Tuesday, 24 December 2013

Kem Cuti Sekolah - Tamrin Ibadah Lillah

Bismillah

Pada 3 Disember 2013 yang lalu cik yani dan cik wan sepakat menghantar anak kami ke Kem Cuti Sekolah anjuran sepupu cik yani.Kem tersebut dinamakan sebagai Tamrin Ibadah Lillah.Istimewanya Tamrin ini adalah dibuat khusus untuk anak-anak cik yani dan anak-anak saudara serta seorang sepupu cik yani.Pesertanya cuma 7 orang dengan 2 orang fasilitator yang dipanggil Teacher Anis dan Teacher Raihana.

Selain dari untuk mengisi masa cuti anak-anak tujuan sebenar Tamrin ini adalah untuk mendidik anak-anak cara solat yang betul mengikut sunnah Rasulullah (s.a.w) dan juga membentuk akhlak yang mulia di dalam diri anak-anak.

Walaupon mereka ber-tamrin jauh dari keluarga (di Langat,rumah makcik cik yani) namun kami sentiasa dapat update aktiviti-aktiviti mereka melalui whatsapp dari makcik cik yani. Hehehe...tak sempat rindu pon..

Selepas 3 hari 2 malam berjauhan tibalah masa kami pergi menjemput mereka.Majlis penutup Tamrin tersebut agak meriah dengan kehadiran atuk,nenek,nenek-nenek saudara,atok-atok saudara,makcik, pakcik dan sepupu sepapat.Kami dihidangkan dengan sedikit persembahan nasyid dari anak-anak,kemudian penerangan melalui emcee (yang merupakan peserta Tamrin juga) mengenai tujuan dan aktiviti Tamrin tersebut.Akhir sekali peserta-peserta di beri sedikit cenderahati dan sijil oleh Teacher-teacher mereka.Jom kita tengok gambar sekitar Tamrin..

Subuh hari pertama.Bangun jam 5.30 pagi,solat subuh dan terus kuliah subuh 

beriadah lepas subuh
kuliah zuhur.. masa ni rasanya ramai yang dah mula "low-bat" :)
practical solat
saya dah mula lentokk..hehehe..Darin,anak sepupu cik yani,peserta paling muda,5 tahun.
minum petang ramai-ramai dalam talam..
practical solat lagi
outing..menikmati udara segar (macam jeles je tengok hijau-hijauan kat belakang tu)

main air panas
practice nasyid
Persembahan penutup yang comel :)
Alhamdulillah...comel je tengok mereka bernasyid.Macam-macam cerita menarik cik yani dengar sepanjang Tamrin tersebut.Maklum lah mereka ni pertama kali berjauhan dengan keluarga. :)

Apa yang cik yani boleh rumuskan setelah lebih 3 minggu program tersebut berlalu,cik yani rasakan yang program tersebut sebenarnya berjaya.Setiap kali waktu solat termasuk lah solat subuh, anak-anak akan berlumba-lumba untuk bangun solat diawal waktu.Mereka juga lebih banyak berzikir terutama setiap kali lepas waktu solat.Tertib solat, doa,cara duduk makan masih lagi diamalkan sama seperti diwaktu Tamrin.Kebetulan sepupu cik yani yang berusia 10 tahun tinggal bersama kami sejak awal cuti sekolah haritu, jadi semangat anak-anak cik yani sentiasa membara sebab seronok nak menunaikan kewajipan bersama Cik Ya mereka.Nama Teacher Anis dan Teacher Raihana juga sentiasa dibibir dan hati mereka.Mereka mengidolakan kedua-dua Teacher tersebut.

Cik yani doakan anak-anak ini istiqamah praktikkan ilmu yang mereka pelajari ini dan kelak menjadi orang yang tinggi ilmu agama dan baik pekerti.Harapan terakhir,cik yani mau anak-anak cik yani menjadi pendakwah walaupon cik yani tak pandai... Insya Allah :)

Monday, 23 December 2013

Sudah 10 tahun

Bismillah

Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Jumaat lepas bersamaan dengan 20 Disember 2013 genaplah usia perkahwinan cik yani dan cik wan 10 tahun!! Serius... macam tak percaya.. :)

Alkisah...13 tahun dulu kami satu tempat kerja.First impression cik yani kat cik wan cenggini : "adusss...poyo la mamat ni..semua tak tau..kata budak engineering tapi takkan pakai caliper pon tak tau kottt...aku budak animation je ni pon reti guna segala gauges nih" ... hahahaa... bajet pandai je masa tu..Rupa-rupanya dia sensaja buat-buat tak pandai..nak test power cik yani yang bajet-bajet pandai tu.. Kalau ingat memang kelakar..

Tak payah rewind banyak-banyak ehh...terus jek buat rumusan.Cik wan sebenarnya seorang kawan yang perihatin dan baik (walaupon selalu menunjukkan ke-poyo-annya).Bekerja bersama dengan cik wan sebenarnya menyeronokkan sebab dia ni pandai handle stress..tak macam cik yani yang tau nya nak melenting jee.. >.<

Part paling best dalam ingatan cik yani sepanjang bekerja dengan cik wan dia ni sangatla gentleman. Walaupon cik yani bukan steady girlfriend dia masa tu tapi dia memang protect cik yani kat tempat kerja kaw-kaw.Maklumlah kat tempat kerja kami banyak warga asing.Department kami pulak banyak lelaki dan working area kami memang ramai lelaki.Dia pernah la nak bertumbuk dengan seorang mamat driver forklift ni sebab mamat ni cuba mengancam keselamatan cik yani (oohhh my herooo... mbahahahaha).

Ok.Masa ni belum fall in love lagik.Dan satu hari keluarga cik yani buat kenduri.Cik wan dan seorang lagi kawan pejabat kami (abg herwan namanya) memang sungguh-sungguh la tolong keluarga cik yani masa kerja kenduri tu.Sampai pakcik cik yani ter-spot la dia.Hehehe... masa ni dah mula kena usik tapi wa steady beb!!

Satu hari dia ajak cik yani dan kawan-kawan lain datang rumah kakak dia sebab mak dia datang. Masa dia kenalkan kat mak dia sempatla dia cakap cenggini "Ma.. ni siti..nanti ma pergi rumah dia pinang dia ye" ...hahahaha...terkedu cik yani kauuuu....Tak lama lepas tu dia pulak pergi jumpa mak cik yani cakap nak kawin dengan cik yani.Memang kelakar kalau ingat...Kena interview..apesal nak kawin cepat-cepat dan sebagainya (orang tua mesti dah syak pelik-pelik punya..padahal dia dah istikharah banyak kali dan memang dia nak kawin dengan cik yani tahun tu jugak..hehehee)..

Bila dah approve..bagai nak rak kerja kumpul duit.Siang kerja,malam jual burger.Tak sempat dating.Jumpa mak bulan 6,bertunang bulan 8 nikah bulan 12 tahun 2003...Masa tu cik yani ni macam ye ke tak aku niii...bukan cinta hati ni..tapi cik yani ingat busu cik yani pesan.. "kalau kau nak kawan dengan lelaki tengok solat dia.Kalau dia lelaki yang jaga solat insya Allah dia lelaki yang baik". Cik yani pon hentam sajalaa sebab sepanjang sepejabat dengan dia cik yani perhatikan cik wan memang seorang lelaki yang jaga solat. :)

Alhamdulillah...10 tahun..bukan satu tempoh yang pendek..orang kata 5 tahun pertama tuh tempoh perkenalan kan..kemudian barulah tempoh memahami dan sebagainya.Serius...10 tahun ni macam-macam dugaan dah kami tempuh bersama.Dan Allah jadikan kami makin lama makin serasi buat masa ni..Merajuk,bergaduh,bermanja dah macam asam garam.

Cuma satu benda penting yang cik yani perasan dalam rumahtangga kami..
"9 tahun 11 bulan yang lalu cik yani tak habis-habis bertanyakan apa yang cik wan dah bagi pada cik yani dan ini membuatkan cik yani sentiasa tak puas hati dan tak bersyukur tapi sejak sebulan yang lalu cik yani tukar soalan itu kepada apa yang cik yani dah bagi kat cik wan dan ini juga membuat kan cik yani tak puas..tapi tak puas serve cik wan sebagai isteri solehah dan bersyukur dengan segala yang Allah kurniakan.Rupa-rupanya betul..ada istilah melengkapi"

Insya Allah lepas ni cik yani akan terus belajar untuk jadi isteri solehah dan yang penting cik yani kena istiqamah memaafkan cik wan setiap hari supaya hati cik yani ni tenang dan lebih bersyukur. Moga hubungan kami kekal ke akhir nya... :)

10 tahun...masa untuk refresh cinta supaya next year rasa macam baru setahun kawin :)