awal pagi ambil kain baru sampai dari Kelantan (ehh..lupa nak bagitau bahawa cik yani dah jadik saudagar kain.kikikii). Belum sampai rumah, dapat lak whatsapp dari sepupu cik yani, atok nya meninggal dunia. Terus cik yani call mama, call cik wan sebab nak pergi melawat keluarga mereka.Sampai rumah sementara tunggu cik wan balik dari opis, cik yani cek stok kain, sambil kira, sambil ambil gambar, sambil bagi anak makan, sambil mandikan Idham, sambil..sambil...sambil...tiba-tiba cik wan sampai.Cik yani pon berlari naik siap.Sementara cik wan makan cik yani sambung ambil gambar kain utk update stok pada ejen-ejen kami.Cik wan abes makan cepat-cepat campak pinggan mangkuk dalam sinki,sapu lantai terus keluar.

Dalam kereta,ambil nafas sikit.Lepas tu borak-borak dengan cik wan tentang perancangan cawangan pejabat baru kami di Kedah.Tapi tangan dok sambil edit gambar (tu yg semalam ada gambar yang double coding). Peringatan!! Skill yang tinggi diperlukan untuk buat aksi ini supaya suami tak kecik hati sewaktu kita dengar cerita dia sambil edit gambar ;) Sesekali dengar jugak cikwan mengeluh tapi cepat-cepat cik yani pujuk dia.Almaklum ejen-ejen dah tunggu update gambar stok baru.Huhuhuuu..

Sampai di rumah sepupu kami tu cik yani terus duduk dengan makcik cik yani.Ini memang makcik dan pakcik yang rapat dengan cik yani.Mereka lah yang membela kami sewaktu kecil dulu. Almaklum, kami kan membesar tanpa bapa.Pak Ajis la tempat kami menumpang kasih. Jadi bila Pak Ajis kematian bapa pastilah cik yani nak berada disamping Pak Ajis kan.. Di sana cik yani langsung tak pegang handphone untuk update bisness atau reply mesej sampai Pak Ajis suruh whatsapp anak dia yang di Madinah.

Tengahari jenazah dibawa ke masjid untuk di solatkan.Cik yani dan cik wan pon pulang ke rumah.Sampai rumah terus siapkan lunch family (syukurrrrr belakang rumah ada restoren sedap dan murah). Setle anak makan, cik wan pon dah ke masjid untuk solat jumaat, cik yani cepat-cepat sambung ambil gambar kain.Macam biasa sambil tu reply le mesej-mesej yang patut. Sebelum cik wan ke pejabat semula dia sempat pesan," jangan lupa masuk opis petang ni".Aiyyakkkk!!! Baru ingat nak ponteng.Oh yeaa.... sekarang cik yani dah kerja.Kerja dengan cik wan.Jaga duit kompeni dia.

Masa tengah edit gambar mama pon sampai.Alamak..lupa!!Janji nak hantar mama pergi masjid besi, Putrajaya petang ni.Mama ada program dengan Dr Basit sampai ahad nanti.Cepat-cepat lari naik atas siap laju-laju. Masukkan anak dalam kereta terus hantar mama dengan kakak dia,ibu pergi masjid besi.Kemudian lari ke Bangi lak untuk masuk opis.Sampai Bangi hantar anak kat transit lepastu terus masuk opis.Masa tu dah pukul 5 petang. T___T Laju nyaa masa berlalu.

Masa hantar mama tadi mama dah pesan tolong balik awal.Mama nak minta tolong jaga anak adik sebab adik ipar tu kerja malam,adik pulak ke Pahang.Jadi kat opis ni buat keje macam tak cukup tanah.Asyik dok tengok jam.Start keja pukul 5, pukul 8 dah wajib ada kat rumah.Kalau tak lambat laa adik ipar tu sampai hospital tempat kerja dia (dia misi kat PPUM)

7.30 petang larik laju-laju ambik anak lak.Nasib baik sempat sampai rumah.Lalalalaaaa...rumah ai dah macam tadika dah yuuu...Gembira jee mereka.Maklumlah 9 kanak-kanak bertemu! Mama pesan ambik mama lepas isya.Ramai-ramai ni nak bawak pergi makan kang lambat lak ambik mama.Lalu bagi mereka makan kokokrunch dulu.Mama call terus masukkan 9 kanak-kanak ni ke dalam kereta dan pecut ke Putrajaya ambik mama dan ibu. Dalam perjalanan tu macam-macam lagu tadika dengar dari suara mereka.Si kecik Irsyad pon taknak kalah tau!

Lepas ambik mama,bawak mereka makan.Mama cakap... "tak cukup ramai kan anak kau,suka angkut anak orang ramai-ramai."Mbahahaaaa....pelaburan semua ni.Mana tau esok-esok cik yani tua takde orang nak jaga at least dalam ramai-ramai tu kot ada sorang yang kenang budi pon jadik laaa.. huhuuuu.Lepas makan, balik. Sampai rumah pukul 12.Kemas apa patut, tacap muka sikit terus lompat atas katil.Tak sempat kunci alarm mata dah pejam.zzzzzz

Penat tak baca? Huhuu...itu semua dalam sehari.Kebanyakan hari cik yani macam tu la.Seorang surirumah yang bekerja.Kat rumah ada kerja kat rumah,kat opis kerja kat opis.Meniaga lagi satu bab. Dulu masa awal-awal kerja lagik dasat.Pergi kerja bawak Irsyad dengan Idham.Yang lain semua dah sekolah. Banyak betul ragam budak berdua ni.Dengan kacau staff nya, tutup plag pc masa cik wan tengah guna,nak makan,nak susu,nak berak,nak tidor,nak iPad.Huishhh...stresss!!!

Dah la bangun awal pagi,masak bekal anak,kemas umah,jaga anak..kat opis pon kena beperang dengan anak.Memang kalau tak kental jiwa tu nangis ari-ari tau.Tapi sebab cik yani rok kann..so kool jee laa..Acah jee...mana ada kool. Terus jadik panas baran.

Last-last cik wan jumpa solusi.Naim dengan Inas dah tak payah fetch.Balik naik van.Terus ke transit. Masa cik yani nak masuk opis hantar Idham dengan Irsyad kat transit yang sama.Iman dengan Izzah memang dengan nenda dia,So kat opis cik yani dah boleh fokus. Cik yani mmasuk opis pukul 3.Pagi tu buat dulu kerja yang patut kat rumah.Tapi sekarang mudah lagi.3 kali seminggu ada partime maid datang kemas rumah.Barulaa nampak rupa rumah sikit.Hehehee...

Memang penat.Jadi surirumah yang bekerja sambil meniaga ni.Tapi insya Allah berbaloi. Next entry boleh cerita kenapa berbaloi lak kan..sekarang cik yani nak siap-siap balik rumah lak.See ya!!

budak ni laa yang selalu buat cik yani membakar lemak tanpa senaman!!

ni aksi manja dia kacau meja cik yani...grrrrrr







Wednesday, 4 February 2015

Izzah yang cantik

Bismillah..

Kalini cerita macam ada sikit touching. Anak ke dua cik yani namanya Izzah. Dilahirkan berkulit sama kaler dengan cik yani dan cik wan.. hitam manis (sah sahlaa mak pak hitam manis kaann)

Dari darjah satu ramai kawan usik Izzah.Ada yang panggil Izzah india la..negro laa.Tapi cik yani selalu ingatkan dia bahawa.. "takpe..diaorang bukan ejek Izzah..diaorang ejek ciptaan Allah sebab Allah yang ciptakan Izzah".Jadik Izzah tak berapa kisah sangat dengan ejekan kawan-kawan dia.Lagipon masa darjah satu Izzah penolong ketua darjah.Cikgu ramai yang sayang kat dia.Setiap kali perjumpaan guru dan ibubapa mesti cikgu-cikgu puji Izzah sebab Izzah rajin dan bijak.

Kemudian sewaktu darjah 2 cikgu buat election nak pilih ketua kelas dan penolong.Izzah juga one of the candidate. Tiba-tiba masa vote tu ada sorang budak lelaki dia cakap kuat-kuat "woi..jangan pilih Izzah...Izzah hitam" kemudian satu kelas ketawa. Izzah balik dengan perasaan kecewa.Waktu dia cerita kat cik yani haritu pon memang cik yani boleh rasa kekecewaan dia.Lagi sekali cik yani bagi pengukuhan akhlak kat dia.. Ingatkan dia bahawa dia tu ciptaan Allah..tak ada apa yang perlu dikecewakan. Masa tu cik yani boleh nampak wajah dia berubah..macam  sedikit terubat. Kanak-kanak kan mudah lupa.. Jadi mudah je Izzah lupakan apa yang dia lalui. Itu sangkaan cik yani laa...Dalam hati dia..dia je yang tau.

Terkini di waktu Izzah darjah 3..Isnin lepas (2 feb 2015) waktu cik yani ambil mereka balik sekolah Izzah mengadu.. "mama..tadi Izzah betul-betul rasa nak menangis.Afrina cakap esok Izzah sambut Thaipusam laa..Dia kan india..habis satu kelas ketawakan Izzah" berderau darah cik yani.Nak tau kenapa..Afrina tu one of Izzah punya bestfiriend!! Bestfriend apa buat kawan macam tu? Kesian anak cik yani! Geram betul hati ni!! Belum habes geram tiba-tiba Izzah cakap "Izzah rindu Aina la maa...Ramai-ramai kawan Izzah Aina sorang jee yang tak pernah ejek Izzah..Izzah rasa dia jee kawan Izzah yang sebenar" huhuhuuu...makiin touching cik yani tauuu...Aina tu dulu jiran kami.Dia dah kawan dengan Izzah sejak umur 5 tahun.Kemudian masuk darjah 1 dan 2 mereka sekelas.Walaupon tak berjiran lagi tapi mereka tetap kawan baik sampai laa Aina pindah sekolah tahun ni.Memang kerap juga cik yani dengar Izzah sebut rindu Aina.Mungkin sebab kawan-kawan lain selalu ejek dia..dan Aina tak ejek.

Tapi cik yani tau..walaupon kawan-kawan dia selalu ejek tapi Izzah ada keluarga yang supportive. Pagi tadi sewaktu adik cik yani hantar Izzah ke sekolah adik cik yani pergi kelas Izzah..Dia carik Afrina tu.Kemudian dia "sekolahkan" si Afrina tu. Baru dia taauuu... jangan ingat senang-senang boleh ejek kawan macam tu. Tu belum kira abg Irfan dia pergi carik pulak Afrina tu..Abg Irfan ni anak adik cikk yani tadi.Dia memang pantang orang ejek adik-adik dia terutama Izzah.Pernah beberapa kali dia pergi jumpa budak yang ejek Izzah dan Iman. Sungguh gentleman!!

Satu hari cik yani terjumpa "surat" dari kakak Iman buat Izzah. Dalam surat tu kakak dia ada bagi ayat-ayat pujuk sikit.Antara yang cik yani ingat .. "walaupon ramai yang ejek Izzah hitam Izzah jangan risau..kitaorg semua sayang Izzah.Abaikan apa yang orang ejek.Izzah tetap adik akak yang cantik"
Huhuhuuu...touching ok cik yani baca surat kakak Iman.

Ok..cerita dah nak habis.Kalau ayat kelam kabut sorry ok..ni sambil curik tulang time keje.

Tapi yang cik yani nak tekankan kat sini adalah... didiklah anak kita..jangan biarkan mereka hina orang sekeliling.cik yani sering pesan kat anak-anak..jangan sesekali pandang kelemahan atau kekurangan orang lain sebab mereka tak diminta dilahirkan sebegitu..tapi Allah yang mencipta mereka begitu.Dan kalau anak kita pula mangsa ejekan kita kena kuatkan dalaman mereka.Pastikan mereka tak kecundang dengan ejekan dunia.Berilah akhirat di genggaman mereka.. Insya Allah ada ganjaran buat mereka yang sabar...