Friday, 5 December 2014

Trip ke Bukittinggi, Padang : Part Cycling

Bismillah...

Pada 21 November 2014 sampai ke 24 november 2014 cik yani ikut cik wan dan kawan-kawan dia pergi ke Bukittinggi, Padang. Actually cik wan ada aktiviti berbasikal di sana.Cik yani tumpang jejalan jee..Asalnya nak bawak semua anak-anak..tapi memandangkan bajet tak berapa nak ada maka kami bawak Inas dan Irsyad jee... Melelehh jugak nak tinggalkan anak-anak..Huhuuu... (Tak pee..daddy kata next trip semua pergi okkayy)

Dalam entry cik yani kalini cik yani tak ada story best nak diceritakan kecuali gambar-gambar cik wan berbasikal. Jelesss tau tengok gambar cik wan dengan kawan-kawan dia...Pemandangan tempat diaorang cycling tu cantikkkk sangatt... Cik yani pulak dok tunggu diaorang kat hotel.Nasib baik hotel tu dekat dengan tempat shopping dan ada Kak Ayu teman kami.Kalau tak konfem boring gaban punya.. (Kat next entry nanti cik yani cerita tentang Kak Ayu dan juga aktiviti cik yani pula yea.. Oh yeeaa... sebelum cik yani lupa..gambar-gambar kat bawah ni semua ihsan daripada Abg Aftaz, suami kak Ayu...dia yang snap semua gambar ni dan kak Ayu hantar kat cik yani melalui FB..Thank you Kak Ayu.. Thank you Abg Aftaz :)

Cik yani memang tak ada cerita nak cerita sebab cik wan tak sempat lagik nak cerita tentang tempat yang dia pergi tu.Kat sana cik wan mengayuh dua hari suntuk..dari pagi ke petang.Hari pertama mengayuh balik lewat petang,jadi malam tu sempat la keluar makan dengan kami.Sampai hotel penat..terus tidor..no story :( Hari kedua balik lewat..Lebih kurang jam 9.30 malam baru sampai..balik penat..packing basikal lak sebab esok nya nak balik Malaysia dah..jadi still no story :( :( Balik Malaysia sibuk kerja pulak...sampaiiii harini no story T_T

So..kita cekitouttt laa gambar nya ehhh

ini startinng point katanya... belakang tu Jam Gadang.. gambar ni tak jeles sebab dekat dengan hotel.. >.<




Tayang macho nampakkk... okkay cik yani dah mula jelesss....nampak tak alam yang cantik tu?? hohh!!

Bersama rakan seperjuangan dari tanah air


Ini jawapan kenapa ada banyak basikal pada gambar sebelum ni..rakan dari negara jiran


Eksyen betul depang-depang tangan dapat daki gunung pakai basikal... huhuhuuu


Ni tempat bersejarah..Lobang Jepang..katanya dekatt jeee dengan hotel kami taapiii cik yani tak sempat nak pergi ponn T_T


Makan hati tengok tasik tuuu.... huhuuuu...


Ni Air Terjun Lembah Harrau... katanya takyah terjun pon basah dengan tempiasnya..Sejuk lak tu

Awwww....sereeemmmm ahkak....
hmmmm (malas nak tulis apadah)

Ni pon hmmmmm jugakkk

ni laaggikkk laaa hmmmm...

Suka betul tunjuk-tunjuk gunung gitteww


Ini kilang kopi..titik.

Baiklahh...buat pecinta alam sejagat..nahh...cik yani belanja gambar alam tempat mereka berbasikal.. dengan ucapan....next trip kompomm cik yani nak berderat puas-puass....




Sikit-sikit dah laa...kang ada yang menaip sambil lap air mata..Lepastu tau-tau kang terrrrr beli tiket flight la kangg..huhuu. Nasib baik laaa ada gambar-gambar bukti yang mereka mengayuh... kalau takkk boleh mendatangkan cemburu tauuu dihati nurani cik yani ni





Best kannn.....sekarang cik yani nak buat plan nak repeat balik trip ke sana tapi kalini tak mau ikut orang yang nak gi cycling tapi kita kena dok hotel. Cik yani pon nak jenjalan gakk...
So my dear readers...I'm sooo sorryy...kalini takde cerita...biar gambar jee yang cerita...mudah-mudahan next time cik yani boleh cerita tenatang tempat-tempat yang seperti gambar di atas..

Last..buat not least..nahh ini lah dia rakan seperjuangan cik wan dari Malaysia...Dan terima kasih lagik sekali buat Abg Aftaz dan Kak Ayu untuk gambar-gambar yang cantik dan pengalaman yang menarik :)

Dari kiri : my hero cikwan, Mail,Abg Marwan, Abg Aftaz .. (pstt...diam tak diam dah 13 thn dah kenal dengan Mail n Abg Marwan ni kannn cikwan kannn)




























Monday, 22 September 2014

Berkelah di Lata Berangin

Bismillah..

Dah hampir seminggu cik yani dan anak-anak bercuti di rumah sewa baru mama di Guchil,Kuala Krai, Kelantan.Saja jee kami menghabiskan masa cuti yang panjang ni temankan mama kat sini memandangkan kawasan perumahan ini adalah kawasan baru dan belum ramai penghuni lagi. Last week kami sempat spend masa dengan tok ma dan tok abah (mak dan bapak mertua cik yani). Kemudian cik wan balik Puchong kerana tuntutan kerja.Selepas cik wan balik Puchong, cik yani dan anak-anak terus dok umah mama.

Selama di rumah mama, Iman, Izzah dan Irfan sering ikut nenda mereka ke masjid untuk mengikuti kuliah-kuliah agama.Bagus juga.Nampak ada yang mereka serap dan mereka nampak gembira sebab dapat ramai kawan.. Erkk..cik yani tak cerita lagi yea..kenapa mama dok kat Guchil ni? Tak pe..next entry cik yani cerita ehhh...

Malam tadi..cik yani dapat mesej dari cik wan..katanya dia dah ambil tiket nak balik sini malam tu jugak sebab dah tak keruan dok sensorang (kalau ikutkan cik wan sepatutnya balik sini Rabu/Khamis/ Jumaat depan).Tapi pesannya jangan bagitau anak-anak.Suprise konon..Bangun pagi tadi memang suprise laa anak-anak tengok cik wan dah ada kat sini kannn...

Pendekkan cerita,petang tadi cik wan bawak kami semua berkelah di Lata Berangin.Dah lama dah cik wan janji dengan anak-anak nak mandi air terjun.Jadi hari ini dia tunaikan janji dia.Sebelum pergi dia suruh cik yani google map jalan ke sana dulu.Kemudian dia mintak cik yani google macamana tempat tu.Cik yani pon gigih jee meng-google segala bagai kannn..

Hasilnyaa... tempat tu nampak cantik okkayyy...gambar-gambar dan review-review semua tahap lima bintang laa..Gambar air terjun dia memang meleleh air mata laa.Tempat tu dikatakan dalam 23km jee dari rumah mama ni.Kira-kira 20 minit perjalanan laa..

Dah siap semua kami pon mula jalan.Cik wan suruh cik yani buka waze.Lama tak kesana kan..saspen jugak dia.Takut sesat.Tetiba Waze kata "end location cannot detected" tapi dia tunjuk jugak jalan. Jalan punya jalan...keadaan makin pedalaman..signal handphone pon dah mula lemah..kemudian signal internet pon kurang..lepas tu hilang..cik wan berhenti kat sebuah gerai di kampung di situ.Kata makcik kedai tu.."dah dekat..dalam 4 batu jee..terus jee..lepas jambatan belah kiri dah boleh nampak"
Ok...konfiden,Tetiba cik wan tanya "yang..4 batu tu berapa km?" Haaa...nak nangis okkayy.. "mana I tauuu..kalau ikut km blh la agak..1 km 45 saat"

So..kami pon belasah la redah..Asal nampak jambatan kami intai kot nampak air terjun.Makin lama makin dalam.Dah nak sampai Chucuh Puteri.Cik wan kata ni dah salah ni..dah lepas jauh ni..Tetiba handphone cik yani berbunyi..Whatsapp masuk..notification FB masuk..wahh..full signal okkay internet dalam hutan ni ..not bad ehh Altel ni. Apa lagik cik yani pon guna google map carik Lata Berangin memandangkan Waze tak sudi nak tunjuk jalan.Sekali google map tunjuk yang kami dah terlepas dalam 12km...huhuhuuu...Jauh okkaayyy...Tetiba cik wan nampak kedai.Berenti lagi tanya..Abang kedai tu pon jawab "pusing balik lepas jambatan" Tapi tak la pulak dia cakap berapa batu kann..

Kami pon u turn ikut google map punya direction.Memang dia berenti "lepas jambatan" tapi kami tak nampak pon air terjun.Cik wan kata kena masuk dalam..Dalam tu jalan nyaa punyaaa laaa kecik..kalau selisih kereta tak tau laa macamana.Mau nangis cik yani tu..Makin dalam makin kecik.Tapi kami dah mula nampak sungai yang cantik.Excited betul.

Bila kami sampai kat kaki air terjun tu...Masya Allah...Subhanallah..Allahu akbar..Alhamdulillah... cantiknyaaaa.... memang cik yani tak berenti la puji Allah atas kecantikan alam ciptaannya itu.Rasanya 35 tahun hidup ini baru 2-3 kali kot cik yani tengok air terjun sebegitu cantik dan dekat. Melompat anak-anak tengok. Budak-budak ni baru kali pertama tengok air terjun pulak tu..Letak je bekal terus nak mandi.Tak menyempat-nyempat.

Cik wan bawak anak-anak yang besar dengan sepupu cik yani mandi kat air terjun.Dia dah pesan dengan anak-anak jangan jauh dari dia..takut arus air terjun laju..Cik yani main kat tempat toho dengan anak-anak yang kecik-kecik.Sebenarnya cik yani ni memang takut air sungai atau air laut. Gerun betul rasa.Tambahan pulak tadi waktu cik yani duduk dalam air yang paras betis Irsyad tu cik yani dok tenung air terjun tinggi yang tak berenti-renti tu.Rasa kerdil jee..Mula la terbayang kalau air terjun tu hempap cik yani laa..Nauzubillah... Terus cik yani istighfar panjang.Pandang anak-anak yang tengah seronok tu..tadah tangan doa kat Allah minta pelihara kami sekeluarga. Belum puas rasanya membesarkan anak-anak ini.Kemudian cik yani doa minta ampun pada Allah..rasa banyak sangat dosa..kemudian mula berzikir..Bila kita berada dalam ciptaan Allah yang hebat ini memang kita rasa kerdil dan Allah Maha Berkuasa.Masa ini sangat sesuai untuk bermuhasabah diri..

Kami pulang jam 5.30.Kiranya kami ber-rehlah tu lebih kurang sejam setengah jee...Semasa kami nak naik siap tadi tiba-tiba Naim jatuh celah batu. Cik yani memang panik la..Tengok pulak dia tenggelam timbul macam tu..Menjerit-jerit cik yani panggil cik wan.Kena pulak dia dah mula ikut arus.Cik wan berlari kejar nak dapatkan dia.Tiba-tiba tengok cik wan sengih.Lega sikit hati ini.Tempat Naim jatuh tu toho jee.tapi berarus.Naim bernasib baik sebab dia pakai seluar jeans dan seluar dia tersangkut kayu.Kalau dia pakai seluar nipis mungkin seluar tu dah tercabut dan Naim dah jauh di bawa arus. Alhamdulillah... Legaaaaaa... (Budak ni memang suka tau buat mama dia saspen)

Ok..sebelum habis cik yani nak buat rivew jugak laa...Untuk tempat mandi dan sungai tu memang boleh dapat 10 bintang..Memang cantik dan best nak mandi.Tapi tang kebersihan ini yang fail sikit.. Tempat perkelahan dia agak kotor.Mereka yang datang berkelah tinggalkan sampah merata-rata..Tak berkutip.Tang ni mungkin pihak perbandaran boleh datang buat pemantauan.Kemudahan tandas pon tak ada. Pandai-pandai laa sendiri :)

Jomm...tengok gambar pulak..

Jalan masuk...punya laa sempit
Air terjun nya...Masya Allah...cantik


Ehh...lupa pulak..dalam perjalanan balik tadi cik wan ikut jalan lain.Dia ikut Kg Termaling.Memang nampak macam kampung pedalaman yang biasa-biasa je..Jalan sempit..rumah-rumah kampung,dusun-dusun buah.Tapi yang berjaya menambat hati cik yani adalah pemandangan sebuah jambatan.Cik wan kata jambatan ni dulu jambatan gantung tapi sekarang dah bersimen.Yang menarik nua anak-anak kampung mandi kat sungai kat jambatan tu macam comel jee...tengok ehhh...

Dulu jambatan gantung
 
Gambar ni masa tengah lalu atas jambatan tu..seronoknya tengok... :)

Sunday, 30 March 2014

"Adat" yang semakin dilupakan

Bismillah...

Semalam dan hari ini cik yani agak busy.Al maklum meraikan majlis perkahwinan sepupu perempuan cik yani.Alhamdulillah... sudah jadi milik orang sepupu cik yani yang sorang tu..Rasa macam baru jee semalam cik yani main-main dengan dia.

Bila anak gadis dah jadi milik orang, yang paling beremosi agaknya emak laa kott..Hehe..cik yani tak tau sebab belum ada pengalaman.Tapi cik yani boleh nampak laa...semalam dan hari ini pakcik cik yani pula yang agak nervous berbanding makcik cik yani.(Atau..makcik cik yani buat-buat kool nak cover perasaan dia??)Agak ketara sebab sepupu cik yani ni memang rapat dengan both parents dia.Juga adik beradik dia.Tadi adik perempuan dia nangis nak tinggalkan kakak dia lepas majlis bertandang :"(

Sebenarnya malam ni cik yani nak kongsi sesuatu.Nak kata adat..boleh la kot..sebab orang buat dari dulu.Tapi cik yani nak ingatkan yea..adat cuma sesuatu yang orang buat bukan perintah wajib dari Allah.Jadi yang baik boleh ambil yang tak elok boleh tinggalkan terus.Jaga aqidah dan iman..itu yang penting.

So..berbalik pada cerita asal..
Dulu..kalau lepas majlis perkahwinan,pengantin akan ambil cuti seminggu bukan untuk pergi honeymoon tapi untuk menziarahi saudara mara dan jiran tetangga.Cik yani ingat lagi.. masa tu cik yani masih bersekolah menengah.Jiran kami telah melangsungkan perkahwinan.Sehari selepas majlis tu cik yani tengok dia dah mula berjalan menziarahi jiran terdekat.Sambil memperkenalkan suaminya dia juga mengucapkan terima kasih kerana sudi membantu sewaktu majlis berlangsung.Punya laa menjaga hubungan kejiranan.Ini kerana dia tau tanpa jiran terdekat mungkin keadaan akan jadi agak rumit.

Kemudian cik yani diberitahu yang pengantin mula menziarahi saudara terdekat.Sama juga berkenalan dan ucapkan terima kasih.Selepas itu pengantin pulang ke kampung di Kedah untuk tujuan yang sama.Betapa laa pengantin menghargai bantuan dan kehadiran jiran serta saudara mara.

Sepuluh tahun yang lalu,sewaktu cik yani menikahi cik wan, kami juga ada melawat pakcik makcik cik yani.Kemudian apabila kami balik kampung cik wan mak cik wan bawa kami menziarahi dan berkenalan dengan saudara mara cik wan.Cuma..apa yang cik yani tak buat adalah...menziarahi jiran. Tak baik kann..padahal jiranlah yang bertungkus lumus membantu sewaktu majlis berlangsung.Sebenarnya cik yani malu sebab cik yani generasi yang tak rapat dengan jiran.

Masa berlalu..semakin ramai yang dah melangsungkan perkahwinan.Jadi semacam adat di keluarga sebelah cik yani..Lepas majlis perkahwinan, pakcik cik yani (chief family) akan menganjurkan majlis taaruf.Tujuannya agar keluarga semua dapat berkenalan dengan pasangan pengantin.Majlis ni memang seronok.Sebab kekadang kami akan "mengenakan" pengantin dan pengantin pun akan tersipu-sipu di usik oleh kami.Memang seronok dan berjaya merapatkan kami dengan orang baru dalam keluarga.

Cuma yang cik yani tak pasti masih ada lagi tak "adat" menziarahi jiran dan saudara mara sambil ucapkan terima kasih.Mungkin ada yang beranggapan selepas majlis taaruf kita dah saling berkenalan jadi tak perlu lagi menzirahi.Cuma cik yani rasa menziarahi sambil ucap terima kasih macam ada nilai sentimental yang tersendiri.Orang yang diziarahi akan rasa istimewa dan dihargai apabila di ziarahi dan dapat personally ucapan terima kasih tersebut.Cik yani tahu,sebagai saudara dan jiran apabila kita bantu kerja kahwin sebenarnya kita langsung tak harapkan balasan.Jadi sebagai pengantin yang diraikan pandai-pandailah kita menghargai usaha mereka.

Alamakk...terpanjang pulak.Sebenarnya post ni bukan untuk di"hidup"kan semula adat menziarahi.Sekadar mengingatkan diri sendiri dan anak-anak nanti betapa pentingnya menjaga ukhwah.Al maklum..generasi sekarang generasi "busy memanjang".Sampaikan kadang-kadang nak balik kampung jumpa mak pon tak sempat..apatah lagi berukhwah dengan jiran dan saudara mara kann...Hehehee...Jangan terasa yea :)

 

Sunday, 23 March 2014

Siti Khairulnadzrah (15 jun 1982-31 jan 2014)

Bismillah...

(Semoga Allah beri kekuatan buat cik yani semasa meriwayatkan kisah ni)

Malam ni cik yani nak kongsi kisah Allahyarham Siti Khairulnadzrah binti Tajuddin.Dia merupakan adik perempuan cikyani..anak ketiga dari 5 beradik.Dia telah pergi menemui penciptanya pada usia yang sangat muda...31 tahun dan belum mendirikan rumahtangga.

Kami adik beradik memanggilnya sebagai JJ dan anak-anak saudara memanggilnya ma-jj. Dalam adik beradik dia sentiasa mengasingkan dirinya.Dia lain dari kami berempat. Pendiam dan tak suka ambil tahu hal orang.Semoga apa yang cik yani nak kongsikan ini mendapat manfaat buat kita semua, insya Allah.

Hampir setahun yang lalu,
Keadaan kesihatan JJ merosot.Dia sering batuk yang berpanjangan.Puas ke hospital dan klinik.Doktor cakap tak sakit apa-apa.Banyak kali buat ujian darah dan x-ray tapi result tetap sihat. Tapi batuknya tak surut malah selalu semput bila batuk
Akhirnya JJ dah tak kuasa nak ke hospital.Bila rasa sakitnya menjadi dia akan cuti kerja dan tidor bersendirian di rumah.Paling tidak dia akan ke klinik homeopathy dan ambil ubat.Berbulan-bulan JJ tak tidor baring.Sebab bila baring dia akan batuk tak berhenti.

Dalam pada itu badan nya makin kurus dan kulitnya ditumbuhi kudis yang banyak.
Sewaktu dia sedang sakit ini kami perhatikan dia banyak berubah.Dia dah tak bergaul dengan orang.Tak bercakap benda yang bukan-bukan.Mula nak ikut kami bercuti (Dia sempat ikut mama ke Sarawak dan join Family day company adik cik yani di PD serta ke Cameron Highland dengan adik cik yani).Masanya banyak di habiskan di rumah.Facebook nya banyak berunsur nasihat.Dan lebih kurang 3 bulan sebelum dia meninggal dunia dia sempat meminta semua kawan-kawannya memadamkan gambarnya di Facebook.Dan dia sendiri mula memadamkan gambarnya di Facebook. Dua minggu sebelum meninggal pula dia minta maaf dengan semua orang dan de-activate akaun Facebooknya.

Tak sedap hati.Awal bulan 12 mama cik yani bawak JJ jumpa ustaz Sarhan.Akhirnya kami tahu punca JJ sakit.Ustaz kata JJ di racun melalui makanannya hampir setahun yang lalu. Dan racun tersebut sangat kuat dan sedang memakan organ dalaman JJ.Mama kecewa sebab tak perasan hal tersebut. Mama bawa pula JJ berjumpa Ustaz Yunus (ustaz tahfiz)..juga hal yang sama.Katanya sihir ini kuat dan dihantar melalui makanan.Mama taknak putus asa.Terus berubat.(Waktu ini kami baru teringat yang setahun lalu JJ naik pangkat menjadi Head of Department dan selalu cerita ada orang tak suka dia naik pangkat)

Tapi keadaan JJ makin sakit.Dalam sebulan kesihatannya turun mendadak.Dia dah tak mampu nak pandu kereta,tak boleh berjalan laju, tak mampu nak bangun sendiri.Tapi dia masih pergi kerja.Masih mengaji dan masih solat macam biasa.Cuma dia perlukan bantuan kami untuk papah dia.Sikit pun dia tak merungut.Waktu itu hati cik yani bagai disiat-siat bila tengok keadaan dia.Bayangkan...adik yang gemuk dan sihat menjadi begitu kurus dan sakit.Rambutnya gugur dan hampir botak.

29 januari 2014
Cik yani dan cik wan nekad bawak JJ dan mama ke Segamat untuk berubat dengan ustaz Sanip (ustaz ni yang ubatkan cik wan masa disihir dulu). Ustaz sanip terkejut tengok keadaannya.Kuku JJ dah mula membiru.Kata ustaz..JJ di santau melalui makanan.Dan racunnya sudah memakan organ dalaman JJ.Dia tak boleh nak terus tarik racun tersebut sebaliknya kena ubat dulu organ yang luka.Lalu di bagi ubat dan disuruh datang lagi Sabtu nanti.Kami terus balik KL sebab JJ tak larat.Sepanjang jalan JJ pegang tangan mama.Sesekali dia peluk mama dan minta mama jangan tinggal kan dia.Mama pesan padanya..."berhenti fikir siapa yang meracuni dan redha laa...Kita redha dan sedia..Mama taknak JJ bankrap di akhirat nanti".JJ cuma angguk dan kata dia dah redha.

30 Januari 2014
Awal pagi cik yani dah sampai rumah mama nak jenguk JJ.Dia sedang duduk di sofa.Dia minta cik yani belanja dia Shake Herbalife.Cepat-cepat cik yani keluarkan sebotol Shake yang belum buka untuk dia.Hari itu dia minum Shake sampai 4 kali.Suka betul dia dan dia nampak sihat.Hati cik yani mula merasa lega.Hari itu juga ramai saudara mara yang datang melawat dia.Sampai ke tengah malam.Malam itu cik yani tidur di rumah mama temankan JJ.Sempat dia cakap "Ramai orang tengok aku.."cik yani tanya "Suka tak?" dia jawab "sukaa.." "sebab orang sayangkan kau"

31 Januari 2014 (JUMAAT)
Pagi itu JJ memang kelihatan sihat.Lepas solat subuh dia sempat tidur baring di katil mama.Hati cik yani sedikit lega sebab cik yani sangka kan dia dah tak sakit dan boleh tidur baring.Dan tidurnya nampak lena.Pagi itu pakcik dan makcik kami ramai yang datang melawatnya.
Bila semua orang dah balik tengahari itu dia masuk bilik mama.Nak tidur katanya.Dia cakap kat mama dia mengantuk sangat.Dan nak tidur jee...Zuhur..mama kejutkan JJ bangun solat.Lepas wudhu dia hampir tertidur dalam telekungnya sebelum memulakan solat.Kemudian mama kejut dia perlahan-lahan...cik yani dan mama menemaninya solat..bacakan bacaan solat supaya dia dengar dan tak tertidur,Usai solat dia tertidur lagi.Kemudian mama kejutkannya lagi dan minta dia bersiap sebab dia kena jumpa ustaz untuk berubat.Dia bangun dan bersiap.Kemudian dia tertidur lagi sewaktu berdiri tunggu di papah ke kereta.
Jam 4 petang mereka pulang.Terkocoh-kocoh mama masuk rumah mintak cik yani tolong angah papah JJ kerana dia tak mau turun.Katanya mengantuk yang amat sangat.Cik yani pergi ke kereta tengok JJ dalam keadaan mengah.Matanya separuh terbuka.Mulutnya asyik beristighfar.Kami cuba memapah JJ ke dalam rumah tapi kakinya lembik dan berat.Sewaktu azan asar keadaannya sudah separuh sedar.Adik lelaki cik yani di panggil untuk bantu kami angkat JJ.Kemudian JJ dibaringkan di sofa.Masih mencungap.Sesekali tangannya memegang pusat.Cik yani segera berwudhuk dan solat asar.Manakala angah menjaganya dan mengajarnya mengucap.Kemudian kami bergilir...angah dan mama solat cik yani pula jaga JJ.Usai solat mama peluk JJ.Ajar JJ mengucap.JJ ikut.Kemudian JJ sperti tidur dalam pelukan mama.Kami sangka kan JJ tidur.Tiba-tiba adik lelaki kami perasan..JJ tidur senyap...sedangkan JJ tidur berdengkur kuat.Waktu itu baru kami tahu JJ dah tak ada.Dan tadi...dia nazak.Kami gagal papah dia kerana rohnya dah ditarik dari kaki kerana itu kakinya berat.Dan dia memegang pusat kerana waktu itu rohnya sedang di tarik di pusat.Tapi kami langsung tak perasan tanda tersebut.Mungkin kami memang tak jangka kan dia akan pergi waktu itu.

Kami adik beradik segera menguruskan jenazahnya.Ambulans di panggil untuk megesahkan kematiannya.Suami cik yani dan adik ipar lelaki segera uruskan laporan polis dan masjid.Mama minta JJ tak dibawa ke hospital untuk post mortem. Awalnya polis agak keberatan untuk menunaikan permintaan mama memandangkan JJ masih muda dan meninggal di rumah.Tapi entah macamana lepas mama solat hajat dan doa akhirnya polis tersebut setuju untuk tidak membawa JJ ke hospital untuk di post mortem.Dia akhirnya cuma mengambil gambar JJ.

Sewaktu polis nak ambil gambar JJ, angah diminta membuka anak tudung yang menutupi dahi JJ.Waktu itu angah benar-benar terkejut kerana dahi JJ masih berkeringat halus.Angah memang tak tertahan air mata waktu itu.Kami tahu JJ syahid kecil kerana dia dianiaya dan dia redha.

Van jenazah sampai sebaik sahaja kami selesai solat maghrib.Cik yani menemani JJ dalam van jenazah.Van tersebut sangat selesa dan baru cik yani tahu itu adalah van baru dan baru hari pertama van itu berkhidmat di masjid As Shakirin,Puchong Utama.

Sewaktu memandikan JJ satu lagi perkara ajaib berlaku.Kudis-kudis di badannya hilang sebaik sahaja terkena air.Subhanallah..memang cik yani kagum dengan apa yang Allah nak tunjukkan.Tiba-tiba cik yani teringat kata ustaz Sarhan..kudis itu adalah kesan racun sihir dalam badannya.Ketua kumpulan yang memandikan JJ cakap JJ cantik dan senang dimandikan serta wangi.Memang senang.Tak ada kotoran mahupun najis.Kukunya kemas bersih.Wajahnya segar seperti tidur.

Kemudian dia dibawa ke kubur.Cik yani,angah dan mama mengiringinya dalam van jenazah yang baru dan selesa itu.Walaupun JJ tidak bersuami tapi dia sangat bertuah.Adik lelakinya sendiri yang mengimami solat jenazahnya.dan adik-adik lelakinya (termasuk seorang adik lelaki sebapa tapi lain ibu) jugalah yang memasukkan JJ ke liang lahad.Sempat cik yani dengar salah seorang dari orang masjid tersebut berkata "Alhamdulillah...kuburnya banyak lebihan ruang"

Jam 1.50 pagi kami semua dah sampai semula ke rumah.Urusan pengebumian JJ berjalan lancar dan cepat.Alhamdulillah....

Beberapa hari kemudian...cik yani terbaca ciri-ciri husnul khatimah
1. Sempat mengucap
2.Meninggal di hari Jumaat
3.Dahi berkeringat
4.Orang berkata baik-baik perihalnya.

Dan akhirnya cik yani dapat tahu..
-Kata kawan pejabatnya...dia memang tak suka bercakap hal yang tak berfaedah.Waktu senggangnya banyak dihabiskan dengan mengaji Quran.
-Cik yani jumpa banyak notanya tentang isi Quran menunjukkan dia memang suka baca dan faham isi Quran
-Dia tinggal bersendirian..kadangkala mama temankan dia.Kata mama dia memang akan bangun seawal jam 5 pagi untuk solat sunat dan terus tunggu subuh.
-Dia banyak menghabiskan masa dan wangnya untuk menghiburkan mama
-Sepanjang sakit mama kata dia tak pernah merungut sebaliknya sering mengamalkan zikrullah dan membaca ayat quran untuk meredakan sakitnya.Malah kata mama dia juga tak pernah merungut kerana hidup dengan sebelah mata sepanjang hayatnya (matanya rosak akibat tercedera pada usia 6 tahun dan pada usia 12 tahun mata tersebut terpaksa dibuang)

Subhanallah...

Mungkin amalan-amalan inilah yang membuatkan dia husnul khatimah.Dan ini benar-benar memberi kesan pada cik yani dan angah sebagai kakaknya.Kami benar-benar rasa terpukul dan kami sedang berusaha untuk husnul khatimah sepertinya.

Ya Allah... ampunkanlah adik kami, Siti Khairulnadzrah.Tempatkanlah dia bersama hambamu yang beriman dan beramal soleh...Amiiinn...

(Cik yani sertakan gambar-gambar buku dan notanya untuk renungan bersama namun untuk menghormtinya cik yani takkan sertakan gambarnya)

nota pertama yang cik yani jumpa

macam dia tau..

Dia buat apa yang dia tulis


Hiasan biliknya
Lagi hiasan biliknya


koleksi buku-bukunya
Hadiah harijadi mama yang terakhir darinya