Tuesday, 31 January 2012

Saling melengkapi

Jodoh kita memang dah ditetapkan oleh Allah.Jadi tak perlulah kita nak merungut atau membenci dengan apa yang telah ditetapkan oleh-Nya.Hm... Sebenarnya cik yani nak cerita perihal Kami...
Cik yani dengan cik wan memang bertolak arus.Kalau dia arus negatif cik yani pula arus positif. Kalau dia positif cik yani pula negatif.Kami memang tak sependapat dalam banyak perkara.Bukan banyak perkara tapi hampir semua perkara kami tak sependapat.Cik yani mulanya pelik juga dengan jodoh kami.Dahla kami berkawin tanpa bercinta sakan seperti orang lain.Perangai pula jauh berbeza.Kami cuma sepasang sahabat baik yang saling memahami antara satu sama lain tapi dari segi lainnya kami langsung tak sehaluan.
Tapi cik yani bangga dengan cik wan.Dia baik.Dia sayang keluarganya.Dia juga mempunyai ibubapa yang baik.Hubungan cik yani dengan keluarganya juga tidak bermasalah.Ma dan abahnya menyayangi cik yani sama seperti anak2 mereka yang lain.Cik yani dengan adik perempuannya (cik pah) juga berkawan rapat.
Cik wan sanggup buat apa sahaja untuk keluarganya.Cik wan korbankan masanya untuk bekerja bagi membiayai anak2nya.Cik wan sangat mementingkan kesihatan,makanan dan segala2nya yang terbaik untuk anak2nya.Walaupon kami tak hidup senang,kaya raya tapi dalam hati cik yani senang.Walaupon kami bertekak dalam banyak hal tapi cik yani rasa sayang sangat kat cik wan sebab cik wan sayang kat cik yani.Kadang2 cik yani rasa macam puteri raja bila dengan cik wan tapi kadang2 macam askar yang sedang berperang.Hehehehe (cik wan...jangan marah ye)
Jadi betulke orang kata perbezaan antara suami isteri ni lah yang saling melengkapkan antara satu sama lain?Entahla.Tapi cik yani rasa cik yani kena akuinya....

Wednesday, 25 January 2012

ajar anak berdoa

Hari ini seperti hari2 lain cik yani.Jaga anak2 dah jadi rutin cik yani.Cuma yang lainnya hari ini adalah...Naim sakit mulut.Kesian cik yani tengok dia.Susah nak makan.Cik wan pon tegor napa naim termenung je... :( Naim tanya cik yani napa naim sorg je sakit mulut,napa orang lain semua tak sakit pon...? Cik yani jawab, mungkin naim kurang minum air, cuaca panas memang senang kena sakit mulut.Dia sediah.Cik yani cakap lagi...tu la, arituh mama dah kata jgn gatah susu tu naim degil (naim suka gatah susu pekat manis dlm peti ais dan dia curi2 melakukannya).Susu tuh kalau makan mcm tu je banyak2 memang agak panas...tu yg kena sakit mulut tu.Allah nak ingatkan naim jangan degil cakap  mama.Dia diam je.Last2 dia cakap, mama ajar naim doa kat Allah biar naim cepat baik... Ok naim ikut ye kata cik yani
Bismillahirrahmaanirrahiim.. Ya Allah, Ampunkan naim, Tolong bagi naim cepat sihat,Naim lapar, nak makan susah.Ya Allah, naim nak dengar cakap mama.Naim tak nak lawan mama lagi, tolong cepat sihatkan naim ye Ya Allah.Ampun kan naim ya Allah...
Naim ikut doa simple yang cik yani ajar sambil menangis.Nampak macam betul2 insaf :).Bersungguh2 dia berdoa.Cik yani saja ajar dia ingat Allah bila dia susah atau senang.Kalau dia dapat apa2 cik yani akan ajar dia berdoa terima kasih pada Allah pula..Biasanya doa yg cik yani ajar pada anak2 ni ikut bahasa yang mudah difahami oleh anak2.cik yani memang tak pandai bahasa arab dan ilmu agama pon masih dangkal.Tapi cik yani mahukan sesuatu yang TERBAIK buat anak2.Tak pe la kalau cik yani tak setaraf dengan wanita2 alim yg hebat dalam mendidik anak2 tapi cik yani akan berusaha supaya anak2 cik yani boleh jadi seorg yang amat patuh dan berguna kepada ISLAM.
Bukan hanya pada naim harapan cik yani yang agung ni cik yani sandarkan tapi juga pada semua anak2 yg lain, iman,izzah,inas dan idham.Setiap anak cik yani ada kelebihan masing2 jadi cik yani ikut kelebihan mereka dlm membentuk peribadi muslim mereka.Kepada inas dan idham yang masih bayi ni, cik yani nak mula ajar mereka hafal surah2 dlm quran walaupon cik yani bukan penghafaz quran.Masa iman,izzah dan naim dulu cik yani tak begitu bertekad sebab cik yani anggap mereka masih lagi bayi tapi rupanya cik yani silap.inilah masa terbaik utk cik yani ajar quran pada mereka.Tak pe.cik yani cuma tersilap bukan terlambat...
Soga Allah bantu cik yani...Insyallah...
generasi harapan agama...


Tuesday, 24 January 2012

kami...

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Nama saya cik yani dan suami saya cik wan.Kami telah pon 8 tahun berkongsi kasih,jiwa,cinta dan juga rindu dendam.Sebelum kami ambil keputusan untuk berkongsi ni,kami merupakan sepasang sahabat karib yg sangat best.Tak terfikir pon masa tu kami akan berkongsi jiwa akhirnya sebab antara kami langsung tak ada persamaan kecuali kami hormat pendirian dan perasaan antara satu sama lain.
Dua tahun pertama berkongsi hidup dengan cik wan agak hambar sebab kami tidak dikurniakan anak dan kami cuma habiskan masa dengan bekerja.Masa tu tak terdetik pon nak dating puas2.Tapi kami seronok la dengan hidup kami masa tuh walaupun agak sunyi.
Sebulan sebelum anniversary perkahwinan kami yg ke 2 Allah kurniakan kami seorang bayi perempuan yang sangat comel.Kami namakan dia nurin iman.Dan pada hari ulangtahun perkahwinan kami yg kedua satu lagi 'hadiah' besar dari Allah,iaitu saya disahkan mengandung 8 minggu walaupon sebelum2 tuh doktor kata saya tak blh mengandung dlm masa 4 thn lagi kerana masalah cyst saya. (Jgn keliru,nurin iman adalah kurniaan Allah kepada kami melalui rahim wanita lain dan disusukan dgn susu saya dan adik kandung saya).
Diringkaskan cerita, perkongsian jiwa raga dan segalanya dengan cik wan akhirnya jumlah anak kami setakat ini adalah 5 ORANG!! Bermula dengan nurin iman,nurin izzah,naim idzhar, nurin inas dan naim idham.
Seronok tapi agak meletihkan.Setiap hari kami belajar benda baru melalui proses mendidik dan membesarkan anak2 kami...
Semoga Allah bantu kami sewaktu kami menjaga amanah-Nya.
kami... bersama arwah nenek di hari raya terakhirnya