Monday, 8 October 2012

Ke Madinah...

Bismillah...

Pagi tadi cik yani,cik wan, mama dan 2 anak kecil kami (Idham dan Inas) berkesempatan untuk menghantar sepupu cik yani ke KLIA.Razin akan menyambung pelajarannya ke Madinah.

Sewaktu dapat tahu yang Razin dapat tawaran ke Universiti of Madinah, terpancar riak gembira campur syukur kat wajah umminya.. Sebagai salah seorang sepupu yang rapat dengan Razin cik yani turut merasakan kegembiraan itu.

Razin memang istimewa.Pada usianya 12 tahun dia dah pon bergelar tahfiz.30 juzuk al quran sudah di hafalnya. Dia lah sumber inspirasi buat cik yani untuk berazam supaya anak2 lelaki cik yani kelak bergelar tahfiz sepertinya.

Ok... dipendekkan cerita.. Razin pernah belajar kat Yaman..orangnya boleh berbahasa arab.Tempat rujukan cik yani bila bantu anak2 buat homework bahasa arab.

Umminya bagitau cik yani.. mulai sekarang buat target untuk anak..kalau nak Naim dan Idham ke Madinah..set niat dari sekarang..macam dia set niat untuk Razin ke Madinah since Razin was small..

So tanpa berlengah..ever since tau je Razin dapat ke Madinah setiap hari cik yani doa Naim dan Idham akan ke Madinah jugak suatu hari nanti membawa bersama gelaran tahfiz.... Cik yani juga minta Razin doakan anak2 cik yani SEMUA cemerlang akhirat dan dunia di dalam Masjid Nabawi nanti.Insyaallah...

semoga Razin selamat pergi dan selamat pulang dengan kejayaan.. (Idham ambil aura Razin)

Friday, 28 September 2012

jom solat!!

Bismillah...

Seminggu nih rumah cik yani sentiasa penuh dengan anak2 sedara dan juga anak2 sindiri.. Semuanya gara-gara cuti upsra sekolah kakak (bila kakak cuti adik2 pon sibuk nak cuti dan adik2 sedara pon akan dtg dok sini jugak).So banyaklah 'acara' yang mereka aturkan.Kadang2 sampai tak terlarat cik yani nak layan.Biar je mereka buat hal masing2.. huhuhuuu...

Nak jadi cerita... semalam untuk tak membuang masa anak2 ini dan mengisi jiwa mereka cik yani pon ajaklah semua anak2 kecil ni solat zuhur bersama..Yang ada masa tuh iman (7thn),izzah (6thn), Naim(4thn), inas dan yusuf (3thn),siti maryam(2thn) dan idham (1thn)..
Setelah semua orang berwuduk masing-masing berebut2 nak susun sejadah kat hall.Dah tuh berebut2 pulak pakai telekung. Disebabkan cuma ada 2 orang je lelaki jadik cik yani bagi songkok pada yusuf dan naim.Dan untuk anak2 gadis yang lain cik yani pakai kan telekung termasuk untuk inas dan siti maryam.
Tiba-tiba...
"Cop  nak pakai tuh..." Kata si yusuf sambil campak songkoknya dan tarik telekung yang ada pada siti maryam. Puaslah cik yani dan mama pujuk dia dan explain kenapa dia kena pakai songkok.Tapi dia tetap taknak.Siap berguling2 dan menangs2 nak kan telekung yang dipakai siti. Dalam hati cik yani memang tak boleh tahan nak gelak golek2...tapi sebagai ibu cik yani control macho dan terus pujuk yusuf. Tapi dia tetap berkeras...
Akhirnya....
Biarlah gambar2 nih berkata2... heheheheee...

memula...semua happy je ready for solat
Abg naim ready nak jadik imam, siti antara makmumnya
solat tertunda gara2 yusuf mengamok nak telekung.. dah dpt telekung merajuk mintak kain pulak...
baru puas hati dapat pakai complete..tgk siti kat sebelah tu.. pakai skirt dgn tudung je last2..
 Masa ni cik yani memang dah tak tahan la...memang gelak manjang sampai tertangguh sikit lagi solat.Dan waktu solat pulak suara yusuf je yang kuat baca semua doa dan zikir yang dia hafal.dan dia akan rukuk dan sujud lebih awal dari semua orang...

heheheee....

Friday, 7 September 2012

surat dari anak-anak

bismillah...

Pernah tak anda-anda semua yang mempunyai anak-anak bawah 7 tahun menulis surat atau nota kepada anda?? Cik yani selalu terima surat ataupon nota dari anak-anak.Sampai hari ni cik yani simpan segala kertas surat dan nota dari mereka tu.Cik yani berhasrat nak frame kan dan buat saru galeri kerjatangan anak-anak kat rumah baru nanti.

Kali pertama dapat surat dari anak-anak memang cik yani gembira sangat.Teruja sebab anak-anak cik yani dah besar!! Dah pandai hantar surat atau nota yang kebanyakkannya ucapan-ucapan terima kasih ataupon peringatan.Kali pertama cik yani dapat surat daripada Iman adalah pada kali pertama cik yani tinggalkan semua anak-anak dengan cik wan untuk cik yani pergi kelas nutrisi Herbalife.Balik tu anak-anak semua dah tidor dan cik wan pass kat cik yani sekeping surat kecil berlipat.Dalam tu tertulis
           "mama, nanti mama balik tolong kemas beg sekolah akak ye..akak tak nak mama kelam kabut pagi esok.Akak nak tunggu mama balik tapi akak mengantuk daddy suruh tidur.

Akak sayang mama"

Malam tu hati cik yani memang berbunga-bunga la...penat pon cepat-cepat cik yani kemaskan beg sekolah dia ikut jadual hari esoknya.bila dia bangun esok pagi dia tengok beg dah siap cepat-cepat dia peluk cik yani sebab dia tahu cik yani dah baca surat dia.

Cik yani rasa anak-anak suka menulis surat atau nota ni mungkin diwarisi dari cik yani yang suka sangat hantar nota-nota kecil tanda penghargaan pada orang-orang yang cik yani sayang.Bila tiba harijadi anak-anak cik yani akan usaha sendiri buat kad ucapan harijadi untuk mereka.Bila tiba harijadi daddy mereka pula yang beria-ia ajak cik yani buat kad untuk bapa mereka.Anak saudara cik yani ada tanya kenapa cik yani susah-susah nak buat sedangkan boleh beli?Jawapannya...kad yang dibuat sendiri walaupon tak secantik kad beli tapi ianya ada personal touch yang buatkan kad itu istimewa.Ia dibuat dari hati kita.Terbukti bila kad-kad yang cik yani buat untuk mereka walaupon dah hampir lunyai sebab asyik kena belek tapi mereka tetap simpan!

Dan setiap kali cik yani dapat surat ataupon nota dari anak-anak, cik yani akan terus baca depan mereka dan puji tulisan ataupon lukisan mereka cantik dan surat tu istimewa sangat.
Kemudian mereka akan berlari dengan hidung yang kembang kuncup sebab kena puji.Sekali-sekala kalau cik yani tak sibuk waktu mereka beri surat tu cik yani akan ambil gambar dan upload ke facebook.Kalau cik yani sibuk lepas je baca dan puji cik yani akan minta mereka simpan diatas rak dalam bilik cik yani dengan pesanan "letak elok-elok tau nanti mama nak frame". Jadi mereka tahu yang cik yani hargai setiap titik peluh kerja mereka.

Jom kita tengok-tengok sabahagian dari sebahagian hasil kerja anak-anak pintar cik yani...

pesanan dari izzah masa nak bawa kakak ke hospital

iklas dari iman...-love-  
keluarga saya by iman
yang paling touching -love-

banyak lagi gambar-gambar nota cuma cik yani tak sempat nak upload.Insyaallah cik yani akan buat satu mini galeri untuk cik yani abadikan hasil kerja mereka ni...


Sunday, 12 August 2012

rindu nenek

Bismillah...

Pagi ni redup je... Malam tadi cik yani tidur di rumah adik cik yani dengan niat nak buat kuih raya. Boleh la...separuh siap.Bila nak berkumpul ramai-ramai anak-anak cik yani campur dengan anak-anak sedara memang meriah la jadik nya... Jam 3 pagi pon masih segar mata budak-budak.
Sudahnya pagi ni bila cik yani bawak anak-anak balik rumah semua sambung tidor sampai jam 11 pagi!!

Masa anak-anak tidor cik yani dok belek-belek baju-baju lama... gambar-gambar lama... tiba-tiba dapat SMS  dari cik wan : "Malam tadi lailatul-qadar kot... pagi nih redup je" .

Cik yani pon jenguk kat luar tingkap.Memang redup.Masa tuh tiba-tiba je meresap perasaan yang lain macam dalam hati ini.Sayu sangat... Dada sebak je... Tahun nih puasa macam kosong je...Beriftaar ramai-ramai baru sekali dengan whole big family Aman. Kuih raya pon tak berapa semagat nak buat.Baju raya pon baru siapkan cik wan dengan anak-anak je.Cik yani sendiri macam tak ada semangat.

Sebenarnya...

Cik yani rindu sangat dengan nenek.32 tahun cik yani hidup dengan nafas nenek.32 tahun cik yani dengar suara nenek.Senyum nenek.Setiap kali nak raya nenek dah standby nak buat kuih--kuih kegemaran anak cucunya...Walaupon dah bertahun nenek tak masak lagik untuk hidangan kami tapi sekali sekala air tangan nenek dalam kuih muih nenek amat lazat kami nikmati.

Cik yani ingat lagi tahun pertama cik yani berniaga bazaar Ramadhan..kami tak ada produk sendiri.Cuma ambil kuih-muih dari kawan-kawan dan makcik-makcik.Nenek tak kurang juga gigih membantu buat kuih kaswi dan apam nya utk kami berjualan.Kalau tak habis cik yani la yang menyantap kuih nenek sebab air tangan nenek memang amat sinonim dengan tekak cik yani ni.

Banyak kesilapan cik yani terhadap nenek sepanjang nenek membesarkan cik yani.Paling cik yani takkan maafkan diri sendiri adalah kesalahan pada nenek waktu cik yani berusia 17 tahun.

Satu hari nenek masak kari daging yang sedap sangat.Cik yani makan dengan penuh selera.Sampai ke malam cik yani dok ulang makan kari daging tersebut.Entah macamana esoknya cik yani agak letih dari biasa.Balik dari sekolah pon dah mula marah-marah semua orang.Pergi dapor nak makan cik yani tengok kari daging macam semalam.Tiba-tiba cik yani jadi marah... "orang nak makan ayam.. apesal nenek panaskan lauk semalam je ni" Cik yani bentak-bentak.Cik yani tengok nenek solat.Lepas solat nenek terus tidor.Cik yani pon telefon mama kat tempat kerja mengadu perihal lauk.Mama cakap makan je apa yang ada.Tengahari tu memang cik yani tak puas hati.Macam tak lepas je rasa marah tu.Sudahnya cik yani tidor kelaparan.Mogok.Taknak makan.
Petang tu bila nenek hidangkan minum petang cik yani dah agak reda.Tak marah-marah lagi.Masa tu nenek cakap kat cik yani "Lauk kat dapor tuh lauk baru.Nenek masak untuk along sebab nenek tengok along suka makan kari daging semalam.Along makan sampai tak cukup.Nenek takut along tak puas makan.Harini nenek masak lagi lauk yang sama tapi banyak sikit,Biar along makan puas-puas"
Masa tuh rasa macam kepala cik yani kena hempap dengan langit,Rasa bersalah sangat pada nenek sebab marah-marah.Macamana lah cik yani boleh tak perasan yang lauk semalam tuh cik yani dah habiskan...

Sampai harini cik yani rasa bersalah dengan nenek.Kasih sayang nenek pada cik yani tak ada syarat dan tak berbelah bagi tapi cik yani..... ................... ...............................Memang cik yani kehilangan kata-kata bila cik yani ingatkan kisah ni.Kisah ni buatkan cik yani rasa taknak buat apa-apa salah langsung pada nenek.Seboleh mungkin cik yani nak nenek happy dan bangga dengan cik yani.

Nenek sempat tengok keluarga cik yani.Sempat bersama setiap kali cik yani melahirkan anak-anak cik yani.Sempat membantu sewaktu cik yani berpantang dan sempat menjaga semua anak-anak cik yani walaupon cik yani tak minta.Nenek juga sempat tengok anak cik yani bersekolah dan sempat melihat anak kelima cik yani walaupon waktu tu nenek sedang sakit tenat.

Nenek sakit tak lama.Cuma 3 bulan.Kemudian nenek kembali kepada penciptanya.Sewaktu hari terakhir nenek cik yani bawa anak-anak keluar sempena cuti am.Balik malam tuh cik yani rasa sangat nak terus kerumah makcik tempat nenek berada.Tapi disebabkan anak-anak keletihan cik wan ajak balik rumah dulu.Kami becadang esoknya pagi-pagi kami akan menjengok nenek.Tapi lewat malam tuh kami dapat panggilan nenek dah pon pulang ke rahmatullah.Allah je yang tau perasaan cik yani. Airmata bagai tak mahu keluar disebabkan terlalu sebak hinggalah pagi tuh cik yani mandikan nenek.Barulah cik yani terima hakikat ketiadaan nenek dan berjuraianlah air mata cik yani pagi  tu.

Enam bulan nenek pergi.Semua orang menyatakan rindu dendam pada nenek.Luahkan rasa hati masing-masing tapi cik yani tak boleh.Sebab hati cik yani terluka sangat dengan kehilangan nenek.Tak pernah ada peristiwa lain yang melukakan hati cik yani selain dari kehilangan nenek.Bila keluarga mengimbau kenangan bersama nenek cik yani akan bangun perlahan-lahan dan tinggalkan perbulan tersebut.Sekali pon cik yani belum pernah jenguk kubur nenek sebab cik yani tak sanggup. Cik yani pendam rasa sendiri.Allah je yang tau apa yang cik yani rasa.Sekali-sekala bila teringat cik yani akan sebut tapi tak mendalam.

Satu hari cik yani dengar Professor Muhaya bercakap perihal menerima hakikat kematian.Dia cakap anggap orang yang kita sayang tu cuma beralih alam.Ke alam yang lebih dekat dengan pencipta.Dan lihat sewaktu dia pergi dia sempat menyebut nama Allah dan matinya denga tenang.InsyaAllah dia tenang disana.Akhirnya perlahan-lahan cik yani mula terima hakikat kematian nenek.Nenek dah pon berpindah ke alam yg lebih dekat dengan Allah dan mungkin dah jumpa dengan suaminya semula selepas berpuluh tahun terpisah.Nenek mungkin lebih tenang disana.Apa yang boleh cik yani buat disini cuma sedekahkan al-fatihah bila setiap kali cik yani rindukan nenek...

Al fatihah...

Along sayang nenek sampai bila-bila.......

Saturday, 4 August 2012

Learning to breastfeeding for new mom-Aisyah Patthi

Right from the very beginning, hubby and me were one and unified that my Baby Riduan should be breastfeed as soon as he is delivered. I honestly thought it was the most natural and basic instinct of any mother and felt like it was a no-brainer. I didn't even find the time to read up about it or even expect any sort of challenges. Guess how wrong I was? Well, I was about 80% wrong. Yup that's right...What I really need right now is to bust out a Jim Rohn quote so that I can mentally slap myself:
  If you fail to plan, you plan to fail!  
It ain't no walk in the park honey
It was a skill that I needed to learn and it almost crushed me to bits. If it wasn't for the support that I got from my darling hubby, my family and friends, I think I would have given up right from the first three hours after giving birth. With this in mind, I do hope that this sharing from me will encourage new mothers out there to brave out the first few unexpectedly challenging days of breastfeeding and stick to it.

Challenge #1: No nurse! Don't give baby the bottle!
Sometimes it boggles the mind how private medical practices work nowadays. Feeding our babies should start within the first hour as soon as he or she is out from our tummies right? Guess how long Baby Riduan waited before I managed to feed him? A full three hours! Madness! It took all of my leftover energy after his birth to stop them from feeding Baby Riduan formula milk. There's a kazillion reasons why breastfeeding is awesome (infact, this brilliant website has 101 reasons!) but essentially breastfeeding provides perfect nutrition for our little babes. So mommies, challenge the system and let your babies have the best nutrition naturally!

Challenge #2: Latch me on mommy =(
I very clearly remember that in the first two weeks I nearly gave up. I just couldn't get Baby Riduan to latch on and feed. He would cry for hours at a time just because he didn't get enough milk from me. Well mommy forgot one crucial message from the term "breastfeeding"...mommy was nipple feeding! Haha, I nearly fell off my chair laughing hard when I came across that bit of information ^_^ That set me out on a mission to learn HOW to breastfeed and I did a ton of searching:
  1. Go meet your midwife - This is the number one person that any new unexperienced breastfeeding mother should meet. She will set you straight on how to hold your baby and where to aim your baby's mouth. InsyaAllah, it will be soooo much easier with the help of this wonderful lady
  2. Read up! - I read countless amount of internet sharing and subscribed to online support groups so that I can better understand where I went wrong. Here you can read a lot about the basics of breastfeeding. Here and here are great support groups
  3. Talk about it with other mommies - This helps A LOT. Not only are these fantastic ladies loaded with years of experience, they are very supportive too! I got a lot of help from my bestfriend Linda who already has two darling daughters and she was the one who spotted that I didn't manage to latch on Baby Riduan properly and everything about what I was doing looked awkward. She was the one who put me on my road of searching. And then there was Kak Yati who was my partner in breastfeeding research as she was pregnant with her second baby the same time as me. Check out my Samsung Galaxy SII screenshot that I took of our conversation way back then:

Challenge #3: It hurts baby!
This has everything to do with Challenge #2. In my wee experience, if you fail to latch on the baby properly, chances are you are going to really hurt yourself. Not only your baby wont get enough milk but you yourself will suffer much pain and agony. At the beginning because I didn't know any better, one of my nipples cracked and I dread breastfeeding. Plus, since I only then preferred the one side that didn't hurt, now they are both lopsided. Double whammy. Hoho, do not under-estimate the power of baby's feeding. So then I went on another hunt to ease the pain so to speak. What I found out was that it all has to do with proper latching. Once I got that mastered, everything evened out and I found out from my midwife that a cracked nipple can easily be remedied with your own breast milk, much like a moisturizer.

And last but not least, all of this thought me a wonderful lesson
God gave me a wonderfully easy way to feed my baby. Personally, I think this is one of the many reasons why I love becoming a full-time stay at home mommy, working my business from the cosy belly of my home and it is my duty to share my experience to those who are searching. Yes, it was hard and yes, I nearly gave up. But the rewards are priceless. So hang in there new mommies, its worth the hard work and pain!

Thank you all for letting me share this with you ^_^

Your friend,
{ Aisyah }

Monday, 26 March 2012

balik kampong...

cuti sekolah hari tu cik wan bawak kami sekeluarga balik kampung cik wan kat wakaf bharu,kelantan..
Seronok sebab dah lama sangat tak balik..
Macam biasa, kalau balik kampung apa yang cik yani teruja sangat adalah MAKAN!!! Kat kelantan makan sedap2 ok.... ada nasik berlauk,nasik kerabu,colek pantai,akok,etok dan lain2...tapi cik yani dah lama tak makan etok...bukan sebab tak sedap tapi entah...
Cik yani memang tak banyak berjalan kalau balik kampung..cik yani lebih suka kalau cik wan hiburkan hati ma dia bila balik kampung...bawak ma dia gi jejalan,gi rumah makcik2... sebab tuh 9 thn kawen dengan org kelantan ni baru sekali je cik yani gi pengkalan kubur,wakaf che yeh lak adalah dalam 4-5 kali... lagipon cik yani bukanlah jenis org yg suka ke tempat2 yg blh mendatangkan pembaziran ni..
Anak pulak kalau balik kampong memang seronok.Suasana kampong kan sangat berlainan dengan kat puchong ni.Satu2 nya tempat yang cik wan tak pernah miss bawak kami anak beranak berjalan of kos la... MAKAN COLEK PANTAI DI PCB... Best ooo...walaupon sekarang ni tak la sedap mcm mula2 dulu tapi suasana dan feel nya tuh memang uummph...anak2 pon suka sangat sebab blh main pasir pantai...pantai pcb tak boleh mandi,dapat main pasir pon ok je...
Tapi balik kampung kali ni agak berbeza sikit..cik wan bawak cik yani lalu kat rumah lama makcik cik yani (cik am) yang jaga cik yani masa cik yani form 1-3.. Kat rumah tula cik yani bermastautin selama 3 thn...mcm2 kenangan best ada kat sana...teringat kat kawan2 yang pernah sama sekolah masa kat sekolah menengah kota dulu... Best betul... cik yani siap amek gambau lagi umah tu... Saja buat kenangan...
Cik yani harap dengan bisnes Herbalife yang cik yani buat ni boleh bantu keluarga cik yani dan ma abah cik wan dan memudah kan cik wan utk balik kampong sekerap yg boleh supaya boleh bersama ma abah dia... insyaallah....

lot 2609-b kg kota jln pasir mas salor... best...

Thursday, 8 March 2012

sekadar cerita

Hujan yg lebat selama 2 hari ni buatkan hati cik yani bagaikab dalam blues... Macam2 terbayang kat dalam kotak pikiran ni.Anak2,suami,mama,adik2, pakcik makcik,sepupu2,anak2 sedare dan...nenek... Serius...cik yani rindu.Ever since nenek pergi cik yani dok ikat kuat2 rasa rindu ni...tak pernah la cik yani nak luah kan rindu nih kat sesapa termasuk en fb sebab cik yani takut...takut rindu ini menghilangkan kewarasan cik yani.Tapi ptg ni...cik wan bawak cik yani dan anak2 keluar.Tiba2...dalam hujan2 renyai tuh hati cik yani bagai disentap...Allah...rindunya cik yani pada nenek.Tetiba je air mata keluar laju...tak boleh di tahan2.Nasib baik anak2 tengah kecok kat belakang tu..tak lah perasan cik yani tengah menangis.Dah la...cik yani tak nak menghuraikan perasaan cik yani dengan lebih lanjut sebab biarlah rasa itu menjadi rahsia peribadi cik yani...sesungguhnya nenek adalah permaisuri hidup cik yani.Jadi utk menceritakannya tak boleh sambil lewa...Macam cik yani cakap...one fine day... Tunggu ok.. ? :)

Malam ni cik yani nak karang sebuah cerita dongeng...Cik yani tak ada idea pon sebenarnya.Sekadar nak test power boleh lagik ke cik yani mengarang secara spontan (dulu2 cik yani suka mengarang kisah dan karangan itu selalunya spontan)???Ok kita cuba ek... (baca bismillah dulu)

Ibu ralit melihat Aiman.Aiman pula ralit membelek 'lady-bird' yang sedang bersemayam di atas daun bunga raya.Tadi Aiman sedang membelek pokok2 bunga ibu.Ibu ajar Aiman tentang warna.Tiba-tiba Aiman ternampak lady-bird itu Aiman terus taknak sambung belajar pasal warna2 pokok ibu.Dia lebih tertarik dengan lady-bird itu.
Deheman ayah di muka pintu itu membuatkan Aiman dan ibu terkejut dari lamunan lady-bird mereka.Ibu senyum.Ayah diam.Aiman pandang ayah.Ayah pandang Aiman tapi macam kosong je pandangan ayah.Aiman baru berusia 2 tahun memang tak reti nak tafsirkan pandangan ayah.Ibu pergi dapatkan Aiman dan dukung Aiman masuk rumah.Ayah pandang ibu dan Aiman berlalu macam tak ada perasaan.Ayah duduk di kerusi kayu di halaman rumah.Kepala ayah menerawang.Ayah cuba berfikir dengan lebih kuat lagi.Berdenyut2 kepala ayah.Ayah picit2 kepala yang makin sakit.Makin ayah fikir makin sakit.Ibu keluar dapatkan ayah setelah menghantar Aiman pada nek tijah untuk dimandikan.Nek tijah pembantu rumah mak ibu yang dah berkhidmat dengan keluarga ibu sejak ibu kecil lagi.Dan apabila ibu dan ayah berkahwin mak ibu minta nek tijah membantu ibu sebab mak ibu tahu ibu agak manja orgnya.
"Ayah ok?" Ibu mulakan perbualan.Ayah masam mencuka.Kepalanya masih berdenyut2 berfikir.Ibu cuba tolong picit kepala ayah tapi ayah tepis.Ibu tak putus asa.Ibu tetap bersabar.Ibu ingat pesan mak...sabar itu manis...
Ayah bangun dan berjalan masuk ke dalam rumah.Ibu membontoti ayah.Ayah lihat sekeliling rumah.Wajah ayah masih masam.
Nek tijah sedang pakaikan Aiman baju.Tiba-tiba ayah berada di hadapan mereka.Aiman senyum pada ayah.Aiman pergi dapatkan ayah tapi ayah tepis.Aiman terkebil2 tak faham kenapa ayah tepis Aiman.ibu yg berada di belakang ayah terus pujuk Aiman.Ibu dukung Aiman sambil ikut belakang ayah.Ayah memandang mereka dengan pandangan yang kosong.Ibu sabar...tetap ikut belakang ayah.
"Saya tak boleh ingat apa2...saya tak tahu siapa awak dan siapa anak ini"Dah 3 hari ayah ulang ayat ini.Ibu senyum setiap kali ayah ungkapkan ayat ini...
"Ayah, ini Aisyah isteri ayah..ayah panggil Aisyah,ibu.Dan ini anak kita Aiman.Bulan lepas Aiman genap 2 tahun"Itu jawapan ibu setiap kali ayah cakap macam tu.Aiman yang tak faham apa2 kadang2 ulang kata2 ibu.Aiman bijak.Dia pintar bila berkata2.Dan hasil didikan ayah sebelum ini Aiman dah pon mula menghafal surah2 lazim.
Hati ibu bergetar.Masih bersabar.Ibu memaksimumkan tahap kesabarannya ke infiniti.Biarlah sabarnya tak ada had.Selagi ibu mampu ibu akan bersabar sebab bukan kehendak ayah nak jadi begitu.
Semalam ayah pukul Aiman sebab Aiman baca surah2 yg ayah pernah ajarkan padanya depan ayah.Ayah kata aiman bising.Kepala ayah sakit.Aiman menangis dipukul ayah.Ibu pujuk Aiman.ibu sabar layan kerenah ayah dan Aiman.Malam tadi ayah menangis2 bagaii dipukul bila diajak makan.Kelaku ayah mengalahkan Aiman.Ibu tetap sabar layan kerenah ayah.Sudahnya bila ayah dan Aiman selesai makan disuap oleh ibu,ibu keletihan dan tertidur tanpa makan.
2 bulan lepas ayah ke Singapura atas urusan pekerjaan.Dalam perjalanan pulang ayah ditimpa kemalangan yang dasyat.3 rakan sekerja ayah terkorban dan cuma ayah yang terselamat.sebulan ayah koma.Doktor cakap ayah dah tak ada harapan.Ibu menangis setiap kali melawat ayah di hospital.Ibu macam orang hilang akal bila melihat ayah.Akhirnya mak ajar ibu bersabar.Mak kata..sabar itu manis..itu yang ibu pegang sampai sekarang.
Kata doktor kepala ayah mengalami kecederaan yang teruk.Ibu tak faham bahasa2 perubatan tapi yang ibu faham doktor kata samaada ayah akan terus koma sampai bila2 atau ayah akan sedar tapi hilang ingatan atau ayah akan sedar tapi macam tak sedar.Minggu lepas ayah sedar dari koma.Ibu buat solat sunat syukur di hospital.Ayah kelihatan normal tapi ayah tak mahu cakap dengan sesiapa pon.Ibu sedih tapi ibu ingat pesan mak...sabar itu manis.Jadi ibu tak jadi nak nagis..
3 hari lepas doktor membenarkan ayah pulang.Supaya ayah dapat sentiasa bersama keluarga dan mungkin ingatannya boleh pulih.
Tapi semenjak balik perangai ayah memang menguji kesabaran ibu.Ayah lebih manja dan susah dikwal berbanding Aiman.Setiap malam ibu buat solat hajat dan solat taubat.
Ibu terus bersabar menjaga ayah dan mendidik Aiman.Nasib baik ada nek tijah...
2 tahun ibu bersabar.Ibu kerja kuat untuk menanggung keluarga.Ayah pula sering termenung dan menjerit2 bila kepalanya sakit sewaktu cuba mengembalikan ingatannya.Ibu tak pernah lupa bawa ayah jumpa doktor 2 minggu sekali.Kesian Aiman.Kadang2 Aiman yg kena mengalah dengan ayah.
Sebagai manusia biasa kadang ibu mengeluh tapi cepat2 ibu ingat pesan mak...sabar itu manis.
Suatu hari ibu bawa ayah dan Aiman berjalan2 di taman.Sengaja ibu tak bawa nek tijah supaya ibu dan Aiman boleh berbual mesra dengan ayah.Ayah kelihatan tenang.Ayah mula respon kepada situasi dengan baik.Ayah tak masam2 dan ayah lebih tenang menjawab soalan Aiman.Aiman berasa seronok.Berkali2 Aiman memanggil ayah dan ayah tersenyum.
Esok paginya,ibu bersiap2 hendak ke tempat kerja.Aiman belum bangun tidur pon lagi.Tiba2 ayah datang kepada ibu..."Aisyah...erk...ibu...??Ayah rasa ayah dah mula ingat sikit2 tentang kita..Ayah mimpi Ayah mengaji dengan Aiman dari Aiman dalam perut ibu hingga Aiman baru mula pandai bercakap" Ibu terkedu...panjangnya ayat ayah.Ayah dah ok ke??
Airmata ibu tiba2 merembes laju kat pipi ibu.Ayah datang lap airmata tersebut.Ibu pegang tangan ayah...ibu cium tangan ayah...ayah cium dah ibu...Cepat2 ibu naik ke bilik semula.berwuduk dan buat solat sunat syukur.Ibu gembira dan kongsi gembira itu dengan Allah dulu.Kemudian ibu berlari ke bilik Aiman dan kejut Aiman.Ibu bawa Aiman pergi berjumpa ayah.Ayah senyum pada Aiman.Ayah dokong Aiman setelah sekian lama ayah menolak Aiman.Aiman bagaikan faham situasi tersebut terus peluk ayah kuat2 dan cium pipi ayah berkali2.Aiman rindukan ayah
Ibu percaya...sabar itu manis... terima kasih Allah...

Amacam?ok tak cerpen cik yani??Ada idea tak nak bagik tajuk hapa yeaaa??? Hehehee...dah pukul 3.30 pagi...cik yani tidor dulu...selamat mebaaca... :)
 

Wednesday, 7 March 2012

superhero

Masa kecik2 dulu anda ada superhero tak?? Cik yani punya superhero thundercat...sebab muka dia comel.Tapi blh ke thundercat tu dikategorikan sebagai superhero?? Hikhikhik...tak kisahla kan..Dah minat... Erk...sebenarnya cik yani memang tak berapa gemar tengok cerita aksi ni..pendek kata memang tak berapa gemar tengok tv kecuali kalau ada cerita P Ramlee...Tapi sebab taknak ketinggalan dengan kawan2 cik yani layan la thundercat tu supaya ada jugak benda yang boleh cik yani story mory dengan kawan2...
Tadi masa cik yani tengah sibuk kat dapor dengan anak2 yang kecil cik yani dengar anak2 yang besar kat depan sibuk cerita pasal superhero.Cik yani malas nak ambil pot sebab cik yani kat dapor pon dah mcm superhero lagaknya...nak terlentang je rasa!!
Tiba-tiba naim datang kat cik yani.dia tunjuk sekeping kertas yang ada gambar superhero (??)... Cik yani terkaget kejap tapi cik yani cepat2 buat2 kagum..."Wah...apa nama superhero ni?" Naim jawab "Tak ada nama tapi kena tampal kat dinding" ...ooo... ligat otak cik yani pikir apa rasional nya superhero yg gagah perkasa tak bernama itu ditampal kat dinding sementara tangan cik yani ligat kutip mangkuk2 plastik yang bertaburan gara2 idham,inas dan tariq...Last2 cik yani tanya dia "Kenapa kena tampal kat dinding" Naim sengih2 sambil jawab.."sebab superhero nih hebat sangat...kak iman yang lukis..kak iman lukis cantik untuk naim siap ada tulis 'tampal kat dinding'.." cik yani tengok balik kertas tersebut... yela..ada tulis...'tambal kat dinding'... (ejaan nya tambal) Kemudian dia suruh cik yani tampal kertas tersebut kat dinding tepi katilnya.Cik yani pon tampal la... Apalagi...setiap 5 minit dia masuk tengok superhero...kadang2 masuk sorang kadang2 ajak adik beradik dia sekali...Naim...naim...
Dalam cik yani tgk gelagat dia tuh tetiba kat hati cik yani tercuit rasa bangga...kakak bersungguh2 lukis kan naim gambar superhero dan naim sangat menghargainya... soooo sssuweeettt... ;)
jom tengok rupa superhero naim...

super duper heroo

Tuesday, 6 March 2012

kenangan

Pernah tak anda rasa makin anda cuba buang sesebuah kenangan itu makin dekat kenangan itu dengan anda?? Tetiba mlm ni cik yani rasa mcm tu... makin cik yani tak nak ingat sesebuah kenagan tu tetiba macam makin banyak pulak benda2 yang berkait dengan kenangan itu datang..adus...sendu betul!!
Tetiba je mlm ni cik yani jadik mcm sentimental sikit kan??Mungkin sebab hari ni antara hari yang tidak indah dalam hidup cik yani.
Namun begitu...cik yani positif.Setiap yang berlaku ada hikmahnya.Cik yani tak nak toleh belakang lagi.Life must goes on..Cik yani gembira sebab cik yani masih ada 5 orang anak yg hebat2 dan seorang mak yang super hebat!! Jadi..."ada aku kisah??"
Tak nak citer panjang2 kali ni.. cik yani nak ajak pi tengok blog cik yani yg lagi satu tu... "kelab nutrisi cik yani".. banyak tip2 kesihatan yang hebat2 kat sana.. jommm...


jom tgk ikan2 ni..biar tenang jiwa...

ooo anak

Tengahari tadi cik yani pergi sekolah iman sebab nak uruskan pembatalan persetujuan imunisasinya. Maafla.. cik yani tak setuju anak2 cik yani di imunisasikan melalui suntikan.Nanti cik yani cuba cari faktanya.Tapi yang cik yani tahu,cik yani ada pilihan lain,homopaty! Sebenarnya cik yani dah pon nyatakan tidak setuju pada surat persetujuan haritu tapi pada buku rekod tuh sepatutnya cik yani tak tandatangan tapi cik yani tak tau lalu "terrtandatangan"..Jadi ustaz sekolah dia minta cik yani datang untuk batal tandatangan tersebut.
Masa cik yani datang tadi iman sedang makan tengahari.Di keliling dia ramai kawan2 yg makan bersama.Nampak je kelibat cik yani terus dia berseri2 tersenyum sambil melambai pada cik yani.Cik yani pergi dapatkan dia dulu sebelum terus ke pejabat.Dia kelihatan seronok sangat dengan kawan2nya.Cik yani tanya dia,"abang mana?" (abang adalah muhammad irfan,anak saudara kesayangan cik yani).Dia cakap tak tahu tapi kawan dia (cik yani rasa darjah 3 kot sebab pakai baju pengawas) tunjuk ke arah irfan tengah makan.Irfan nampak cik yani dia cepat2 lambai.Tersengih2...mungkin bangga budak berdua ni nampak mama datang... Cik yani tinggalkan mereka untuk ke pejabat sebentar.Diaorang pon terus makan..Selesai urusan cik yani pergi jumpa semula iman dan irfan.Bawa diaorg ke kaunter jualan..tanya "nak apa".. Tanpa fikir panjang diaorg dah tahu apa yang diaorg nak.. iman beli buah,irfan air soya tin..dapat je apa yg diorg nak terus je diaorang berlari dapatkan kawan2 semula...
Cik yani pandang 2 org anak ni,senyum dan dlm hati cakap..."lega...diaorang tak bersendirian.selain ada antara satu sama lain,diaorang ada ramai kawan dan diaorang gembira dengan kawan2 diaorang.Patutlah diaorang tak pernah merungut nak ke sekolah" Harapan cik yani biarlah kawan2 di sekeliling anak2 ini adalah kawan2 yang baik2,beriman,berilmu dan bertakwa...amiinnn.........
iman ngan irfan 1st day balik sekolah haritu...

Sunday, 4 March 2012

Terima kasih Allah

Comelkan gadis2 cilik di atas nih??? Yang hujung kanan dan kiri tuh anak dara cik yani, iman dan izzah.Yang tengah berdua tu,seorang sepupu cik yani (cik lia) seorg lagi anak sepupu cik yani, dhia. Mereka nih kalau bejumpa.... hmmm,.... sangatlah girly-girly...Gambar nih dirakam sewaktu keluarga besar cik yani bercuti ke Melaka bulan lepas.Itulah percutian pertama kami tanpa nenek.Sedih jugak tapi life must goes on kan... Nanti one fine day cik yani nak kongsi kisah arwah nenek cik yani.Cik yani kena buat dengan penuh jiwa sebab dia adalah jantung cik yani.Jadi...tunggu ye..
Hari ini cik yani pergi melawat seorang rakan sekolah cik yani dulu di hospital..Dia sedang menunggu saat untuk melahirkan bayi sulungnya yang baru berusia 24 minggu dalam perut.Kelahiran bayi itu nanti agak berisiko memandangkan kandungan hanya berusia 6 bulan!!!Cik yani bersimpati dengan teman cik yani tersebut kerana dia menunggu selama 7 tahun untuk mendapat bayinya yang pertama tapi... Tak apa.Allah dah atur semuanya cantik.Betul doktor menjangkakan yang tak berapa baik tapi Allah kan maha Berkuasa?? Cik yani tengok sahabat cik yani ni kuat semangat.Cik yani yakin bayinya akan terkena tempiasan kekentalan semangatnya.Cik yani doakan kedua-dua ibu dan bayi selamat dan sihat.Sehingga artikel ini ditulis cik yani belum lagi mendapat tahu perkembangan terkini teman cik yani itu tapi cik yani yakin dengan semangat,doa dan sokongan padu dari keluarganya dan suami yang berada di mekah(menunaikan umrah) teman cik yani tersebut, Puan Fakhariah Abd Ghani berada dalam keadaan yang selamat.Insyallah bayinya juga akan selamat...
Bila cik yani balik cik yani renung wajah anak2 cik yani seorang demi seorang... Ya..cik yani lupa nak ucap "Terima kasih Allah diatas kurniaan anak2 comel dan pintar ini dalam hidupku"...cik yani lupa nak ucapnya dalam keadaan yang bersungguh2 dan penuh keikhlasan...sebab tu sekali-sekala apabila terlalu letih menjaga amanah Allah ini cik yani sering mengeluh....
"Ya Allah...ampunkan cik yani..."
iklan ubat gigi dan berus gigi terbaru...inilah modelnya.. hehehe








Thursday, 1 March 2012

ke sekolah semula

alhamdulillah... setelah seminggu lebih diserang penyakit M akhirnya hari ini pintu hati Naim Idzhar terbuka semula untuk ke sekolah. Puaslah cik yani dan cik wan pujuk naim.Macam2 kami nak cuba "rasuah" dia supaya  dia ke sekolah semula tapi semua cubaan tersebut gagal!!
Entah macamana pagi tadi dia hendak ke sekolah semula setelah puas kena pujuk dan kena marah. Tapi sebenarnya cik yani rasa is a power of doa... setiap hari cik yani doa naim hendak ke sekolah semula sebab naim anak yg bijak dan pintar.Dua tiga hari ni cik yani berdoa agak bersungguh2 berbanding biasa, baik untuk anak2, naim,cik wan mahupon perniagaan kami.Dan memang cik yani akui apabila kita buat dengan sepenuh jiwa doa kita lebih "sampai".Banyak jalan akan dimudahkan.Cuma, kenapala cik yani ni sombong sangat dengan yg atas tu ye?? Dia kan maha Mendengar.Nak doa dan minta dia dengar pon cik yani malas sebelum ni.Padahal dia Maha Penyayang.Asal mintak bersungguh2 dan ikhlas kerana Nya insyaAllah Dia akan bantu...
Berbalik cerita naim... balik sekolah punyala dia excited... dia cakap "seronok nye sekolah mama.Naim nak sekolah banyak2 kali lah... taknak ponteng2..." Apa lagi... cik yani pon senyum la sampai ketelinga. Sampai nak tidor mlm ni pon naim tetap ulang cakap esok naim nak sekolah lagi...
Alhamdulillah...
naim handsome dengan uniform PASTI nya...

Monday, 27 February 2012

Spring Cleaning!!!!

Wah!!! Dua hari cik yani kerja..buka booth kat rasta ttdi... sangat penat.Balik rumah... Ya Allah!! Dah macam tongkang pecah!!Hari nih seharian cik yani termangu2 kat tempat tido gara2 sakit kepala yg kronik mlm tadi. Punya la tak tahan... pukul 3 pagi cik yani bangun minum jus aloe ngan tea mix. pastu baru boleh tidor..
Malam nih cik yani dok perati rumah... alamak... ni rumah ke store room ni?? Punyala bersepah...Mesti tangkap meleleh air mata mama cik yani nengok ni...Huhuhuuu
Disebabkan petang tadi cik yani dah berjaya beli tiket ke extravaganza maka mlm nih cik yani punya sakit pala pon hilang... Lalu datangla semangat baru dalam pala cik yani ni...
Baiklah...
Mula-mula : esok cik yani nak buat spring cleaning... lipat kain paling utama... lepas tuh make over bilik tidor.. katil nak buang nak masukkan katil neknyang kesayangan..
Lepas tuh: kena pastikan semuanya siap dalam masa 2 hari!! Supaya lagi cepat kemas lagi cepat blh kerja
Kemudian : Cik yani nak kena buat time table keje dengan cik wan supaya cik yani dpt keje dan anak pon tak terabai
And then :Buat jadual anak2... sebab dorg dah mula kelas mengaji
Last but not least...: kena buatla apa yg dah dicatat ni kan...

Huhuhuuu,,,semoga cik yani tabah menjalani kehidupan yang indah ini...
ganasnya bobok tidor....

Mencari ilmu

Kebelakangan ni cik wan rajin betul bawak naim pergi surau.Dalam hati cik yani ni sebenarnya bangga... kembang kempis hidung dan sesejuk salju je rasa perut bila tengok kedua2 lelaki kesayangan cik yani ni berpakaian kemas nak ke surau.Wangi.Cantik.Bersih.Bila dorg mula pergi je cik yani pon mula lah pasang angan-angan...
    nanti naim besar dia akan jadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah dan tak lupa ibubapanya.Naim mesti kelihatan handsome dengan jubah labuh dan janggut sejemput menghiasi wajahnya yg mulus.masa tu mesti ramai mak-mak yg berkenan nak buat naim menantu dorg.Naim pula masa tu seorang engineer yg berjaya dan zuhud.Dia lah nanti yg akan jadi pelindung kakak2 dia dan juga adik2nya.Idham lak akan berusaha keras untuk jadi sehebat naim.Masa tuh cik wan adalah kawan baik utk kedua2 anak kami...
Wah!!! Panjang betul angan2 cik yani.sedar2 nak abes maghrib dah.Tersengih2 sorg2 sampai cik bobok tegur...napa ma???
Bobok??? Sapa tuh??? Hehehehee...bobok adalah nurin inas kesayangan cik yani.Napa cik yani panggil dia bobok?Sebab penangan cerekarama aritu (Pelarian), nama budak pompuan tuh bobok.Dia comel dan bijak mcm inas...

Hehehehee... berbalik pada cerita cik wan... Selain dari rajin bawak naim ke surau cik wan juga sudah mula mengikuti majlis2 ilmu yg dianjurkan oleh mana2 masjid/surau sekitar kampung kami ni.Alhamdulillah...Lama sangat cik yani berdoa semoga cik wan ada masa utk pergi menuntut ilmu dan akhirnya doa cik yani di makbulkan Allah.Jadi cik yani harap yg cik yani boleh jadi isteri yg lebih sabar dan memudahkan suami.Cik yani nak mati dlm keredaan suami cik yani...
Semoga Allah bantu kami sekeluarga......


soleh mama....

Tuesday, 31 January 2012

Saling melengkapi

Jodoh kita memang dah ditetapkan oleh Allah.Jadi tak perlulah kita nak merungut atau membenci dengan apa yang telah ditetapkan oleh-Nya.Hm... Sebenarnya cik yani nak cerita perihal Kami...
Cik yani dengan cik wan memang bertolak arus.Kalau dia arus negatif cik yani pula arus positif. Kalau dia positif cik yani pula negatif.Kami memang tak sependapat dalam banyak perkara.Bukan banyak perkara tapi hampir semua perkara kami tak sependapat.Cik yani mulanya pelik juga dengan jodoh kami.Dahla kami berkawin tanpa bercinta sakan seperti orang lain.Perangai pula jauh berbeza.Kami cuma sepasang sahabat baik yang saling memahami antara satu sama lain tapi dari segi lainnya kami langsung tak sehaluan.
Tapi cik yani bangga dengan cik wan.Dia baik.Dia sayang keluarganya.Dia juga mempunyai ibubapa yang baik.Hubungan cik yani dengan keluarganya juga tidak bermasalah.Ma dan abahnya menyayangi cik yani sama seperti anak2 mereka yang lain.Cik yani dengan adik perempuannya (cik pah) juga berkawan rapat.
Cik wan sanggup buat apa sahaja untuk keluarganya.Cik wan korbankan masanya untuk bekerja bagi membiayai anak2nya.Cik wan sangat mementingkan kesihatan,makanan dan segala2nya yang terbaik untuk anak2nya.Walaupon kami tak hidup senang,kaya raya tapi dalam hati cik yani senang.Walaupon kami bertekak dalam banyak hal tapi cik yani rasa sayang sangat kat cik wan sebab cik wan sayang kat cik yani.Kadang2 cik yani rasa macam puteri raja bila dengan cik wan tapi kadang2 macam askar yang sedang berperang.Hehehehe (cik wan...jangan marah ye)
Jadi betulke orang kata perbezaan antara suami isteri ni lah yang saling melengkapkan antara satu sama lain?Entahla.Tapi cik yani rasa cik yani kena akuinya....

Wednesday, 25 January 2012

ajar anak berdoa

Hari ini seperti hari2 lain cik yani.Jaga anak2 dah jadi rutin cik yani.Cuma yang lainnya hari ini adalah...Naim sakit mulut.Kesian cik yani tengok dia.Susah nak makan.Cik wan pon tegor napa naim termenung je... :( Naim tanya cik yani napa naim sorg je sakit mulut,napa orang lain semua tak sakit pon...? Cik yani jawab, mungkin naim kurang minum air, cuaca panas memang senang kena sakit mulut.Dia sediah.Cik yani cakap lagi...tu la, arituh mama dah kata jgn gatah susu tu naim degil (naim suka gatah susu pekat manis dlm peti ais dan dia curi2 melakukannya).Susu tuh kalau makan mcm tu je banyak2 memang agak panas...tu yg kena sakit mulut tu.Allah nak ingatkan naim jangan degil cakap  mama.Dia diam je.Last2 dia cakap, mama ajar naim doa kat Allah biar naim cepat baik... Ok naim ikut ye kata cik yani
Bismillahirrahmaanirrahiim.. Ya Allah, Ampunkan naim, Tolong bagi naim cepat sihat,Naim lapar, nak makan susah.Ya Allah, naim nak dengar cakap mama.Naim tak nak lawan mama lagi, tolong cepat sihatkan naim ye Ya Allah.Ampun kan naim ya Allah...
Naim ikut doa simple yang cik yani ajar sambil menangis.Nampak macam betul2 insaf :).Bersungguh2 dia berdoa.Cik yani saja ajar dia ingat Allah bila dia susah atau senang.Kalau dia dapat apa2 cik yani akan ajar dia berdoa terima kasih pada Allah pula..Biasanya doa yg cik yani ajar pada anak2 ni ikut bahasa yang mudah difahami oleh anak2.cik yani memang tak pandai bahasa arab dan ilmu agama pon masih dangkal.Tapi cik yani mahukan sesuatu yang TERBAIK buat anak2.Tak pe la kalau cik yani tak setaraf dengan wanita2 alim yg hebat dalam mendidik anak2 tapi cik yani akan berusaha supaya anak2 cik yani boleh jadi seorg yang amat patuh dan berguna kepada ISLAM.
Bukan hanya pada naim harapan cik yani yang agung ni cik yani sandarkan tapi juga pada semua anak2 yg lain, iman,izzah,inas dan idham.Setiap anak cik yani ada kelebihan masing2 jadi cik yani ikut kelebihan mereka dlm membentuk peribadi muslim mereka.Kepada inas dan idham yang masih bayi ni, cik yani nak mula ajar mereka hafal surah2 dlm quran walaupon cik yani bukan penghafaz quran.Masa iman,izzah dan naim dulu cik yani tak begitu bertekad sebab cik yani anggap mereka masih lagi bayi tapi rupanya cik yani silap.inilah masa terbaik utk cik yani ajar quran pada mereka.Tak pe.cik yani cuma tersilap bukan terlambat...
Soga Allah bantu cik yani...Insyallah...
generasi harapan agama...


Tuesday, 24 January 2012

kami...

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Nama saya cik yani dan suami saya cik wan.Kami telah pon 8 tahun berkongsi kasih,jiwa,cinta dan juga rindu dendam.Sebelum kami ambil keputusan untuk berkongsi ni,kami merupakan sepasang sahabat karib yg sangat best.Tak terfikir pon masa tu kami akan berkongsi jiwa akhirnya sebab antara kami langsung tak ada persamaan kecuali kami hormat pendirian dan perasaan antara satu sama lain.
Dua tahun pertama berkongsi hidup dengan cik wan agak hambar sebab kami tidak dikurniakan anak dan kami cuma habiskan masa dengan bekerja.Masa tu tak terdetik pon nak dating puas2.Tapi kami seronok la dengan hidup kami masa tuh walaupun agak sunyi.
Sebulan sebelum anniversary perkahwinan kami yg ke 2 Allah kurniakan kami seorang bayi perempuan yang sangat comel.Kami namakan dia nurin iman.Dan pada hari ulangtahun perkahwinan kami yg kedua satu lagi 'hadiah' besar dari Allah,iaitu saya disahkan mengandung 8 minggu walaupon sebelum2 tuh doktor kata saya tak blh mengandung dlm masa 4 thn lagi kerana masalah cyst saya. (Jgn keliru,nurin iman adalah kurniaan Allah kepada kami melalui rahim wanita lain dan disusukan dgn susu saya dan adik kandung saya).
Diringkaskan cerita, perkongsian jiwa raga dan segalanya dengan cik wan akhirnya jumlah anak kami setakat ini adalah 5 ORANG!! Bermula dengan nurin iman,nurin izzah,naim idzhar, nurin inas dan naim idham.
Seronok tapi agak meletihkan.Setiap hari kami belajar benda baru melalui proses mendidik dan membesarkan anak2 kami...
Semoga Allah bantu kami sewaktu kami menjaga amanah-Nya.
kami... bersama arwah nenek di hari raya terakhirnya