Tuesday, 31 January 2012

Saling melengkapi

Jodoh kita memang dah ditetapkan oleh Allah.Jadi tak perlulah kita nak merungut atau membenci dengan apa yang telah ditetapkan oleh-Nya.Hm... Sebenarnya cik yani nak cerita perihal Kami...
Cik yani dengan cik wan memang bertolak arus.Kalau dia arus negatif cik yani pula arus positif. Kalau dia positif cik yani pula negatif.Kami memang tak sependapat dalam banyak perkara.Bukan banyak perkara tapi hampir semua perkara kami tak sependapat.Cik yani mulanya pelik juga dengan jodoh kami.Dahla kami berkawin tanpa bercinta sakan seperti orang lain.Perangai pula jauh berbeza.Kami cuma sepasang sahabat baik yang saling memahami antara satu sama lain tapi dari segi lainnya kami langsung tak sehaluan.
Tapi cik yani bangga dengan cik wan.Dia baik.Dia sayang keluarganya.Dia juga mempunyai ibubapa yang baik.Hubungan cik yani dengan keluarganya juga tidak bermasalah.Ma dan abahnya menyayangi cik yani sama seperti anak2 mereka yang lain.Cik yani dengan adik perempuannya (cik pah) juga berkawan rapat.
Cik wan sanggup buat apa sahaja untuk keluarganya.Cik wan korbankan masanya untuk bekerja bagi membiayai anak2nya.Cik wan sangat mementingkan kesihatan,makanan dan segala2nya yang terbaik untuk anak2nya.Walaupon kami tak hidup senang,kaya raya tapi dalam hati cik yani senang.Walaupon kami bertekak dalam banyak hal tapi cik yani rasa sayang sangat kat cik wan sebab cik wan sayang kat cik yani.Kadang2 cik yani rasa macam puteri raja bila dengan cik wan tapi kadang2 macam askar yang sedang berperang.Hehehehe (cik wan...jangan marah ye)
Jadi betulke orang kata perbezaan antara suami isteri ni lah yang saling melengkapkan antara satu sama lain?Entahla.Tapi cik yani rasa cik yani kena akuinya....

No comments:

Post a Comment