Monday, 8 October 2012

Ke Madinah...

Bismillah...

Pagi tadi cik yani,cik wan, mama dan 2 anak kecil kami (Idham dan Inas) berkesempatan untuk menghantar sepupu cik yani ke KLIA.Razin akan menyambung pelajarannya ke Madinah.

Sewaktu dapat tahu yang Razin dapat tawaran ke Universiti of Madinah, terpancar riak gembira campur syukur kat wajah umminya.. Sebagai salah seorang sepupu yang rapat dengan Razin cik yani turut merasakan kegembiraan itu.

Razin memang istimewa.Pada usianya 12 tahun dia dah pon bergelar tahfiz.30 juzuk al quran sudah di hafalnya. Dia lah sumber inspirasi buat cik yani untuk berazam supaya anak2 lelaki cik yani kelak bergelar tahfiz sepertinya.

Ok... dipendekkan cerita.. Razin pernah belajar kat Yaman..orangnya boleh berbahasa arab.Tempat rujukan cik yani bila bantu anak2 buat homework bahasa arab.

Umminya bagitau cik yani.. mulai sekarang buat target untuk anak..kalau nak Naim dan Idham ke Madinah..set niat dari sekarang..macam dia set niat untuk Razin ke Madinah since Razin was small..

So tanpa berlengah..ever since tau je Razin dapat ke Madinah setiap hari cik yani doa Naim dan Idham akan ke Madinah jugak suatu hari nanti membawa bersama gelaran tahfiz.... Cik yani juga minta Razin doakan anak2 cik yani SEMUA cemerlang akhirat dan dunia di dalam Masjid Nabawi nanti.Insyaallah...

semoga Razin selamat pergi dan selamat pulang dengan kejayaan.. (Idham ambil aura Razin)