Friday, 14 June 2013

Tips : Tumpangkan anak kat mak

Bismillah...

Malam yang sunyi ni (sunyi laa cik wan tak ada-ke Bangkok), cik yani tetiba je dapat idea nak tulis entry seperti tajuk di atas. :) Entry ni terinspirasi dek kisah sendiri laa ni...

Nampak tak tajuk di atas : Tumpangkan anak kat mak...Cik yani gunakan perkataan "tumpang" sebab dulu cik yani ada baca satu buku, ustaz tu kata (tak ingat tajuk buku dan nama ustaz) : berdosa kita suruh mak kita jaga anak kita sebab dulu mak kita dah penat besarkan kita masa mudanya, takkan masa tuanya dia kena besarkan anak kita pulakkan..?? Unless kalau mak kita yang mintak nak jaga anak kita sebab nak manja-manja dengan cucu dia.Itupun kita kena tengok kelaratan mak kita sebelum kita decide nak bagik mak kita jaga anak kita.. Hmm... So.. Cik yani pon gunalaa perkataan "tumpang"- maksudnya bukan jaga terus tapi jaga kejap-kejap jee

Mama cik yani ada 12 orang cucu.Kalau ikutkan tak ada seorang pon yang kami adik-beradik minta mama jaga sebab kami semua ada baby-sitter sendiri.Cik yani sendiri cuma bekerja sampai jam 3 ptg, waktu anak2 sekolah, waktu tuh Inas dan Idham kami hantar ke baby-sitter.Adik cik yani yang kedua cuma ada 2 orang anak..sorang sekolah, sorang yang berumur 4 tahun di hantar ke play-school + daycare.Adik lelaki cik yani duduk kat Bangi.Anak dia kecil lagi,2 orang.Pon anak dihantar ke baby-sitter dan adik lelaki bongsu cik yani mempunyai 3 orang anak perempuan dengan 2 daripadanya kembar.Semua anak dihantar ke baby-sitter yang sama dengan anak cik yani. So kalau ikutkan memang laa mama cik yani boleh berehat-rehat dan berjalan kemana dia nak kaan..

Tapi disebabkan cucu mama ni memang agak manja dengan nendanya, maka kadang-kadang rumah mama penuh dengan cucu-cucunya.Sekali-sekala kami akan berkumpul ramai-ramai kat rumah mama (yang duduk dengan adik kedua).Anak adik kedua yang dihantar ke playschool ni namanya Yusuf..Most of the time Yusuf tak nak pergi sekolah sebab nak duduk dengan nenda.Kadang-kadang mak dia paksa tapi sebab yusuf ni ada ekzema, alasan kukuh untuk dia monteng. Adik bongsu cikyani pulak kawen dengan misi hospital.Jadik,jadual kerjanya shift.Kalau kena isterinya shift malam adik akan bawak anak-anak dia tidor rumah mama.Cik yani sendiri sekali-sekala ke hq atau kelas pon ada tumpangkan anak-anak yang besar kat mama sebab mereka dah pandai tak mau ikut sebab duduk dengan nenda lebih seronok dari ikut cik yani pergi kerja.Tapi anak yang kecil kami bawa (kalau boleh nak bawa semua jee) Manakala adik yang dok kat Bangi tuh sekali-sekala bila anak sulung dia sebut-sebut nak nenda dia akan hantar anak sulung dia ke sini.

So..disebabkan kami adik-beradik selalu laa jugak tumpangkan anak-anak kami kat umah mama, maka cik yani rasa cik yani dah nampak laa sikit tips apa yang harus kita buat bila kita nak tumpangkan anak-anak kita kat mak kita :)

1. Pastikan keadaan kesihatan mak kita dan masa dia - sebelum hantar anak untuk ditumpangkan kat mak kita tuh cuba kita tengok dulu, mak kita sihat tak, dia ada urusan lain tak..macam nak pergi mengaji ke, nak pergi masjid ke (sebab biasanya kalau dah peringkat mak-mak ni laa aktiviti mereka kan) .. Jangan pulak kita pergi tanya "mak sihat tak.free tak?.nak tumpang anak ni" Sebab hati seorang ibu memang takkan tergamak nak kecewakan anak dia..dia mesti jawab.."sihat.. hantarlaa" . Sebaiknya kita gunakan kepekaan kita.. sentiasa update kesihatan mak kita setiap hari dan tau jadual mengaji dia dan sebagainya..Mesti mak pon happy jee bila kita peka.Dia nak jaga anak kita pada waktu tertentu pon happy jeee. :)

2. Pastikan keperluan mak kita cukup masa kita tumpangkan anak kita - contoh: kalau kita tau dah ramai kat umah mak kita (macam keadaan rumah mama cik yani bila semua cucu berkumpul)  kita kenala peka tentang keperluan makan MAK kita dulu, baru anak-anak..kalau mak kita jenis suka masak (macam mama cik yani), make sure kat rumah dia ada lauk yang mencukupi untuk dia masak..Biasanya nenek memang suka masak untuk cucu-cucu specially kalau cucu-cucu tuh berkumpul sekali-sekala jee.. Keperluan sarapan pagi,minum petang pon mesti kena cek.Lagik sekali tips nya.. JANGAN TANYA tapi guna skill peka (ok..tang ni cik yani kalah sebab bila nak beli lauk je mesti nak tanya sebab tak tau nak beli apa..maklumlaa cik yani tak pandai masak)

3. Mandikan dan siapkan anak dulu - Mama cik yani ni kuat lagi..dia masih boleh mandikan cucu-cucu dia tapi cik yani kesian pulak tengok muka dia lepas marathon mandikan cucu-cucu yang manja ni..Jadik kalau cik yani terpaksa tinggalkan Inas/Idham (maklumlaa sekarang dah sarat sangat jadik terpaksa gi cek-up every week,cik wan lak kerja..dan atas sebab2 tertentu kami cuti kejap dari hantar anak ke baby-sitter) kami akan pastikan si kecil berdua ni kami mandi dan siapkan dulu..Seriusly..mandikan anak adalah aktiviti yang boleh mendatangkan penat lebih-lebih lagik kalau ramai.. So u ollss.. kalau nak tumpangkan anak make sure u ollss mandikan dulu anak okkayy.. yela.. jap-jap lagik lepas kita pergi tinggalkan anak kita kat mak kita karang dia berak ke kencing ke mak kita kena uruskan lagi kan..so apalaa salahnya kita mandikan dulu anak dia..Senang sikit kerja mak kita :)

4. Jaga timing - kalau kita nak tumpangkan kat mak kita dalam 3 jam..make sure kita balik dalam 3 jam jugak..lebih sikit dimaafkan.. Tapi jangan lebih-lebih.Sebab maybe mak kita dah budget memang nak jaga cucu 3 jam jee.. kalau lebih nanti maybe mak kita terpaksa batalkan urusan-urusan dia yang lain.Macam mama cik yani ni dia memang banyak urusan..mostly dengan adik-beradik dia..pergi ngeteh la,ngaji la..dan macam-macam lagi.Sekali lagi tipsnya.. JANGAN TANYA.Kalau kita tanya "boleh tak saya balik lambat sikit..nak sambung kerja kat tempat lain pulak.." confirm-confirm mak kita jawab boleh punya walaupon dia ada urusan..Biasala mak kan..mana pernah nak kecewakan anak-anak (jadik anak-anak kena belajar untuk tidak kecewakan mak jugak)

5. Jaga makan-minum anak - Selain mandi,uruskan makan anak-anak kecil juga sangat memenatkan.dari menghidang,menyuap dan mengemas..  Bayangkan..cik yani yang muda ni pon nak layan 5 orang anak,kadang-kadang dengan anak-anak sedare lagik pon terasa penat inikan pulak laa mama cik yani yang dah berusia tuh.. penat babe... So, kalau boleh masa kita tumpangkan anak-anak kita tuh cuba kita ada sama waktu makan..boleh la kurangkan beban mak kita kan.Maybe kita bagi makan siap-siap dulu baru hantar ke atau kita makan sama-sama dengan mak kita and anak-anak sekalik..jadik boleh tolong mak kita menghidang dan mengemas segala kan.. Mesti mak kita happy je nak tolong kita selalu sebab tak banyak kerja dia kena buat :)

6. Ruang rehat mak - Tang ni kita kena betul-betul peka."ruang rehat" disini bukanlah bermaksud tempat mak berehat tapi ruang masa untuk mak kita berehat.Kalau boleh janganlah hari-hari kita tumpangkan anak kita kan..biar mak kita ada masa untuk dia berehat juga.Ini juga memerlukan skill peka yang tinggi.Kita kena peka semalam mak ada jaga sesiapa tak..Kalau semalam mak dah jaga anak sedare kita, harini biarlah mak rehat pulak.Bagi gap masa kat mak kita sehari-dua untuk berehat sebelum kita tumpangkan anak kita pulak.Unless laa emergency kan.Selain dari emergency,waktu yang Allah bagik kita pinjam ni kan ada 24 jam, jadi kita kenala pandai urus supaya mak kita tak penat nak kena urus cucu setiap hari walaupon tumpang jee..

7. Mudah kan semua urusan mak - ni laa tips yang paling penting sekalik.. bila kita tumpang kan anak kita tuh, kita mesti sentiasa mudahkan urusan mak kita.Jangan laa serah semuanya kat mak kita bulat-bulat..Dahlaa mak kita tuh jarang-jarang je jaga anak kita, tetiba bila jaga kita bagik kaw-kaw kat mak kita kan..Sepatutnya kita mudahkan semudah-mudahnya urusan mak kita tuh.Biar mak kita jaga anak kita dengan happy.Jadik dia tak rasa stress dan terbeban dengan anak-anak kita.. Tau kan.. mak kita takkan tunjuk atau cakap pon dia penat ke stress ke, kita kena pandai-pandai bertimbangrasa dengan keadaan mak kita.Kalau boleh janganla sikit-sikit nak tumpang unless kalau betul-betul urgent barulaa kita tumpang kan anak kita tuh..
Macam adik beradik cik yani ni memanglaa suka berkumpul kecoh-kecoh ramai-ramai.Jadik bila dah ramai tuh faham-fahamlaa.. Mama cik yani akan jadik sangat sibuk..nak masaklah,ngemas laa sebab mama cik yani memang suka masak dan tak suka bersepah.Jadik kami anak-anak ni sebolehnya cuba la handle anak-anak sendiri atau anak-anak sedare bergilir-gilir.Penting ya.. jaga hubungan adik beradik supaya kita boleh tolong jaga anak sedare kita juga.. Jadik mak kita pon tak laa penat sangat bila cucu ramai-ramai berhimpun kat umah dia kann..

Hehehee...segala tips diatas ni adalah dari pemerhatian dan bacaan cik yani.Cik yani dan adik-adik pon masih lagik nak kena repair sana-sini tang tumpang anak ni.Mudah-mudahan catatan ringkas diatas dapatlaa membantu sikit kann :)

harini kami kumpul ramai-ramai.. nampak tak "budak besar" tu? Tu laa adik bongsu cik yani.. kerja dia petang-petang bawak anak dia dan anak-anak sedare semua naik basikal pergi taman


ni baru sebahagian dari cucu-cucu mama :)



8 dari 12 orang :) soon to be 13!!


No comments:

Post a Comment