Berkelah di Lata Berangin

Bismillah..

Dah hampir seminggu cik yani dan anak-anak bercuti di rumah sewa baru mama di Guchil,Kuala Krai, Kelantan.Saja jee kami menghabiskan masa cuti yang panjang ni temankan mama kat sini memandangkan kawasan perumahan ini adalah kawasan baru dan belum ramai penghuni lagi. Last week kami sempat spend masa dengan tok ma dan tok abah (mak dan bapak mertua cik yani). Kemudian cik wan balik Puchong kerana tuntutan kerja.Selepas cik wan balik Puchong, cik yani dan anak-anak terus dok umah mama.

Selama di rumah mama, Iman, Izzah dan Irfan sering ikut nenda mereka ke masjid untuk mengikuti kuliah-kuliah agama.Bagus juga.Nampak ada yang mereka serap dan mereka nampak gembira sebab dapat ramai kawan.. Erkk..cik yani tak cerita lagi yea..kenapa mama dok kat Guchil ni? Tak pe..next entry cik yani cerita ehhh...

Malam tadi..cik yani dapat mesej dari cik wan..katanya dia dah ambil tiket nak balik sini malam tu jugak sebab dah tak keruan dok sensorang (kalau ikutkan cik wan sepatutnya balik sini Rabu/Khamis/ Jumaat depan).Tapi pesannya jangan bagitau anak-anak.Suprise konon..Bangun pagi tadi memang suprise laa anak-anak tengok cik wan dah ada kat sini kannn...

Pendekkan cerita,petang tadi cik wan bawak kami semua berkelah di Lata Berangin.Dah lama dah cik wan janji dengan anak-anak nak mandi air terjun.Jadi hari ini dia tunaikan janji dia.Sebelum pergi dia suruh cik yani google map jalan ke sana dulu.Kemudian dia mintak cik yani google macamana tempat tu.Cik yani pon gigih jee meng-google segala bagai kannn..

Hasilnyaa... tempat tu nampak cantik okkayyy...gambar-gambar dan review-review semua tahap lima bintang laa..Gambar air terjun dia memang meleleh air mata laa.Tempat tu dikatakan dalam 23km jee dari rumah mama ni.Kira-kira 20 minit perjalanan laa..

Dah siap semua kami pon mula jalan.Cik wan suruh cik yani buka waze.Lama tak kesana kan..saspen jugak dia.Takut sesat.Tetiba Waze kata "end location cannot detected" tapi dia tunjuk jugak jalan. Jalan punya jalan...keadaan makin pedalaman..signal handphone pon dah mula lemah..kemudian signal internet pon kurang..lepas tu hilang..cik wan berhenti kat sebuah gerai di kampung di situ.Kata makcik kedai tu.."dah dekat..dalam 4 batu jee..terus jee..lepas jambatan belah kiri dah boleh nampak"
Ok...konfiden,Tetiba cik wan tanya "yang..4 batu tu berapa km?" Haaa...nak nangis okkayy.. "mana I tauuu..kalau ikut km blh la agak..1 km 45 saat"

So..kami pon belasah la redah..Asal nampak jambatan kami intai kot nampak air terjun.Makin lama makin dalam.Dah nak sampai Chucuh Puteri.Cik wan kata ni dah salah ni..dah lepas jauh ni..Tetiba handphone cik yani berbunyi..Whatsapp masuk..notification FB masuk..wahh..full signal okkay internet dalam hutan ni ..not bad ehh Altel ni. Apa lagik cik yani pon guna google map carik Lata Berangin memandangkan Waze tak sudi nak tunjuk jalan.Sekali google map tunjuk yang kami dah terlepas dalam 12km...huhuhuuu...Jauh okkaayyy...Tetiba cik wan nampak kedai.Berenti lagi tanya..Abang kedai tu pon jawab "pusing balik lepas jambatan" Tapi tak la pulak dia cakap berapa batu kann..

Kami pon u turn ikut google map punya direction.Memang dia berenti "lepas jambatan" tapi kami tak nampak pon air terjun.Cik wan kata kena masuk dalam..Dalam tu jalan nyaa punyaaa laaa kecik..kalau selisih kereta tak tau laa macamana.Mau nangis cik yani tu..Makin dalam makin kecik.Tapi kami dah mula nampak sungai yang cantik.Excited betul.

Bila kami sampai kat kaki air terjun tu...Masya Allah...Subhanallah..Allahu akbar..Alhamdulillah... cantiknyaaaa.... memang cik yani tak berenti la puji Allah atas kecantikan alam ciptaannya itu.Rasanya 35 tahun hidup ini baru 2-3 kali kot cik yani tengok air terjun sebegitu cantik dan dekat. Melompat anak-anak tengok. Budak-budak ni baru kali pertama tengok air terjun pulak tu..Letak je bekal terus nak mandi.Tak menyempat-nyempat.

Cik wan bawak anak-anak yang besar dengan sepupu cik yani mandi kat air terjun.Dia dah pesan dengan anak-anak jangan jauh dari dia..takut arus air terjun laju..Cik yani main kat tempat toho dengan anak-anak yang kecik-kecik.Sebenarnya cik yani ni memang takut air sungai atau air laut. Gerun betul rasa.Tambahan pulak tadi waktu cik yani duduk dalam air yang paras betis Irsyad tu cik yani dok tenung air terjun tinggi yang tak berenti-renti tu.Rasa kerdil jee..Mula la terbayang kalau air terjun tu hempap cik yani laa..Nauzubillah... Terus cik yani istighfar panjang.Pandang anak-anak yang tengah seronok tu..tadah tangan doa kat Allah minta pelihara kami sekeluarga. Belum puas rasanya membesarkan anak-anak ini.Kemudian cik yani doa minta ampun pada Allah..rasa banyak sangat dosa..kemudian mula berzikir..Bila kita berada dalam ciptaan Allah yang hebat ini memang kita rasa kerdil dan Allah Maha Berkuasa.Masa ini sangat sesuai untuk bermuhasabah diri..

Kami pulang jam 5.30.Kiranya kami ber-rehlah tu lebih kurang sejam setengah jee...Semasa kami nak naik siap tadi tiba-tiba Naim jatuh celah batu. Cik yani memang panik la..Tengok pulak dia tenggelam timbul macam tu..Menjerit-jerit cik yani panggil cik wan.Kena pulak dia dah mula ikut arus.Cik wan berlari kejar nak dapatkan dia.Tiba-tiba tengok cik wan sengih.Lega sikit hati ini.Tempat Naim jatuh tu toho jee.tapi berarus.Naim bernasib baik sebab dia pakai seluar jeans dan seluar dia tersangkut kayu.Kalau dia pakai seluar nipis mungkin seluar tu dah tercabut dan Naim dah jauh di bawa arus. Alhamdulillah... Legaaaaaa... (Budak ni memang suka tau buat mama dia saspen)

Ok..sebelum habis cik yani nak buat rivew jugak laa...Untuk tempat mandi dan sungai tu memang boleh dapat 10 bintang..Memang cantik dan best nak mandi.Tapi tang kebersihan ini yang fail sikit.. Tempat perkelahan dia agak kotor.Mereka yang datang berkelah tinggalkan sampah merata-rata..Tak berkutip.Tang ni mungkin pihak perbandaran boleh datang buat pemantauan.Kemudahan tandas pon tak ada. Pandai-pandai laa sendiri :)

Jomm...tengok gambar pulak..

Jalan masuk...punya laa sempit
Air terjun nya...Masya Allah...cantik


Ehh...lupa pulak..dalam perjalanan balik tadi cik wan ikut jalan lain.Dia ikut Kg Termaling.Memang nampak macam kampung pedalaman yang biasa-biasa je..Jalan sempit..rumah-rumah kampung,dusun-dusun buah.Tapi yang berjaya menambat hati cik yani adalah pemandangan sebuah jambatan.Cik wan kata jambatan ni dulu jambatan gantung tapi sekarang dah bersimen.Yang menarik nua anak-anak kampung mandi kat sungai kat jambatan tu macam comel jee...tengok ehhh...

Dulu jambatan gantung
 
Gambar ni masa tengah lalu atas jambatan tu..seronoknya tengok... :)

Post a Comment

Previous Post Next Post