Thursday, 25 April 2013

Bangun Awal

Bismillah...

Semua sedia maklum kannn anak cik yani ada 5 orang..yang sulung darjah 2,kemudian darjah 1, 5 tahun, 4 tahun dan 2 tahun.Insya Allah bulan 7 nanti akan ada yang keenam.Alhamdulillah...orang kata zuriat ramai ni rezeki kan..Yesss... i take it as "memang yea pon anak ramai ni rezeki pon besar"! Tapi apa yang orang anak tak ramai tak nampak adalah.. SEBENARNYA ANAK RAMAI NI DUGAAN DARI ALLAH.. samada kita berjaya memegang amanah Allah ini maupon tidak. Setiap hari cik yani dok mikirkan hal ini.Takut jugak laa kalau cik yani gagal kann...maklumlah zaman sekarang ni cabaran mendidik anak ni tak sama macam zaman mama cik yani dulu. Kalau dulu mama jeling je cik yani dah kecut-kecut perut terus berhenti buat salah tapi zaman sekarang ni kalau jeling sampai terkeluar anak mata pon belum tentu anak-anak faham..lebih sadis lagik bila tegur kalau tak kena cara dan timing mau terkeluar anak tekak baru anak-anak sentap.

Masalah utama cik yani dari muuulaaa anak sulung cik yani mula bersekolah adalah MEREKA SUSAH BANGUN PAGI!!Adoiyaiii... macam-macam cara dah cik yani buat nak kasik mereka mudah bangun pagi. Malam memang cik yani akan pastikan paling lambat tidor jam 10 malam.Nak tidor baca doa dan pesan suruh niat nak bangun awal.Bertahun-tahun (dari Iman umur 5 tahun) cik yani cuba tapi asyik fail jeekk...

So cik yani dan cik wan pon post-portem nak carik punca apakah punca kegagalan usaha membangunkan mereka di waktu pagi.Ada beberapa sebab yang kami pernah keluarkan secara unofficial.Antaranya :

                 1. Rumah lama kami agak panas waktu malam walaupon ada kipas tapi kepanasan tuh buat anak        
                     tidor tak lena?? (yeke ni?)
                 2. Anak tidor dalam keadaan terlalu kenyang?? (ni baru jer terpikir recently)
                 3. Tidor belum cukup awal?Dah masuk awal tapi dorang tak tidor awal??
                 4. Mak bapak tak bangun lebih awal??

Bila dah keluar sebab-sebab cenggitu (rasanya ada lagik tapi tak ingat) maka kami pon try-and-error laa macam-macam cara.. Tapi biasalaa.. belum berapa berjaya until last Monday cik wan jumpa satu formula best.. hehehe...

Isnin tuh cik wan bangun lebih awal dari biasa..selalunya kami bangun jam 6.30pagi tapi pagi tuh cik wan bangun jam 5.30pagi,mandi siap-siap tunggu azan Subuh terus ke masjid.Balik masjid jam 6.20 pagi terus dia kejut anak-anak.Dengan lembut dia cakap.. "siapa yang bangun awal pagini daddy akan bagi extra RM1 untuk duit belanja harini" Ayat tuh berjaya membuatkan Iman terus bangun.. Kemudian diikuti oleh Naim dan Izzah. Hari kedua Naim pulak berjaya bangun pertama.. Dan hari ketiga Iman merampas tahta semula..

Tapi kami ada masalah lain pula.. dah bangun awal tapi semua taknak kemas bilik.Jadi hari ketiga syarat ditambah..siapa bangun ketiga (sebab lumba antara 3 orang) kena kemas bilik tidor dan tak dapat duit. Dan hari ketiga Izzah kalah lagi jadi terpaksa kemas bilik.Masam jee muka Izzah. Lalu pagi tadi Naim bangun seawal daddy-nya bangun dan ikut ke masjid, Iman dan Izzah bangun serentak.Alamak... macamana nak indicate pemenang dan pengalah??Pantas jek idea keluar.. Ok... semua menang..dapat extra RM1 tapi siapa kemas bilik dapat extra 50sen..Dengan sukarela Iman dan Izzah kemas bilik sama-sama... Selesai masalah!!

Hm... mesti ramai yang pikir kami merasuah anak dengan RM kan?? Kami pon cerdik jugak.. heheheheee.. Sebelum ada "pertandingan bangun awal" ni duit belanja anak RM2 sehari tapi syaratnya kena bawak balik balance untuk masuk dalam 2 tabung-Palestin dan peribadi.Minimum 40sen. Tapi bila ada hadiah kemenangan ni syarat duit tabung dinaikkan..RM1 hadiah kemenangan mesti di bawa pulang untuk tabung dan balance duit belanja tetap kena bawak balik.Tadi hadiah bonus 50sen terus dimasuk tabung peribadi mereka.Setakat ni Iman yang dah menang 3 kali berjaya bawak balik balance duit belanja RM2 setiap hari...RM1 dimasukkan ke tabung Palestin dan RM1 dimasukkan ketabung peribadi.. Alhamdulillah... Ok kan??

Harap-harap cara nih berjaya sampai bila-bila... Cuma cik yani dan cik wan kena melabur lebih laa sikit.. Tapi kalau berbaloi apa salahnyaa kann??

My heart and soul :)





Wednesday, 24 April 2013

Naim oo Naim..

Bismillah...

Petang yang sejuk ni memang menyejukkan hati cik yani.So harini cik yani nak cerita perihal anak lelaki sulung cik yani.. Wan Naim Idzhar nama diberi...Hm... nak dapat nama tuh puuunyaaalah susah.Dekat nak 10 hari lepas dilahirkan baru la cik wan decide nak bagik nama tuh..Sebab cik wan terlalu teruja dapat anak lelaki selepas kami dikurniakan 2 orang anak gadis :)

Naim lahir pada 19 Febuari 2008 secara normal di Hospital Serdang. Cepat 3 hari dari tarikh jangkaan doktor.Pengalaman melahirkam Naim memang menyeronokkan dan agak kelakar.Puaslah cik wan teman cik yani dalam labour room dari jam 11 pagi sampai jam 9 malam..Keluar pon sekejap-sekejap je waktu cik yani tertidor sebab dicucuk ubat tahan sakit yang melalokkan...Hampir jam 9 malam tuh memang dah rasa sakit yang kerap tapi kontrol macho lagik.. So cik wan cakap..dia nak keluar kejap,solat.Nanti dia datang balik.Tak sampai 15 minit dia keluar cik yani dah mula rasa sakit yang amat macam dah nak terkeluar baby nya.Panggil misi..misi tengok jalan dah bukak besar..dia suruh sabar kejap..dia sarung baju doktor belum sampai lagik tiba-tiba Naim dah keluar.. Kat luar sana cik wan lepas solat terus jumpa misi kat kaunter tanya kalau ada call dia sebab masa dia solat ada misscalled di handphonenya.. Cepat-cepat misi bagitau cik yani dah bersalin..Melepassss lagik cik wan nak tengok anak dia lahir..Kehkehkeh...

Naim memang comel...cer tengok gambar baby Naim ni..

Mesti ramai tertanya napa tak cerita pasal kakak2 dia dulu kan?? Ok.. sebab Naim ni special.. Lahir-lahir sihat dan sempurna.. Tiba-tiba masa umur 5 bulan masuk hospital.. Doktor kata bronco-pneumonia.. ala-ala asthma..Masa tuh cik yani ok lagik..Takat masuk hospital ingatkan biasalaa kan...

Kemudian umur 8 bulan masa kat nursery cikgu dia kata dia terkejut sebab kawan sebelah dia jatuh dan dia menangis sampai biru...Kelam kabut cikgu dia call sebab takut tengok keadaan Naim yang dah biru tuh.. cik yani pon kelam kabutlah balik bawak dia gi klinik.. Nasib baik tak ada perkara buruk jadik.Tapi yang paling tak best kan.. lepas tuh bermula lah episod Naim berulang ke hospital sebab dah mula kena asthma severe.. Huhuhuu...memang tak best!! Nak lagik tak best... cikgu nursery tuh siap cakap lagi.."kalau boleh Naim jangan hantar kat sini lagi yee.. takut dia mati kat sini".. perghhh... ayat yang memang menyentap hati mak nak!!! Part yang best cuma.. Naim ni keletah.walaupon sakit tapi dah macam tak sakit.Habis semua misi dan doktor kat Wad 5A Hospital Serdang tuh kenal dia..Maunya tak.. masuk hospital selang 2 minggu..sekali masuk sampai 5 hari..

Ok.. pendek cerita.. budak sakit nih memang tak macam sakit...kemain lasak lagik..Dia akan cool down masa dia semput jek..Masa tuh inhaler memang peneman sejati dia laa..Sampai 2 jenis inhaler dia pakai.Tapi kan masa umur dia nak masuk 4 tahun cik yani jumpa Herbalife..bagik Naim sekalik Alhamdulillah..Naim dah mula beransur pulih.. Sekarang dah tak pakai inhaler lagik.. Alhamdulillah...

Haaa... ni lah nak cerita al-kisah Naim selepas dia dah tak pakai inhaler..Hm.. kemain sihat lagik dia..Badan pon dah tak keding sangat.Bayangkan..masa dia sakit pon dia punya lasak boleh tahan...bila dia dah sihat.. Masya-Allah...pening pala cik yani okkkayy... Ada jek akal dia.Macam-macam hal dia buat.

Last week dia dan kawan-kawan dia main tolak-tolak masa turun tangga kat sekolah..Tiba-tiba dia tertolak kawan dia sorang ni sampai jatuh dah luka. Masa cik yani  fetch dia kat sekolah selamba jeee dia bagitau .."ma.. ada orang jatuh tangga" Ekspresi? Macam bukan dia yang buat. bila cikgu dia nampak je cik yani terus cikgu dia panggil.Dia kata naim tolak budak tuh.Berderau darah cik yani..kena pulak tengok darah kat muka budak tuh punya la banyak..Budak tuh tengah menangis..mak dia tengah letak ubat. Kemudian cikgu dia bagitau lagi.. "Naim sekarang nakal..dalam kelas suka kacau orang..dia pandai tapi suka buat-buat tak pandai.Hafazan dia dah jauh kedepan tapi bila dia tengok kawan-kawan dia belum sampai macam dia terus dia buat-buat lupa.Dia macam kepala pengat dalam kelas dia"

Adoiiilaaa...pening cik yani dengan anak lanang cik yani yang sorang ni tauu...Kalau kat rumah memanglah boleh nampak kenakalan yang menjadi-jadi tapi ada beberapa perkara yang buatkan cik yani senyum sorang-sorang bila tengok Naim ni..Sejak dok kat umah baru,ada bilik sendiri..bangun pagi jek terus mandi pakai hensem-hensem sikat rambut kemas-kemas siap gel lagik.. Kat rumah memang cuba nak jadik jantan sejati.. kalau ada kerja-kerja berat memang dia mintak nak tolong laa.sambil buat kerja dia suka menyanyi. Yang best..dia rajin ikut daddy pergi masjid.Alhamdulillah... Cuma tang nakal dia tuh memang cik yani dengan cik wan kena banyak bersabar dan kreatif berfikir macamana nak atasi masalah yang satu ni

Harapan cik yani dan cik wan untuk Naim ni memang besar dan tinggi menggunung.Kami harap Naim akan jadik seorang penghafaz quran dan ikut jejak pakcik dia belajar di Madinah.Insya Allah.. Setiap hari cik yani doakan Naim dan anak-anak lain jugak.Sekali-sekala cik yani akan bangun dan solat malam untuk anak-anak.Orang kata waktu anak tidor kita kena dengarkan ayat-ayat qur'an sebagai terapi minda dibawah sedar mereka.. Jadik waktu anak-anak terutama Naim baru lena jee cik yani akan pasangkan satu malam satu surah. Harap-harap apa yang cik yani buat nih betul... :)

Wan Naim Idzhar 





Thursday, 11 April 2013

Usrah Musleh

Bismillah...

Ok..serius...dah laaaaamaaa tak update kat sini.Bukan tak ada cerita tapi tak ada masa... Kalau nak cakap perihal cerita..masa bila laaa cerita cik yani mau habes kan. :) Anak dah la ramai..adik beradik lagik..sepupu sepapat lagik...makcik pakcik lagik...pergh... memang banyak story mory lee...

So.. harini cik yani nak cerita perihal anak-anak.. Aktiviti terbaru mereka.. Ahad lepas cik yani bawak anak2 dengan Irfan joint Usrah Musleh organized by Telekung Project. Memang menarik.Mama zila founder nya sangat menginispirasi kan.Pandai betul dia menyentuh hati anak2 kecil ini dengan program yang disusunnya..Usrah Musleh ni purposely utk anak2 kecil dan dikendalikan oleh mentor2 nya yang cik yani rasa sangat berkaliber :) Alhamdulillah...

Pagi tuh kami sampai agak lambat.. Team2 Usrah Musleh dah pon mulakan program pertama-SOLAT DHUHA..Ok...takpe..anak2 cik yani tak sempat nak join.Sesudah Solat Dhuha (seriuss...comell je tengok anak2 kecil dalam telekung dan kopiah) mereka mula berkumpul dalam bulatan untuk mula bercerita...Mentor (ke fasilitator eh??) yang pertama Abg Muhammad.. cerita perihal sirah nabi..tapi sikit je..macam intro gitu..Ha... konsep Usrah Musleh ni adalah mengenal dan mencintai Rasul.Cik yani suka!!

Kemudian disambung dengan kak Yana cerita kisah nabi dengan lelaki buta.Irfan sangat tekun ambil nota dari kisah yang kak Yana ceritakan tu.Cik yani harap anak2 akan ikut jejak Irfan dan Irfan akan terus tekun mendengar kisah Rasul kita.

Aktiviti diteruskan..ada makan2..kemudian mama zila buat project Art Attack..Anak2 buat kerja tangan mereka..Ooh..chomeelll sangat..tak sangka anak2 cik yani pon berbakat :)  Ada aktiviti susunan mini library,kemudian cerita lagi dari mama zila..kali cerita perihal senyum pula..Suka je anak2 dengan aktivti2 ni..

So cik yani ingat setiap ahad cik yani akan hantar anak2 ke Telekung Project Club House untuk menyertai aktiviti Usrah Musleh ni.. Seriuss... banyak yang anak2 dapat pelajari dan keluarkan potensi diri mereka..Ini lebih bagus daripada mereka habiskan hujung minggu di rumah dan dengar leteran cik yani..hehehee...

Ok..jom cek it out gambar2 aktiviti mereka okk...

Abang Muhamad memulakan usrah..tekun jee Irfan dan Naim


Irfan dan mama Zila dalam sesi kak Yana 




mini library in making








Hasil kerja Iman dan Naim


Anak-anak usrah Musleh dengan mama zila,Kak Yana dan Abg Muhammad

Mini Library dah siapp.. :)

So parents... kalau nak isi masa anak2, memang cik yani rekomen sangat join lah Usrah Musleh ni.. Memang best dan mantop.. U ollss boleh cek kat fb page : https://www.facebook.com/UsrahMusleh?ref=stream

Until then u ollss... happy friday!!