Hari Guru dan hadiah

Bismillah...

Semua sedia maklum kan.. 16 May aritu merupakan Hari Guru kebangsaan.Rata-rata sekolah membuat sambutan Hari Guru dengan meriah demi meraikan jasa guru-guru yang sudi mendidik anak bangsa.. Terima kasih cikgu :)

So happen.. masa Hari Guru tu sekolah anak-anak cik yani sedang menjalani peperiksaan pertengahan tahun.Sekolah Arab kan.. so subjek banyak dan tough..jadik mereka tak buat sambutan pada hari tersebut.Anak-anak pon tekun je menghadapi peperiksaan.Siap tak tau kott hari tersebut hari Guru.Sambutan Hari Guru sekolah mereka di adakan seminggu lewat iaitu pada 22 May.

Sehari sebelum sambutan Hari Guru sekolah dorang, anak-anak dah mula senaraikan beberapa nama cikgu yang mereka nak bagi hadiah.Nak terjuling mata cik yani bila tengok senarai nama cikgu yang Iman nak bagi hadiah adalah seramai 23 orang dan Izzah 17 orang!! Mak aaiii... ni nak bagik hadiah kat semua cikgu sekolah tuh ke??Bila cik yani tanya semua ni ada ngajar akak dan Izzah ke..jawapannya tak (mestilaa tak kaannn sebab subjek dalam 11-12 jek tapi senarai cikgunya berlebih).. tapi ni cikgu-cikgu yang akak dan Izzah suka dan ada jugak cikgu dari darjah satu akak.. Adoilaaa... anak... :)

Fikir-punya-fikir...apalaaa yang cik yani nak bagik kat cikgu-cikgu yang ramai ni.. Tahun lepas kebetulan cik yani baru balik dari Singapore..mereka dah kirim hadiah untuk cikgu dari Singapore so cik yani borong siap-siap key-chain n fridge magnet.Tapi tahun ni tak dak idea laaa....Dah la tuh.. bukan 3-4 orang cikgu pulak tuh..

Malam tuh waktu anak-anak pergi mengaji dan tusyen cik yani pon berangkat laa ke kedai RM2 berdekatan rumah ni..Kat kedai tuh pon ada banyak cenderahati yang comel-comel dan murah-murah... sesuai laa kalau nak beli banyak kann..Sampai jee kat kedai tuh cik yani agak terkejut.. rupanya ramai student dan parents sekolah Iman ni datang shopping hadiah kat situ.Tersenyum kambing cik yani sorang-sorang..Macam-macam gelagat cik yani tengok dalam memilih hadiah ni.. Ada yang anak setuju mak tak setuju ada yang mak setuju anak tak mau..Dalam pada tuh sempat jugak cik yani dengar perbualan sorang bapak-anak ni yang sibuk memilih frame yang kategori lebih mahal dari yang lain..Bapak dia kata "pilih lain sikit nanti sama dengan orang lain nanti cikgu tau pulak kita beli kat sini" Heheheee... nak kata apa kann...dah kedai tuh jer yang dekat dan murah specially bila dapat short-notice macam ni kann..

Pilih punya pilih cik yani decide nak beli 16 buah frame-8 untuk cikgu lelaki, 8 untuk cikgu perempuan.. Sebenarnya jumlah frame tuh sikit jadik terpaksala cik yani cut-short listing cikgu dorang ni..Disebabkan cik yani ni kidal kaan..terus je la idea datang.. frame ni akan berubah rupa so cikgu akan rasa lebih diappreciate walaupon hanya dapat sebuah frame dari kedai RM2..Hehehee...

Balik rumah...lepas semua anak-anak tidor..cik yani pon mula laa operasi "renovate" frame-frame tadik.. (rujuk gambar)Sebelum tuh cik yani mintak dari Iman dan Izzah 8 orang cikgu je yang mereka betul-betul favourite,4 lelaki 4 perempuan.Mulanya memangla mereka nak membantah tapi cik yani gunakan mama-power cik yani ni so mereka pon terpaksa la akur :)

Gitu-gini... akhirnya siapla frame-frame tadi..kemudian operasi membungkus pulak..Bungkus cantik-cantik (alamak..gambar dah siap bungkus lupa snap laa) macam barang mahal.Siap semua.. tengok jam..5 pagi??? Adoilaa... baru nak lelap jap karang dah dengar bunyi azan subuh lak..Alamat tak tidor laa..tapi cik yani puas hati..at least cik yani dapat "hantar message" pada cikgu-cikgu ni betapalaa cik  yani dan anak-anak berterima kasih pada cikgu-cikgu yang budiman sekalian atas jasa baik mereka mendidik anak-anak cik yani..Bukan harga hadiah tuh yang penting tapi tanda penghargaan tuh lebih penting..harap-harap mesej tersebut sampai pada cikgu-cikgu tu :)

Ok..jom tengok gambar frame sebelum dan selepas di-renovate.. hahahahaa

ni untuk cikgu lelaki : sebelum 


untuk cikgu lelaki : selepas :)

untuk cikgu perempuan : sebelum

untuk cikgu perempuan : selepas :)


Post a Comment

Previous Post Next Post